Posts

Showing posts from February, 2012

Happy Leap Year

Image
Happy Leap Year. Maknanya bulan ni ada 29hb. Cool kan tapi because of this extra day, everything is delayed including my birthday bulan Sepetember nanti. Haha.. Tapi jangan lupa pergi cari lelaki dan propose dorang bagi para wanita di luar sana. Kalau dorang tolak, anda boleh dapat ganjaran. #LOL
Hari ni juga aku menanti kalau ada mana-mana wanita di luar sana nak propose aku dan aku 100% sure will say YES! Suka tak suka, kena datang berjumpa dengan aku. Aku di mana? Entah. Tapi kan kalau ada siapa-siapa kahwin tarikh ni, untunglah sebab jimat 4 tahun mendatang tak perlu beli hadiah ulangtahun.
Yang anak-anak lahir tarikh ni juga pun kesian juga sebab masa kecik dapat sambut hari lahir 4 tahun sekali. Jimat duit mak ayah. Tapi dorang tetap yang paling bertuah. Pada aku segala yang dorang nak pada hari ni harus ditunaikan. Tak kira kalau nak minta istana sekalipun. Hehe.
Persoalannya, kenapa tak diberi cuti pada hari ni. Kenapa? Anggap je hari ni takda dalam kalendar, sekadar anggap d…

Gunung Ledang Tangkak

Image
Kali terakhir aku pergi Gunung Ledang masa 6hb Feb hari tu kalau tak silap. Sampai 3 hari demam sebab berendam lama sangat dengan makan 'serbuk' berlebihan. Tu pergi untuk aktiviti mandi manda. Tapi kali terakhir aku mendaki masa Julai 2010. Lama dulu dah. Masa tu jugaklah gunung pertama aku mendaki.  Kali ni cabarannya berbeza dari yang pertama. Boleh aku katakan perbezaannya 3 kali ganda dari pendakian yang pertama dulu.
Semalam 25hb merupakan hari yang aku boleh lupa. Daaaa.. Takdanya hari yang tak boleh aku lupa. Aku nak menaip ni pun tak larat sebenarnya. Penatnya memang tahap tak makan satu hari sentengah. Rasa-rasanya lah kot. Dengan kaki aku pun tak bape nak boleh jalan macam orang normal tapi kira boleh berjalan lagi, cuma terhoyong hayang je macam ketam. Membebel je lebih ni.
Pendakian kali ni laluannya berbeza sebab melalui KFC (Killing Fitness Centre). Bayangkan kali pertama dulu naik jam lapan, sampai bawah kira-kira jam lima. Dan pendakian kali ni naik jam lapan…

Hati Manusia Berbeza-Beza

Kau tau apa benda yang boleh buat kau sedih selain daripada kematian orang yang kau sayang? Bila dengar cerita seseorang tu ada sikit-sikit kena dengan kisah hidup kau. Sebenarnya tak perlu banyak. Sekadar sikit kau dengar, kau dah berbisik dalam hati 'rupanya bukan aku sorang yang mengalami benda ni'. Lebih kurang ginilah. Tapi benda macam ni bagus sebab bagi kau peluang mengenal sikap manusia yang sebenarnya.
Owkay mari mulakan.. Aku berbual dengan kawan aku pasal hal kahwin-kahwin ni. Biasalah kan. Takkan 24 jam ketemu mahu berborak pasal bola semata. Perbualannya mudah, tak berkisar pada politik, dendam, nafsu serakah apa semualah. Sekadar kekesalan di hati. Ni yang buat diri makin sayu ni.
Aku tanya kalau kau ada anak nanti, kau nak ke letak gambar anak kau banyak-banyak dekat facebook, dekat twitter ke, dekat mana-manalah asalkan kau bergaya untuk bagitahu dah ada anak. Sebenarnya tak semua orang akan letak gambar anak dia dekat facebook tu tapi kawan aku punya jawapan …

