Pages

Tuesday, 31 January 2012

Tipu Menipu

Lu orang pernah kena tipu tak? Ambik kata lu orang pernah tipu orang lain tak? Hell yeahhh.. Mesti pernah kan. Lagi mahu tipu kata tak pernah. Dasar penipu. #LOL. So kenapa lu orang nak marah-marah kalau diri lu kena tipu. Kenapa lu nak expect yang diri lu tu baik tahap malaikat yang takkan ada orang nak tipu diri lu. Berpijak di bumi nyatalah. Kalau lu orang kena tipu, anggap je balasan dari sikap lu yang sebelum-sebelum ni lu tipu orang lain.

Kenapa susah sangat nak terima hakikat kena tipu kan tapi senang pulak diri lu ketawa neraka bila menipu orang lain. Lu orang ni sakit mental ke cacat otak? Semua benda lu nak anggap datang baik-baik je kat dalam hidup lu orang. Lu orang ingat, lu orang ni siapa? Bila datang musibah sikit, meroyan macam orang sasau. Nak je gua tambahkan sasau lu orang tu dengan balingan cakera padat dekat muka lu orang. Ishhhh nak je buat cmni tapi gua tak sampai hati je nak buat.

Dekat mana-mana pun penipu ni ada. Kadang-kadang diri lu sendiri sebenarnya tapi lu orang je yang tak sedar sebab lu orang tak sedarlah. Kalau lu orang sedar, lu orang nak ke jadi penipu? Kalau sedar dan masih lagi menipu, gua cuma boleh kata dengan perasaan tulus ikhlas yang lu orang ni memang *nah gua bagi jari tengah* betul-betul depan muka lu. Hakikatnya tiada penipu kalau tiada si yang nak kena tipu. Dua-dua ni saling berkait rapat. Macam peniaga dengan pembeli.

Banyak mengamuk dekat blog sendiri pun tak elok juga sebenarnya ni. Cuma kena biasakan diri dengan keadaan hidup bersama-sama si penipu yang kita tak sedar mereka ni ada dekat mana hatta kawan kita sendiri sebenarnya. Kalau dapat elak, maka elaklah. Kalau kena tipu juga, anggap je malang tak berbau. Dah kena tipu tu, mandilah dengan sabun agar bau dari kena tipu dapat dibuang jauh-jauh dari badan. Sekian!

Friday, 27 January 2012

Motor Hilang


Semalam salah seorang kawan gua hilang motor. Gua memang simpati dekat dia. Abang gua pun pernah juga hilang motor tapi bila bercakap pasal hilang kenderaan ni, satu je yang boleh diharap. Iaitu insuran. Kalau nak kata jumpa semula tu, peluang memang tipis sebab tu pentingnya insuran. Gua nak lekas-lekas masuk topik yang gua nak ceritakan ni. Lebih kepada pendapat rasanya.

Kita memang dah ambil langkah berjaga-jaga tapi pencuri tu lagi expert. Apa lagi yang boleh kita harapkan. Tapi sekarang ni gua cuma terfikir satu je. Tak tau lah akan ada dua atau tiga. Bila gua cakap yang motor sekian sekian hilang dekat tempat sekian sekian. Tau apa respon orang yang dengar? Tempat tu memang line panas. Motor banyak hilang dekat situ.

Gua terfikir, kalau tempat tu line panas? Takkan takda apa-apa tindakan kot? Mana pihak yang sepatutnya menjaga kawasan tu? Ramai yang kata kawasan tu memang dah biasa kes hilang motor. Hello!!! Ni apa kejadah ni. Takkan dah jadi perkara biasa kot. Kalau macam ginilah situasinya, dunia dah tak selamat di duduki. Err'..

Owkay sekarang ni nak salahkan siapa? Pihak yang tak menjalankan tugas menjaga kawasan tersebut? Pencuri yang bijaksana bila mencuri tapi tak berjaya ditangkap? Tuan punya kenderaan sendiri? Sekarang ni cuba beritahu siapa yang patut dipersalahkan???

