Pages

Saturday, 31 March 2012

Pentingkan Diri

Kadang-kadang dalam hidup ni kau harus pentingkan diri sendiri walau kena caci maki macam mana sekalipun. Sampai bila nak biarkan diri tu dipijak sentiasa. Ni bukan zaman, takpe.. takpe.. Sikit-sikit takpe. Ni zaman kau tak berhati-hati, kau boleh pergi mati. (sila baca dengan emosi yang terkawal). Bukan apa, kita kalau buat baik, mulalah orang ambil kesempatan. Sekarang ni bila orang buat silap sikit, biar kita ambil kesempatan akan kesilapan orang tu. Jangan bagi muka terus. Nanti kalau bagi muka, kita ni nak guna muka apa? Pakai topeng?

Ni nak ingatkan, kalau hati tu lembik.. Jangan nak ada hati tunjuk gagah tak kena pada tempatnya. (peringatan je). So berbalik pada pentingkan diri, tak rugi sebenarnya kalau bersikap macam gini. Ianya rugi bila kita nak jaga hati dan perasaan orang lain tapi hati kita ni siapa pula nak jaga? Diri sendirilah yang patut jaga. Jangan takut nak guriskan perasaan orang lain asalkan ianya jujur-jujur belaka. Buat apa jaga hati dan perasaan orang lain kalau ianya berpaksikan tipu 'sunat'. Tipu sunat abah kau! Daripada menipu lebih baik pergi mati.

Tak ramai sebenarnya yang ada kekuatan tulen dalam diri untuk berdiri teguh memberi tahu perkara sebenar walaupun kadang-kadang diri tu bakal ditumbuk di muka. Kadang-kadanglah. Ialah manusia ni mana boleh dapat berita yang tak sedap didengar dek halwa telinga. Silap haribulan, bulan di langit pun dia maki juga. Orang dah bagitau hal sebenar, dah cukup bagus dah. Ni tak, asik nak salahkan itu salahkan ini. Diri sendiri taknak pulak dipersalahkan. Belalang kunyit sungguh! asdfghjkl~

Sudahlah. Hidup ni kadang-kadng memang rumit macam nak bina piramid tu. Tapi serumit-rumit pun, terbina juga piramid tu. Ye dak. Maknanya hidup ni rumit macam mana pun pasti ada sinar terang dipenghujung gelap nun. Tak suruh percaya pun. Lantak masing-masinglah nak pentingkan diri atau tidak. Yang pasti silap langkah makan diri, betul langkah jalan pun lurus. Bak kata sang pujangga agung "Mana lagi mahu mencari damai dalam diri, kalau tidak kita pecahkan ketenteraman yang membelenggu". Renung-renungkan. -sekian-

Saturday, 24 March 2012

Di Mana Kebahagiaan

 
Mencari kebahagiaan itu macam mencari... Apa ayat yang sesuai untuk digambarkan ye? Aku rasa ianya seolah-olah kau mencari bayangan kau sendiri tapi kau sama sekali tidak dapat menyentuhnya. Sedih bukan bila ini terjadi. Kau rasakan kebahagiaan itu sudah benar-benar berada dalam kehidupan kau tapi lama-lama baru kau perasan yang kebahagiaan itu adalah kepura-puraan yang kau sendiri cipta selama ini. Kau ciptanya untuk menunjukkan yang diri kau mampu mengawal segalanya. Ahhh'... pendek benar akal kau itu mahu menandingi benda yang tak mampu kau 'beli' tapi kau teguhkan hati untuk percaya yang kau mampu mengawal kebahagiaan itu. Penghujungnya kau menyesal kerana cuba membina sesuatu yang tak sepatutnya.

Cara kau membina itu sudah tentu salah sama sekali, kenapa kau percaya yang kebahagiaan itu mampu kau dapatkan dengan memaksa diri sendiri ke dalamnya. Kebahagiaan itu bukan pintu yang membolehkan kau  mampu keluar dan masuk sesuka hati. Kebahagiaan itu tidak memerlukan pintu, cukup sekadar tanah lapang yang bila kau berdiri ditengah-tengahnya dan kau merasainya secara semulajadi. Ianya tanpa perlu kau kejar, tanpa perlu kau buru, tanpa perlu kau menangkapnya. Ianya sendiri akan hadir dengan caranya yang sama sekali kau tidak sedar, lihat-lihat kau sudah merasa kebahagiaan itu tanpa perlu bersusah payah memaksa diri. Menarik bukan dengan caranya yang begini.