New York Yankees

Image
Blurpp.. Aku rindu nak makan Double Cheese McD. Rindu yang teramat. Lebih-lebih lagi kalau datang waktu mengidam anak sulung ni. hahahaha.. Ni gambar entah bila hari punya entah. Tu lah bahayanya makan burger McD ni, boleh buat terlupa hari. Huhu. Ni McD masa dekat New York City. Uwaaaa uwaaaa berangan duk ada. Tapi satu hari nanti aku pasti ke sana sebab ada satu tempat yang aku nak sangat-sangat pergi dekat New York tu. Tapi kalau orang kata dekat kau, "watpe pergi tempat-tempat macam  tu, baik je pergi Mekah." Kau jangan marah orang tu. Kau diam dan kau angguk dan kau senyum je. Sekian

Adakah Kau Tahu

Kau tahu
bila aku bersedih
aku keluar mencari coklat.
Pulangnya kemudian,
rupanya coklat masih
penuh di dalam peti ais.

Kau tahu
bila aku bersedih
aku diam termenung
tamak bukan.
Aku tak tahu
bagaimana mahu berkongsi.

Kau tahu
bila aku bersedih
aku tidak nampak
di mana letaknya nasi.
Terlupa dengan
perut sendiri yang kosong.

Kau tahu
bila aku bersedih
air mataku
susah untuk bergenang.
Barangkali aku tabah
dalam lakonan

Kau tahu
aku bersedih
disebabkan diri kau
tapi kau tidak tahu.

Aku mahu pulang
tapi tidak mahu kembali.

Merepek Isinya Ranum Sebenarnya

Gua ada benda nak cerita tapi bagi tangguh dulu rasanya sebab gua nak merepek dari satu sampai Z je sekarang ni. Lagipun gua rasa tak elok nak sembang sopan santun tahap ustard kalau hati dah niat lain. Ni apa gua merepek ni? Sekali pantai berubah, seribu kali laut bergelora. Bila gua kata nak merepek, maknanya memang gua akan memvavi buta je apa yang ada dalam kepala otak gua ni. Memang langgar tak nak nampak roadblock dekat depan nun. Malas gua nak buat ayat lalok sana, lalok sini.. Percayalah penatnya memang bukan kemain lagi nak bikin ayat cengitu.
Lu orang kalau rasa pemalas, lu orang diam-diam. Rajin pun sama, kasi bikin diam-diam je. Jangan nak kecoh sana sini kata hari ni malas nak kerjalah, malas nak bangunlah, malas nak makanlah. Takda siapa pun peduli lu malas ke tak. Kalau lu orang tak percaya, lu orang tanya Fortuneteller Baba. Siapa dia ni? Pandai-pandai lu oranglah. Gua pun pandai-pandai main bubuh je nama ni. Ambik kata apa-apa je perasaan yang lu orang rasa comel tap…

Kematian Siapa-Siapa

Image
Kenapa manusia perlukan tidur ye? Gua kadang-kadang berharap mata ni tak perlu tidur tapi gua tahu harapan gua ni mustahil kecuali gua ada penyakit insomnia. Ada yang kata tidur ni proses untuk merehatkan minda, fizikal apa semua. Tak boleh ke kalau kita rehat tanpa perlu tidur? Tak merehatkan fizikal ke kalau kita tak buat apa-apa?
Abaikan jelah mukadimah tu tapi lu orang dah baca pun. Ni namanya dipanggil sudah terlajak tiada gunanya. Gua ada persoalan yang terngiang-ngiang di benak fikiran. Kalau ada orang mati lu orang akan kata itu memang sudah tertulis bukan? Memang dah sampai ajalnya bukan? Dah sampai masanya untuk kembali menghadap Ilahi bukan? Ataupun lu orang hipokrit sebab nak sedapkan hati sendiri lu orang guna ayat camtu.
Kalau seseorang tu mati kena bunuh, macam mana lu orang nak gambarkan situasi ni ye? Perlu ke orang yang bunuh ni mengaku dia ni yang membunuh si polan tu? Tak ke ajal si polan tu dah sampai. Kenapa nak mengaku pula kan. Tapi lu orang kata si polan tu k…