Gua fikir logik je dekat sini. Bila ramai yang kata kawasan tu memang dah biasa hilang kenderaan terutama motor, kenapa pihak yang bertanggungjawab tak buat penjagaan lebih ketat dekat kawasan situ? Bila orang kata dah "biasa", tak rasa macam ada yang tak kena ke dengan kawasan tu sendiri. Adakah masyarakat dekat kawasan tu pejam mata je? Adakah pihak berkuasa gagal dalam melaksanankan tugas? Adakah adakah dan adakah.. Banyak yang boleh dipersoalkan sebenarnya.

Pada gua senang je, dah nama pun kawasan 'biasa' kenderaan hilang, kenapalah tak buat perangkap dekat kawasan tu. Apa kata umpan dengan sebiji atau dua biji motor, lepas tu 'mata-mata' pantau lah dari jauh. Kata dah 'biasa' kan, mestilah si pencuri tu akan datang mencuri. Masuk akal kan. Dah nama pun kawasan biasa hilang motor. Kalau tetiba dah buat perangkap tapi pencuri tak curi, ni dah luar biasa dah. 

Silalah buat sesuatu untuk jadikan kawasan tu bukan kawasan biasa hilang kenderaan. Gua bila dengar orang kata 'tak leh buat apa bro, tmpt tu dah biasa hilang motor'.. Wat The Fak. Memang gua senggama minda betul dengar. God Bless Malaysia.

p/s: gua pernah hilang benda berharga dalam hidup gua, so gua tau macam mana perasaannya.

Wednesday, 25 January 2012

Sembang-Sembang

Gua ada jumpa satu cerita tapi ceritanya panjang dan berbelit-belit. Takdalah berbelit mana pun, cuma panjanglah apa yang cuba gua sampaikan. Apa-apa jelah. So gua akan cuba ringkaskan seringkas yang mungkin. Kalau kena dengan gayanya, maka kenalah ia. Kalau tidak, abaikan pastu campak dalam tong sampah ok. 

Pensyarah bagi lu orang buat assignment. Pastu lu orang panjang akal sampai ke negara China, taknak buat assignment tu. Sekarang ni ada watak dalam cerita ni. Lu orang kan panjang akal.. Meh mulakan watak yang tiada kena mengena dengan yang bakal hidup, yang hidup ataupun yang bakal mati.

(P untuk Pensyarah, L untuk Lu Orang, dan G untuk Gua)


P: L kenapa awak tak buat tugasan yang saya bagi? Kan ke saya suruh buat!
L: Owhh.. Kalau Pensyarah suruh saya terjun longkang, Pensyarah rasa saya
     saya akan terjun longkang ke? Daaaa...

ataupun jugak...

L: Woi G, kenapa kau rajin sangat nak buat tugasan yang Pensyarah bagi ni.
     Lebih baik tak payah buat langsung. Buang masa je.
G: Kenapa kau kata gitu? Pensyarah suruh aku buat, aku kena buatlah.
L: Maknanya kalau Pensyarah suruh kau terjun longkang, kau nak terjunlah?
G: A'a ye. Aku tak terfikir pun. Hehe thaks bro. Sekarang aku tak payah buat.
     Hoyeahhh.. Jom enjoy...

tapi...

P: G kenapa awak tak siapkan tugasan yang saya bagi?!?!
G: L beritahu tak perlu buat, so saya tak perlu buat rasanya.
P: Owhh kalau L suruh kamu makan taik, kamu akan makan taik la ye?
G: .... .... ....


Sekarang ni macam mana? Nanti sambung. Kalau ada sambungannya. Kalau takda, kira halal jela dunia akhirat. Nanti aku cari semula sumber asal cerita ni. Mana entah pergi blog orang ni. Macam biskut pulak. Owkay gua nak sambung makan sunsweet. nom..nom..nom..nom..


Monday, 23 January 2012

Novel Fixi


Cuti semester ni luangkan masa dengan termenung memikirkan masa depan. Gua masih lagi berada di Shah Alam Darul Roundabout. Belum berkesempatan untuk pulang ke Muar a.k.a Muor bumi kelahiran. Bukan gua tak berkesempatan, cuma gua punya hati ada orang bomohkan bagi melekat dekat Shah Alam ni. Haha.. Memang dasyatlah orang yang bomohkan gua ni, sampai gua sendiri boleh tahu.