Ianya mudah, kerana manusia itu ada hati. Melalui hati itu manusia bergerak. Hati yang tidak membohongi mampu membawa manusia itu ke mana saja yang diri itu hendak pergi tanpa perlu ada was-was dalam dirinya. Namun hati yang samar-samar sentiasa membawa manusia ke arah kekeliruan. Diri itu masih lagi berdegil mahu menipu diri sendiri sehinggalah ke akhir nyawa. Memikul sesuatu yang maha berat sepanjang hayat hidup adalah perkara yang begitu sadis, apatah lagi benda berat itu penuh dengan kebohongan yang dicipta sendiri. Kenapa manusia itu mempunyai pilihan tetapi sering kali memilih perkara yang salah? Mencuba itu penting tapi berdegil untuk mencuba walaupun sudah mengetahui akan hakikat sebenarnya boleh menyeksa diri sendiri itu adalah bodoh yang mahu diri itu kekal bodoh selamanya. 

Monday, 19 March 2012

Kawan Jangan Biarkan Kawan Mu Itu




Hei apa itu kawan? Aku tertanya-tanya apa itu kawan kalau nak dibandingkan dengan sahabat dan juga teman. Apa bezanya? Ada macam-macam versi yang ramai orang andaikan mengikut selera masing-masing. Aku pun tak terkecuali juga, cuma aku rasa hidup ni perlu ada kawan walaupun cuma seorang saja. Biar kawan itu berpisah jauh sekalipun dari mata tapi sentiasa dekat di hati. Ini lebih bermakna.

Aku tersentuh sejak akhir-akhir ni bila berbicara perihal kawan. Hidup aku di Shah Alam bagaikan seorang diri yang terdampar di padang pasir tapi di sebalik luasnya padang pasir itu ada perkara yang buat aku benar-benar menagis dalam hati kecil. Ye ye.. aku suka berkawan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, lebih-lebih lagi berkenaan perasaan hati. Aku tak suka kalau ianya dicampur adukkan. Ini mungkin aku boleh cerita dikemudian hari.

Apa kau akan buat bila kau dalam kesusahan tapi kawan kau menolong kau dengan pertolongan yang tak pernah kau jangka. Sama sekali kau tak menjangkakannya sehingga ke tahap macam itu sekali. Ambil kata dia membiarkan diri kau meminjam duitnya dengan jawapan begini dia beri pada kau 'pulangkannya bila-bila je pun takpe'. Ataupun dia mengizinkan kau menggunakan barangnya yang dianggap sebagai barang yang sangat berharga dalam hidupnya.

Ahhhh.. ianya sesuatu yang kau tak menjangka sama sekali ada orang begitu tidak kisah akan hidupnya tapi mementingkan setia kawan itu sendiri demi melihat kau tidak berada dalam kesusahan. Dan yang paling menyentuh hati kau cuma mengenali antara satu sama lain kurang dari setahun atau dua tahun barangkali. Sedangkan kawan itu meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas diri kau dengan begitu saja tanpa ada sedikit keraguan. Hidup ini kadang-kadang aneh bukan.

Aku percaya, ikhlas itu orang lain sendiri akan nampaknya tanpa perlu kau bersusah payah untuk menonjolkannya. Owhhh.. sebelum terlupa, sedar tak bahawa kawan itu sebenarnya Aku dan Zooey Deschanel :) Hei aku tak tahu kenapa sejak dua menjak tumblr aku sendiri banyak gambar perempuan ini. Secara jujurnya aku sendiri pelik tapi tidaklah aneh. Sekurang-kurangnya tiada lagi orang mengesyaki yang diri aku ini gay kerana cuma meletak gambar para lelaki sahaja di tumblr itu.
-sekian-

Sunday, 18 March 2012

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012

Bulan Mac 2012 buat kali ke-4 telah diadakan Putrajaya International Hot Air Balloon Festival yang dah pastinya bertempat di Putrajaya itu sendiri. 15hb sehingga 18hb iaitu hari ini merupakan hari yang terakhir. Aku berkesempatan pergi ke sini untuk merasai cakap-cakap orang ramai yang mengatakan ianya satu benda yang tak harus dilepaskan untuk dilihat.

