Pages

Wednesday, 4 April 2012

Ezqir Dan Qisyah (Part 4)

Di dalam perjalanan pulang, Ezqir secara kebetulan terserempak dengan Zeriuk dan Fitisyah iaitu ayah dan ibu kepada Qisyah. Ezqir mengambil keputusan untuk mengikuti Zeriuk dan Fitisyah dengan alasan untuk menggembirakan hatinya sendiri tanpa sebab. Ezqir mengekori sama mengikut mereka berdua masuk ke dalam sebuah kedai. Tanpa bertegur sapa, Ezqir dengan tenang berdiri berhampiran mereka dan memasang telinga. Dengan keadaan kedai hadiah yang begitu ramai pengunjung, membuatkan Ezqir tidak disyakki oleh Zeriuk dan isterinya. Lagipun ibu bapa Qisyah sendiri belum pernah berjumpa dengan Ezqir secara bertentang mata. Maka tidak hairan sekiranya lelaki yang berdiri berhampiran mereka itu seperti pengunjung-pengunjung lain yang masuk ke kedai itu untuk membeli hadiah seperti mereka. Ezqir cuba mengamati setiap butir perbualan mereka berdua namun tidak jelas dan Ezqir mengambil langkah berani untuk menghampiri mereka dengan lebih rapat lagi demi mengetahui segala perbualan mereka. Setelah bergerak ke rak belakang kedai itu dan kembali semula ketempat asalnya tadi, cuma kali ini jaraknya hanyalah dibezakan dengan sedepa tangan antara beliau dan juga Zeriuk dan Fatisyah.

Setelah hampir 10 minit mendengar segala apa yang dibicarakan oleh Zeriuk dan Fitisyah, Ezqir keluar dari kedai itu dengan senyuman yang sama ada keliru ataupun gembira. Diri beliau keliru kerana apa yang telah dirinya buat sebentar tadi iaitu dengan 'mengintip' adalah sesuatu yang tidak pernah dibuat akannya sebelum ini kecuali ke atas diri Qisyah dan perkara yang membuatkannya gembira adalah kerana apa yang didengarnya hasil dari intipan itu. Sekarang Ezqir sudah mempunyai idea bagaimana untuk memujuk Qisyah. Kali ini Ezqir benar-benar tersenyum gembira. Tanpa disedari, dengan tidak semena-mena beliau telah dilanggar oleh seseorang. Natijahnya mereka berdua sama-sama terjatuh namun orang yang melanggarnya itu begitu keliru dan terpinga-pinga. Ezqir bangun dan menghulur tangan kepada orang tersebut untuk meminta maaf namun seperti tidak dihiraukan. Dan sekarang ini baru Ezqir sedar bahawa beliau terlupa untuk 'menampakkan' dirinya semula. Sedari dari dalam kedai hadiah tadi beliau masih lagi dalam keadaan halimunan. Kini beliau sedar akan kesilapannya dan lekas-lekas Ezqir berlalu pergi meninggalkan orang yang melanggarnya itu. Mujur rahsianya itu tidak terbongkar.

Setelah sampai ke rumah, Ezqir mengeluarkan Batu Sagrev yang berada di dalam begnya. Sinaran keungguan batu itu benar-benar menawan bagi siapa saja yang melihatnya. Sebenarnya Ezqir membawa Batu Sagrev ini kemana-mana saja beliau pergi, ini kerana dengan batu ini juga membolehkan dirinya menjadi halimunan. Beliau sedar akan kesilapan langkahnya yang terburu-buru memberitahu Qisyah yang beliau mempunyai Batu Sagrev ini. Oleh sebab itu beliau terpaksa menipu Qisyah agar rahsianya selama ini tidak terbongkar di mana beliau kerap mengekori Qisyah pulang tanpa wanita itu sedari. Dengan cara ini jugalah beliau dapat mendengar perbualan Zeriuk dan Fatisyah di kedai hadiah sebentar tadi. Dan dari mencuri dengar perbualan itu jugalah Ezqir mendapat idea untuk memujuk Qisyah tanpa perlu menunjukkan atau membuktikan yang beliau mempunyai Batu Sagrev ini. Sebenarnya ramai yang menyangkakan bahawa dua lagi Batu Sagrev yang 'belum' ditemui mampu memberi kuasa penyembuhan dan juga kuasa kebal. Namun ianya meleset sama sekali kerana Ezqir sendiri mempuyai Batu Sagrev yang membolehkan beliau menjadi halimunan.

Ezqir percaya satu lagi Batu Sagrev selain yang ada pada dirinya dan juga Qisyah sudah pun ditemui, cuma beliau masih tidak ketahui siapa gerangan yang mempunyai batu itu...

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...