Nak diringkaskan cerita, gua isikan masa cuti gua ni dengan buat kerja bawah tanah sekolah yang harus disiapkan. Apa ingat budak universiti ni kalau cuti takda kerja sekolah. Mesti ada punya maa.. Ehem..gua banyak habiskan masa dengan membaca novel sebenarnya. Kerja sekolah tu buat perlahan-lahan pun boleh. Sekurang-kurangnya gua tak buang masa lepak tak tentu hala.

Bila dah dapat baucer $200, gua pergilah beli novel yang dekat atas ni. Kalau tak beli novel, gua nak beli apa? Takkan nak beli kedai buku kot. Tak cukup, sekurang-kurangnya kena bagi baucer $1.8juta. Baru gua boleh beli kedai buku. Entah.. Silap-silap tak cukup juga. Gua manalah tau pasal hal-hal business ni. Kebetulan sebenarnya, gua memang dah ada novel Kasino tapi bila dah dapat baucer.. Paham-paham jela.

Gua dah habis baca Kasino, Pecah dengan Men From The Boys. Lagi 3 novel Jerat, Dendam dengan Tabu dalam perjalanan. Satu hari satu novel. Kalau gua layankan matalah. Kadang tu tak larat sebenarnya mata. Nak taknak, novel yang baca gua. Kira macam nonton tv. Sudahnya tv yang nonton diri kita. Tulah siapa suruh tidur depan tv. Kan dah membazir bil elektrik macam tu je.

Baru gua perasan yang gua dah lama tak kumpul komik. Sebabnya gua pun tak tau komik apa yang nak dibaca sekarang ni. Semua komik sekarang tak menyelerakan nafsu pembacaan gua, tak macam komik dulu-dulu. Bila tak buang duit dekat komik, gua buang duit dekat novel. Dah gua pun hobi membaca, nak buat macam mana kan. Hari-hari baca suratkhabar pun boleh jemu juga tau.

Gua nak sambung baca Tabu. Baru suku gua berkhayal dengan novel Tabu ni, tetiba terasa nak update blog. So gatal-gatalkan lah jari jemari ni. Lagipun gua ngantuk sebenarnya. Takut terlelap je, nanti jadilah novel yang baca gua. Sehingga ketemu lagi. Happy Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai.

Coretan Ringkas

Apa mahu khabar ye. Khabar baik jelah. Gua lama dah tak update twitter dengan FB. Sebabnya? Sebab gua malas. Perghh klise punya jawapan. Ni jawapan minta hantar pergi buang ke pulau namanya. Biar duduk sana sorang-sorang takda berteman. Kalau ada pun, teman dengan Captain Jack Sparow.

Gua sebenarnya terasa hati dengan keadaan sekeliling. Tu yang gua senyap je tu. Cerita banyak pun tak guna sebab gua dah kisahkan dekat blog satu lagi. So dekat blog ni gua tak pernah hilang, ada je gua update cuma lu orang yang tak tau. Susah sebenarnya gua nak jaga dua blog. Dah lah tak bergaji pulak tu.

Dekat blog siangterang ni gua banyak bermain dengan imaginasi. Kadang tu bila gua sendiri baca semula apa yang gua tulis, gua sendiri tak percaya. "Ini betul ke gua punya cerita". Bila gua bermonolog sendiri. Ambik kata, bila gua bermonolog, maka berbagai ceritalah yang terlahir dari akal gua yang tak seberapa ni.

Kalau nak dibandingkan dengan blog gua yang satu lagi, gua tak perlu berimaginasi. Cukup sekadar gua luahkan apa yang terbuku dalam hati gua, apa yang berlaku dalam kehidupan seharian gua. Mudah je. Tak perlu fikir banyak, terus gua coretkan. Kiranya diari gua tu.

Ni gua nak tanyalah, lu orang pernah terfikir tak kenapa lu orang suka komplen satu-satu perkara tu. Padahal perkara tu kecik je. Lu orang tak payah nak komplen pun takpe tapi disebabkan perangai lu orang yang memanjang tak puas hati dengan itu dengan ini, so lu orang pun pot pet pot pet itu ini serba tak kena.