Pengalaman pertama kali ke sini sudah pastinya membuatkan diri aku teruja serba sedikit. Pada awal perancangan untuk menaiki belon itu sendiri. Mengikut apa yang diberitahu oleh kawan aku, harganya cuma RM10 sahaja. Murah bukan. Tapi bila aku sampai ke sini, orang ramai dah beratur seawal jam 2 petang untuk mendapatkan tiket sedangkan kaunter dibuka pada jam 4.30 petang.

So aku mengambil keputusan untuk tidak mahu beratur dan ini secara tidak langsungnya menafikan misi utama aku datang ke sini. Mungkin boleh cuba lagi pada tahun mendatang. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Pesta Belon ini sendiri. Aku lebih teruja kalau dapat pergi ke Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang. Namun sehingga ke hari ini belum pernah berkesempatan lagi untuk pergi.

Apa pun, tahun depan mungkin berpeluang untuk kesemua festival yang dianjurkan sekiranya perancangan dibuat secara rapi dan teliti. Mudah-mudahan. Ikutkan gaya, aku jenis yang suka meredah tanpa mahu merancang sesuatu perkara yang bersifat hiburan. Aaaahh sebabnya kalau dirancang pasti ada saje halangannya. Kebiasaannya mesti begini. Sehingga ketemu lagi. -skema-


Pandangan dari dalam Masjid Besi Putrajaya


Pandangan dari kaca mata aku sendiri :) boleh dijadikan poskad ni.

Friday, 16 March 2012

Giant Manta Ray Fish






Besar ya alam ikan pari ni tapi tak pelik ke kalau orang yang dalam gambar ni bukan nelayan. Dorang siap pakai topi keselamatan lagi. Ini bukan kaki pancing ni. Korang tengok pun dah tau siapa perkerja-perkerja ni semua. Dorang dapat Giant Manta ni pun secara kebetulan je. Aku rasa ikan pari ni rasanya mesti tak sedap. Biasanya kalau ikan besar-besar macam ni rasanya mesti semacam. Entah~ tapi aku suka je makan shark fin soup. yummy yummy.

Thursday, 15 March 2012

Baseball Di Hatiku

 

Aku minat sukan. Lebih-lebih lagi sukan bola sepak tapi sejak aku kenal apa itu sukan baseball 5 tahun lepas, terus sukan baseball ni terpahat no 1 dalam diri aku. Bola aku singkirkan dengan letak no 2 walaupun aku ni penyokong tegar Manchester United. Apa kaitan? Dulu aku minat Manchester United, sekarang pun minat juga tapi aku terpaksa minatkan New York Yankees daripada Manchester United. Pape pun GGMU.

Sebab aku minat baseball jugaklah, aku pernah sekali je main baseball ni. LOL. Bukan apa, dekat Malaysia ni celah mana je kau nak jumpa sukan baseball? Softball tu adalah tapi.. entahlah.. Baseball lagi best dari softball kot. Bola dia pun kecik je. Nak pukul kena ada skill. Mana dapat skill tu? Dekat darah yang mengalair deras dalam urat-urat badan tu lah.

Gambar dekat atas ni masa dekat One Utama (OU) ritu. Kawan aku yang bawak pergi sini. Mulanya aku tak tau pun ada main pukul-pukul bola baseball dekat atas OU ni. Bila dapat tau, nak suruh aku tunggu lagi. Memang taklah kan. Murah je sebenarnya, 15 biji bola kos wang hangus sebanyak RM4.00 Ada dua dekat sini, baseball dengan softball. Mestilah aku akan pilih baseball kan. Daaaa..

