Pages

Monday, 28 May 2012

Holland EURO 2012 Home And Away Shirt

Aku peminat team Holland bila Euro mahupun World Cup sejak tahun 1977. Bahaha padahal lahir pun belum lagi masa ni. Team lain aku endah tak endah je. Semua orang tahu yang Euro 2012 kali ni Holland duduk dalam kumpulan maut bersama-sama Germany, Portugal dan Denmark. Maut tak maut, habis 90 minit takda siapa pun yang mati. LOL..

Bawah ni jersey pasukan Holland yang pada aku dah cool habis dah walaupun tak dapat nak tandingi jersey pasukan France. Aku akui yang jersey pasukan France sangat cool beans. Mungkin sebab ada collar. Pada aku juga, warna hitam jersey Holland ni menawan liao!

THE FLYING DUTCHMEN!

Netherlands Home Euro 2012 Kit

holland euro 2012 away nike football shirt

Saturday, 26 May 2012

Aneh Siang Buat Aku

Siang tadi aku duduk diam-diam di atas kerusi tanpa berbuat apa-apa hampir 7 minit. Aku perhatikan pen yang begitu banyak tersusun rapi di atas meja. Lama aku menungkan tanpa memikirkan apa-apa. Menungkan kosong. Bosan yang dibiarkan, aku capai sebatang pen dan mencapai kertas yang ada di dalam beg.

Aku mula menconteng dan terus menconteng. Lama kelamaan kertas tu menjadi buruk. Aku terfikir sesuatu, sesuatu yang tak disengajakan. Kenapa aku harus menconteng sekiranya aku boleh mewarna. Ahhhh tiada pencil warna berhampiran aku.

Akhirnya aku memilih untuk menulis sesuatu. Sesuatu yang sungguh indah bunyinya pada aku tapi tidak pada insan lain. Beberapa rangkap aku coretkan, aku kira ianya cukup buat aku tersenyum keseorangan. Puas membaca berulang kali, aku renyukkanya menjadi gumpal dan buangnya ke dalam tong sampah.

Begitulah pengakhiran kertas itu. Dulu bila tulis begitu, aku lipat-lipatnya kemas dan selitkan di mana-mana buku yang ada berhampiran. Sehingga boleh terlupa akannya. Kini, ianya sekadar suka-suka yang tidak mahu lagi disimpan untuk dikenang.

Tanpa sedar aku berkata perlahan seorang diri di dalam bilik sunyi itu,
"Sakitnya leher aku ni, mana dia pergi"
Aku sendiri tidak tahu apa maksud akan ayat aku ini.

Selamat malam kalian. Semoga mimpi indah.

Monday, 21 May 2012

Dark Shadows

Dark Shadows Movie Review




Hari tu aku duk melayan cerita entah apa-apa ni. Siapa yang belum tengok movie Dark Shadows ni, aku nasihatkan jangan tengok. Weiiiiii kalau nak pergi tengok, jangan dengar cakap orang. Pakai baju, pakai seluar, pakai kasut, hidupkan enjin kereta pastu pergi wayang sana. Beratur, bayar tiket, beli popcorn, tunggu cukup masa, masuk, duduk dan lihat layar. Jangan banyak sangat nak fikir. Kalau fikir, dengar kata sana kata sini, memang tak pergilah nampak gayanya.

Aku tengok cerita ni sebab Johnny Depp. Takda alasan lain. Kalau tengok tumblr aku, banyak je gambar mamat ni sama dengan Hughes Jackman. Aku penggila dua pelakon ni. Tak tau pasai apa. Tapi takdalah sampai tahap taksub macam orang yang minat kpop. LOL. Last filem aku tengok mamat ni berlakon masa cerita POTC On Stranger Tides. Masalahnya cerita The Rum Diary aku tak tengok lagi tapi dah layan pulak Dark Shadows. Langkah bendul sungguh.

Cerita ni berkisar pada cinta yang dikejar tapi tak diendahkan. Kesiankan. Watak utama cerita ni dah tentu Johnny Depp (Barnabas Collins) yang digilai seorang perempuan sihir Eva Green (Angelique Bouchard). Nak dijadikan cerita bila Barnabas tak balas cinta Angelique ni, dia pun jadikan Barnabas vampire pastu hasut orang kampung. Sudahnya Barnabas kena kurung dalam keranda selama 200 tahun. Bapak lama gila.

Bila satu hari tu Barnabas terlepas dari kurungan keranda, dia pun jakun bila ternampak McDonald. Ialah dah 200 tahun kan. Bangun-bangun dari dalam keranda, nampak McDonald. Dulu manalah nak ada. Jalan cerita seterusnya, berbalas dendamlah Barnabas ni dengan Angelique. Mau tak berdendam kesumat kalau diri kau disumbat dalam keranda sampai 2 dekad. Angelique ni tak boleh kalau Barnabas jatuh cinta dengan perempuan lain. Habis semua perempuan dia bunuhnya.

Cuma lepas bangun dari lena panjang ni je terus Barnabas tak bagi Angelique buli dia lagi. Bermati-matian jugak dia nak pertahankan cinta dia yang terbaru  ni. Almaklumlah perempuan yang kerja dalam rumah agam dia ni sama dengan kekasih dia yang mati sebelum dia kena sumbat dalam keranda. Muka sebiji. Ialah pelakon yang sama yang bawak dua watak. Haha.. Cerita ni taklah seram mana pun. Kelakar dan mengarut je lebih. Tapi Johnny Depp punya pasalkan. Aku lebih suka cerita Secret Window. Tetiba.

Aku bagi jelah 3 dari 5 bintang cerita ni. Nak bagi 4 macam tak masuk akal pun ada. Cuma akan ada sequel cerita ni. Entahlah. Kalau ada pun, biar lantak pi lah. Aku kalau review memang tak macam review langsung. Apa aku merepek pun lebih kurang sama je dengan jalan cerita filem ni sendiri. Duhhh.. Owhh ramai tertunggu-tunggu Men In Black III. Tapi aku tertunggu The Amazing Spider-Man sebenarnya. Dengarnya ada Emma Stone. Hurm kenapa bukan Miranda Kerr? I haz sad!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...