2CELLOS (Sulic & Hauser) - Smooth Criminal

Image

Secret Admirer

Image
Lu orang ada secret admirer? Kalau ada memang untunglah sebab lu orang bukannya dari kalangan artis. Tetiba ada secret admirer, ni dah kira untung sabut timbul, untung batu pun timbul juga. Lebih-lebih lagi bila secret admirer lu orang suka bagi hadiah. Perghhhh bertuah badan yang tak putih wei kalau cmni. Boleh bikin jeles ni.
Secret admirer dalam Bahasa Melayu apa ea? Peminat misteri, peminat rahsia, peminat senyap-senyap? Apa-apa jelah. Yang pasti secret admirer ni tugasnya minat diri lu orang senyap-senyap tapi takdalah sampai tahap nak ajak lu orang kahwin. Ada ke secret admirer ni minat lu sampai nak ajak lu kahwin? Kalau ada dah bukan secret admirer namanya ni. Pada pendapat gua lah.
Gua rasa secret admirer ni perlu kekalkan identiti dia ni sampai ke mati. Tak boleh sesekali orang yang dia minat ni tahu akan identiti dia. Kalau tahu dah bukan secret admirer lagi dah tapi secret recipe namanya ni. Tapi lu orang takkan lah taknak berusaha untuk tahu kan. Pembohong benar lah kala…

Penangan Stress

Image
Lu pernah stress? Sakit otak ke? Migrain ke? Stress dengan migrain ni sama ke tak ea? Ahhhh lantak. Gua kalau stress ke, migrain ke, serabut ke, buntu ke, jiwa kacau ke, pening ke, apa-apa jelah yang bagi kesan negatif dekat otak, memang gua amalkan petua senyapkan diri tapi dengan wajah muka yang tenang. Seolah-olah gua berada dalam keadaan gembira nestapa. Pandai menipu gua ni.
Lagipun kalau lu nak lepaskan stress pada orang lain, apa kejadah namanya ni. Yang stress lu, atas sebab apa lu nak lepaskan pada orang lain. Tak ke jilaka namanya ni. Biasa manusia suka macam ni, Mentang-mentang kawan tu tersilap masa dan tempat, lu terus bagi sebiji dekat kawan tu. Dia tak bersalah dow. Nampak sangat lu ni panas baran tahap King Kong.
Kalau macam ginilah sikapnya, memang tak kekal lamalah perkahwinan lu nanti. Eh apa kaitan kahwin plak ni. Gua ni melalut saja. Tapi gua musykil dengan orang yang tak boleh nak kawal stress ni. Apa susah, pergilah buat yoga sana. Takpun makan coklat banyak-ba…

Mimpi Semimpinya

Image
Ada orang kata kalau sebelum tidur kau bayangkan seseorang, nanti tak memasal kau akan muncul dalam mimpi orang tu. So kalau kau mimpikan seseorang, maknanya ada orang sebelum tidur tu telah membayangkan diri kau. Kau jangan suka sangat kalau dapat mimpi seseorang tu. Meh gua kasi tau..
Gua rasa ni ada gila sikit punya teori. Macam mana kalau kau mimpi orang yang dah mati? Orang dalam kubur tu sedang membayangkan diri kau ke? Ngeri sungguh! Gua ni bukan pakar pun kalau nak analisis mimpi-mimpi ni tapi gua rasa kalau gua mimpi ular, maknanya adalah orang nak belit gua sikit hari lagi. #LOL
Bercakap pasal mimpi ni, gua rasa semua orang cuma ingat penghujung mimpi je. Masa permulaan, tengah-tengah mimpi entah pergi mana pun tak tau lah. Tengok-tengok dah terjaga, lebih-lebih lagi bila terjaga sebab ada orang kejutkan. Lagilah kau menyumpah orang tu sebab ganggu kau sedang enak bermimpi.
Gua pelik kalau ada orang beriya-iya kata mimpi dia tu betullah, real bagailah. Kenapa serius sangat?…

Christina Perri - A Thousand Years

Image
Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow.