Ni lah pertama kalinya aku nak main benda ni. Sebelum ni langsung tak pernah. Tapi tak lah teruk sangat kalau dah tau teknik sebab aku dah perhati lama teknik-teknik dorang pukul dalam tv. Haha.. Dari 15 biji bola tu, aku rasa dapat pukul dalam 8 biji kalau tak silap. Cuma 1 je dapat Home Run. woot woot.. Kiranya  1 ni dapat pukul tepat dan betul-betul pergi melangit. Ecehhhh.. 


Dan ini tak lain tak bukan, Derek Jeter. Mamat ni kapten pasukan New York Yankees. Gambar ni masa dia dapat buat pukulan yang ke-3000 masa lawan Tampa Bay Rays. Banyak wei 3k. Ingat senang ke. Dah lah yang ke-3000, siap solo home run pulak tu dia buat dengan angka ni. Ramai wei yang rebut bola tu. 

Sudahnya penyokong yang dapat tangkap bola dia ni, bagi dekat dia. Perghhh kalau lelong dapat dalam 200k harga bola tu. Silap-silap 500k US Dollar. Tapi peminat yang pulangkan bola ni kata, Derek Jeter lebih berhak dapat bola ni daripada sesiapa pun. woot woot. Baik giler arr.. Kalau aku yang dapat tangkap bola tu, memang aku lelong dah dekat eBay. Bahaha..

Saturday, 10 March 2012

Ezqir dan Qisyah (Part 3)

Hari ini Rasyur iaitu guru kelas Ezqir yang mengajar beliau dalam ilmu minda kawalan mahukan pelajarnya mencari pasangan dalam membuat tugasan di makmal. Di dalam kepala Ezqir sudah terbayang sejak pagi lagi bahawa hari ini dia mahukan Qisyah berpasangan dengan dirinya dalam membuat tugasan di makmal. Sebenarnya Ezqir sudah mengcongak-congak akan strateginya. Ini kerana sudah empat kelas sebelum ini dia terlepas peluang. Ini kerana Qisyah sendiri lekas-lekas mencari pasangan yang sama jantina sepertinya. Dan pada hari ini Ezqir pula lekas-lekas pergi ke meja Qisyah dan menawarkan dirinya untuk berpasangan dengan Qisyah. Entah dari mana datang keberanian tersebut Ezqir sendiri tidak pasti. Pada mulanya Qisyah seperti mahu menolak tetapi apabila Ezqir berkata perlahan ke telinga Qisyah yang mengatakan beliau juga mempunyai Batu Sagrev terus sahaja Qisyah bersetuju.

Sebenarnya Ezqir sendiri kurang berkeyakinan akan helahnya dengan menggunakan alasan Batu Sagrev namun ianya seperti menjadi. Dalam permikiran Ezqir, beliau mahu saja berterus terang akan perancangan mahu mengajak Qisyah makan tanpa perlu membawa keluar akan cerita Batu Sagrevnya itu. Risau pula akan dirinya kalau sikap terburu-buru mahu mengajak makan akan mentah-mentah ditolak kemudianya. Ini semua boleh difikirkan selepas habis kelas nanti. Yang pasti saat ini Ezqir bersama-sama Qisyah berpasangan dalam membuat tugasan di makmal. Ezqir tersenyum gembira apabila strateginya ini menjadi. Malangnya sepanjang melakukan tugasan bersama, Ezqir lebih banyak diam dan begitu juga dengan Qisyah. Namun Qisyah awal-awal lagi sudah mengingatkan kepada Ezqir bahawa habis sahaja akan kelas ini beliau mahukan Ezqir menunjukkan batu tersebut kepadanya. Ezqir bersetuju namun Ezqir sendiri tidak memberitahu yang beliau tidak mebawa bersama batu itu dengannya tika ini.

Habis sahaja akan kelas Guru Rasyur, Ezqir lekas-lekas mahu bangun pergi namun dihalang oleh Qisyah. Seperti paham yang Ezqir mahu melarikan diri, Qisyah lekas-lekas meminta Ezqir menunaikan janjinya tadi.

Qisyah: Di mana batu tersebut? Tunjukkan kepada saya?

Ezqir: Sebenarnya batu tersebut berada di rumah. Saya tidak membawanya bersama.

Muka Qisyah menahan geram kerana terasa dirinya seperti dipermainkan oleh Ezqir dan mahu saja dia menumbuk muka lelaki di depannya itu. Wanita bangsa Gexneic sememangnya mempunyai ilmu seni bela diri dan mereka diharuskan untuk belajarnya seawal umur 6 tahun. Ini adalah kerana bangsa Gexneic itu sendiri terkenal sebagai bangsa pahlawan. Saat ini mata Qisyah melihat Ezqir yang betul-betul berdiri di depannya begitu kecil saja akan saiznya, namun secara hakikatnya Ezqir seorang yang berbadan sasa. Ezqir mula rasa bersalah namun tidak pula dia memohon maaf terhadap gadis di depannya itu. Ini membuatkan Qisyah semakin geram. Qisyah lantas mengambil begnya dan membuat langkah untuk beredar. Namun baru sahaja dua langkah, tangannya telah ditarik oleh Ezqir.

Ezqir: Saya tidak menipu. 

Qisyah: Kalau begitu, tunjukkan kepada saya.

Ezqir: Ada.. Tapi di rumah.

Qisyah: Huh!

Ezqir:  Bukankah tadi saya mengatakan yang saya mempunyai batu tersebut dan seingat saya, tidak pula saya kata yang saya membawanya bersama.

Qisyah: ...

Ezqir: Saya berjanji akan membawanya esok.

Qisyah tidak berkata apa-apa, dengan raut mukanya yang masih geram terus saja beliau melangkah pergi meninggalkan Ezqir yang masih lagi cuba berkata sesuatu demi mempertahankan tindakkan awalnya itu. Pertamanya Qisyah geram kerana tidak dapat melihat Batu Sagrev dan keduanya, Ezqir langsung tidak memohon maaf kepadanya. Ini yang membuatkan dirinya semakin geram. Di pihak Ezqir, beliau rasa menyesal akan perbuatannya itu. Musnah saja rancangan awalnya untuk mengajak Qisyah makan bersama- sama selepas kelas sebentar tadi. Namun untuk tidak membuatkan otaknya bertambah kusut, segera saja dirinya mengambil beg dan bergerak menuju pulang. Tiada gunanya terpacak seorang diri di dalam makmal itu kerana semua rakan-rakan lain sudah pun pulang.

Di dalam perjalanan pulang, Ezqir secara kebetulan terserempak dengan Zeriuk dan Fitisyah iaitu ayah dan ibu kepada Qisyah...

bersambung...

Thursday, 8 March 2012

Origami?

Bahan ni aku dapat dari web. Merayap sana merayap sini, maka jumpalah. Cantik jugalah hasil kerja orang ni. Nama dia Jeremy Kool. Dia ni artist and graphic designer yang menetap di Melbourne Australia. Nampak macam origami kan semua ni tapi ni projek dia yang dikenali sebagai "The Paper Fox". Nak tahu lanjut apa itu The Paper Fox boleh baca dekat web dia dekat sini  click here .















Tuesday, 6 March 2012

1, 2, 3 Action!

Aku tak suka bergambar (ehemmm) tapi bila lensa kamera dah depan mata beginilah jadinya. Susah sebenarnya nak 'berlakon' depan kamera. Muka kena seplastik habis. Kalau tak nanti, gambar tu takkan jadi. Nasib sekarang zaman tak pakai kodak. Kalau tak membazir filem je. Pape pun 3 keping gambar ni menunjukkan aku ada harapan nak gondol piala lelaki terperasan peringkat kampung Pak Mat. SEKIAN!