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more.

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this.

One step closer

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for thousand years
I'll love you for thousand more.

Bahasa Mata

DIAM.SENYAP MENGHERET KAKI BERUBAH TIDAK BEGITULAH!



Maulidur Rasul 2012 Di Muar

Image
Tiada yang indah selain daripada dapat makan coklat hampir setiap hari. Ayat tak kena langsung. Apa lagi yang mengindahkan pagi hari selain berarak satu Bandar Muar. Takdalah sampai satu Bandar Muar, cuma 2 kilometer je duk pusing dari tanjung ke bandar pastu masuk semula ke tanjung. Haha aku je yang pakai kopiah. Songkok hilang mana entah.

Barisan depan dah tentu Sultan Johor dengan Menteri Besar Johor. Kita rakyat jelata di barisan belakang. Aku sebenarnya tiada kaitan tapi saje join kawan punya office. Dari bangun pagi tak buat apa-apa, baik pergi kuruskan perut akibat melantak tiga hidangan dalam satu masa tempoh hari sudah. Pakaian Melayu tradisi orang Johor dah semestinya Baju Melayu Teluk Belanga.

Maka beraraklah segala rakyat jelata mengikut jejak langkah pemerintah Johor di depan. Kami rakyat Johor bersatu hati bergabung tenaga dalam merajai jalan raya. Habis semua jalan raya di tutup. Siapa yang ada urusan dekat bandar, memang kesian lah sebab kena tunggu habis rakyat jelat…

Cerita Pendek

Nak dijadikan cerita yang panjang berjela-jela menjadi ringkas seringkasnya Aku Sudah Berada Di Muar Orang lain semua dah balik after exam tempoh hari masa 16hb Januari  tu tapi aku baru je nak balik. Perjalanan semalam pukul 9 malam dari KL tapi sampai Muar pukul 2 pagi. 
Mana taknya, sampai Muar terus lepak kedai mamak duk belasah rojak, nasi goreng cina dengan roti telur. Ni makan tahap lapar. Lagipun aku takda pilihan selain daripada makan untuk memulihkan perut aku yang kurus ni. Lelaki harus berperut buncit untuk menampakkan ketampanan. #LOL
Lain hari aku update cerita panjang lebar. Setakat ni aku masih penat badan tapi tak penat mata dan telinga. So masih lagi boleh melihat mereka yang seksi di luar sana dan masih juga boleh mendengar mereka mengumpat pasal diri aku.
Badan je tak berfungsi. Maka dengan ini, Salam Sejahtera.

Cerita Saya

Image
Hai di sana. Tak kisahlah sesiapa pun yang di sana. Yang pasti Hai :) 1.2.2012 permulaan Februari yang sama seperti Februari yang sudah-sudah sebelum ni. Cuma satu je saya rasa, kali ni Januari bergerak terlalu pantas. Padahal macam baru semalam rasanya orang sambut tahun baru. Perasaan bergetar juga rupanya diri saya ni. Hihi malu :|
Anda tahu kalau saya menggunakan kata ganti nama diri saya selain daripada aku ataupun gua, maknanya saya sedang mengalami masalah kediaman minda. Bukan rumah kediaman.. haiya.. tapi minda yang terdiam disebabkan sesuatu yang mengusik perasaan. Haishh sentuh perasaanlah sangat. Tapi bila jadi begini, saya akan diam dari bercakap dengan sesiapa.
Maknanya 3 hari saya akan diam. Sekurang-kurangnya. Tapi kalau tiba-tiba ada berita ngeri yang melibatkan penunggang basikal dimasukkan ke hospital akibat melanggar pejalan kaki sehingga patah rusuk, maka saya akan bersuara. Hal-hal begini saya tak boleh senyap kerna ianya melibatkan hospital. Bila melibatkan hos…