Monday, 5 March 2012

Ezqir Dan Qisyah (Part 2)

Ezqir anak muda bangsa Pevzex yang merupakan satu-satunya anak tunggal kepada Wiqzer dan Lisyana merupakan seorang jejaka yang berbadan tegap dan tinggi persis ayahnya Wiqzer. Namun sikap Ezqir langsung tidak menampakkan yang beliau seorang yang perkasa bagai pahlawan tetapi lebih kepada tinggi sopan santunnya seperti Lisyana iaitu ibunya. Ezqir seorang yang berbudi bahasa dan pandai menghormati orang tua. Ini mungkin didikan daripada ibunya sejak kecil. Ayah beliau jarang-jarang berada di rumah kerana kekangan waktu, banyak masa yang dihabiskan oleh Wiqzer iaitu si ayah di tempat kerja.  Maka tidak hairan, tingkah laku Ezqir lebih kepada ikutan ibunya. Ezqir mempunyai tanda lahir yang aneh di belakang kiri badannya. Berbentuk huruf 'E' sejak kelahirannya lagi dan disebabkan ini Wiqzer dan Lisyana menamakan anaknya itu dengan nama Ezqir yang bermaksud 'seorang pemikir' mengikut budaya kaum Pevzex.

Sama seperti Qisyah yang juga anak tunggal, Ezqir tidak dapat lari daripada dimanjakan oleh ibunya walaupun bagi Ezqir ianya tidak perlu kerana usianya sendiri yang sudah memasuki angka 22. Namun Lisyana masih juga menganggap anak tunggal lelakinya ini masih memerlukan perhatian lebih kerana itulah satu-satunya permata berharga yang beliau miliki selain daripada suaminya sendiri. Namun segalanya berubah dalam sekelip mata apabila Wiqzer nekad untuk menghantar anaknya ini ke Wixcov. Pada mulanya Lisyana membantah akan tindakkan suaminya ini tapi akhirnya terpaksa akur demi kebaikan anak lelakinya itu. Berat hati si ibu apabila melihat anaknya pergi meninggalkan bumi Pevzex. Ini semuanya adalah gara-gara ketidaksengajaan Ezqir apabila beliau telah membuatkan temannya sendiri berada dalam keadaan cedera dan seterusnya koma ketika sedang bermain vizwac iaitu sejenis permainan tradisi kaum Pevzex.

Bagi kaum Pevzex sendiri, adalah menjadi suatu perkara yang serius apabila berlaku sebarang kecederaan ketika bermain permainan tradisi mereka lebih-lebih lagi sehingga mengakibatkan koma. Sebagai pengajaran, seseorang itu harus ditempatkan selama 3 tahun di dalam sel Roxken iaitu sel yang didiami oleh makhluk Juaz. Makhluk Juaz merupakan suatu bahan eksperimen saintis dalam menjadikan bumi Pevzex dapat didiami oleh manusia dan makhluk ini secara bersama di masa akan datang. Dengan itu bagi mana-mana pesalah seperti Ezqir, beliau akan ditempatkan di sel Roxken sebagai pengajaran dan juga sebagai bahan uji kaji secara tidak langsung. Namun sebagai alternatif untuk tidak dihantar ke sel ini, seorang pesalah itu haruslah dibawa keluar dari bumi Pevzex selama 5 tahun. Maka itu, Wiqzer terpaksa membuat keputusan berat untuk menghantar anaknya itu ke bumi Gexneic.

Bagi Ezqir, dimasukkan ke dalam sel ataupun di'tendang' keluar dari bumi sendiri tiada bezanya. Yang membuatkan dirinya terkilan adalah kerana tidak dapat mengetahui kedudukan temannya itu yang koma. Pesalah sama sekali tidak boleh dihubungi dan begitu juga sebaliknya sehingga tempoh hukuman selesai. Namun dalam kesedihan ini, Ezqir berasa gembira kerana dihantar ke bumi Gexneic. Beliau gembira kerana mampu berdikari dan tidak lagi dimanjakan oleh ibunya seperti dulu. Selain itu dapat 'mengenali' Qisyah juga merupakan satu bonus yang tak dijangka dan menggembirakan diri Ezqir. Walaupun masih belum bertegur sapa, Ezqir percaya hari itu pasti akan tiba untuk dirinya dapat mengenali Qisyah dengan lebih dekat kerana masih panjang lagi waktu untuk beliau berada di bumi Gexneic ini.

Hari ini Rasyur iaitu guru kelas Ezqir yang mengajar beliau dalam ilmu minda kawalan mahukan pelajarnya mencari pasangan dalam membuat tugasan di makmal...

bersambung...

Saturday, 3 March 2012

Ezqir Dan Qisyah

Berjalan seperti biasa hampir tiga bulan di laluan yang sama membuatkan Ezqir seperti manusia yang mendiami kawasan tersebut. Dilihat secara mata kasar, bentuk tubuh Ezqir sama seperti mereka yang mendiami kawasan tersebut. Dengan itu amat mudah bagi Ezqir untuk beramah mesra dengan mereka walaupun berlainan budaya. Ezqir anak kelahiran Pevzex yang merupakan satu kawasan yang didiami oleh golongan elit Gexzin begitu memberontak pada mulanya apabila diberitahu kedua orang tuanya agar beliau harus dihantar ke Wixcov iaitu satu kawasan pedalaman yang didiami oleh bangsa Gexneic, di mana mereka ini langsung tidak berhubung dengan dunia luar. Pintu masuk di kawasan utara merupakan satu-satunya laluan keluar masuk bagi bangsa Gexneic ini dan ianya dijaga rapi 24 jam oleh mereka yang benar-benar dipercayai untuk menjaga pintu keramat tersebut. 

Hari ini genap tiga bulan Ezqir berada di bumi Wixcov. Secara diam tidak diam, Ezqir sudah mula menyukai bangsa Gexneic ini kerana dirinya tidak pernah rasa tersisih. Hampir setiap hari apabila mahu ke destinasi pembelajarannya yang mesti dihabiskan dalam masa setahun setengah, pasti Ezqir akan berjumpa dengan anak-anak muda yang sungguh ramah untuk diajak berbual. Apa yang pasti di dalam kelas yang diduduki oleh Ezqir, beliau mengenali seorang gadis bernama Qisyah iaitu anak ketua bangsa Gexneic. Qisyah merupakan satu-satunya anak tunggal kepada Zeruik dan Fitisyah. Maka tidak hairan ramai anak muda Gexneic yang begitu kepingan untuk mendampingi beliau, termasuk diri Ezqir sendiri. Namun sehingga ke hari ini, Ezqir masih lagi belum pernah berbual bersama Qisyah. Mereka cuma sekadar berbalas senyuman apabila berselisih di dalam kelas.

Qisyah sendiri mempunyai perwatakan yang menarik dimana beliau merupakan satu-satunya perempuan di Gexneic yang mempunyai Batu Sagrev. Batu Sagrev yang berwarna keungguan ini merupakan satu daripada tiga batu lagenda yang terdapat di bumi Gexneic. Kaum Gexneic percaya batu ini mampu memberi kuasa kepada mereka yang mempunyainya. Mengikut lagenda Gexneic ketiga-tiga batu tersebut mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Batu Sagrev yang ada pada Qisyah merupakan batu yang membolehkan beliau melihat sesuatu kejadian sebelum kejadian itu sendiri berlaku. Tidak hairan apabila bumi Gexneic sudah beberapa kali terselamat daripada bencana sebelum ini. Dan dua lagi batu yang masih tidak dijumpai itu, dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan dan juga kuasa kebal diri.

Sebenarnya diri Qisyah dikagumi bukan disebabkan beliau anak kepada ketua bangsa Gexneic mahupun kerana mempunyai batu lagenda tersebut tapi beliau dikagumi kerana beliau mampu menghafal segala apa yang pernah dilihatnya. Setiap manusia yang pernah dijumpai oleh Qisyah, beliau pasti ingat akan nama mereka. Inilah kelebihan yang ada pada diri gadis tersebut yang tiada pada gadis-gadis Gexneic yang lain. Dan disebakan ini juga Ezqir juga begitu mengagumi gadis itu. Namun sayang walaupun mereka di dalam satu kelas yang sama, Ezqir masih lagi tiada kekuatan untuk bertegur sapa dengan Qisyah. Ezqir sendiri pelik kerana setiap kali berselisih dengan gadis ini, mulutnya pasti kelu seribu bahasa.

Ezqir anak muda bangsa Pevzex yang merupakan satu-satunya anak tunggal kepada...

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...