Cis apa yang gua tanya ni ea? Gua takda idea ni, sebenarnya ada tapi gua anggap macam takda. Gua tengah menekunkan diri baca novel sebenarnya. Gua baru habis baca novel Pecah. Sekarang ni gua tengah baca novel Men From The Boys. Entah bila nak habis pun gua tak tau. Lu orang tau bila gua nak habis baca novel ni?

Oklah, ada baiknya gua beransur diri dulu. Tadi mula apa mahu dikhabarkan, sekarang ni pulak macam mana? Khabar selamat tinggal lah. Moga jumpa lagi :)

Sunday, 22 January 2012

English Movie

The Brave One. Ni 1st movie yang aku duk layan semalam. Apa aku nak cerita pasal movie ni ye? Pelakon utama dia Jodie Foster, ala yang berlakon dalam movie Panic Room tu. Dalam cerita ni, Jodie Foster bawa watak Erica Bain. Seorang watak yang penuh dendam kesumat sebab bakal suami dia mati kena belasah. Tragis wei bila orang yang kau sayang mati kena bunuh.

Sebenarnya Erica ni pun kena belasah juga dengan mat-mat gangster tapi dia bernasib baik panjang umur. Tak sedar diri 3 minggu dekat hospital. Cuma bakal suami Erica ni je yang umur tak bape nak panjang. Nak dijadikan cerita, bila dah pulih tu maka dendam kesumat membara tahap takda siapa boleh nak halang.

Kalau nak tunggu undang-undang, memang tak ke manalah. So si Erica ni nekad balas dendam ikut undang-undang dia sendiri. Bayangkan seorang perempuan nak balas dendam atas kematian bakal suami dia ni. Bukan senang wei. Perlukan kekuatan mental dari kekuatan fizikal sebenarnya sebab Erica ni sendiri masih trauma.

Pada aku cerita ni menarik sebab ada Jodie Foster. Haha.. Kalau yang minat Jodie Foster lah. Lagu yang ada dekat entri sebelum ni pun, aku ambil dari cerita The Bave One ni. Layankan.. Jodie Foster ni pandai wei main Guitar Hero. Nak tengok handal tak handal dia main, klik dekat SINI . Enjoy ok dengan Jodie Foster :)

Law Abiding Citizen. 2nd movie untuk santapan minda aku semalam. Siapa yang tak kenal dengan pelakon 300. Si Gerard Butler yang berbadan sasa. Cemburu wei tengok six pack dia dalam movie 300. Kebanyakan lelaki mengidamkan perut begitu. Ececehhh.. 

Dalam Law Abiding Citizen ni, Gerard Butler bawa watak Clyde Shelton. Pun sama juga watak yang penuh dengan dendam kesumat tapi Shelton ni lebih kepada marahkan undang-undang tu sendiri sebab hukuman penjenayah ke atas anak bini dia yang kena bunuh tak setimpal langsung.

Bezanya dengan Erica Bain, Clyde Shelton sanggup tunggu 10 tahun untuk membalas dendam. Gila kentang lama nak mampos tapi memang kejam gila lah cara Shelton ni. Lepas dah kerat pembunuh yang bunuh anak bini dia, ya KERAT. Memang kejam sangat-sangat, lepas tu boleh pula Shelton ni pergi bunuh Hakim, Pendakwaraya apa semualah yang berada belakang undang-undang.

Pada Shelton, undang-undang semuanya mengarut. Kalau ikutkan akal logik, Shelton ni memang kamikaze juga sebenarnya. Lagipun dia dah takda siapa-siapa. Anak bini pun dah mati. Yang tinggal cuma sifat balas dendam dalam diri. Kesudahan cerita, pandai-pandailah tengok sendiri.

Kesimpulannya, kalau aku berada dalam kedua-dua situasi ni, rasa-rasa aku akan ikut undang-undang aku sendiri. Siapa tahukan. Pengajarannya, jangan suka-suka merobekkan hati dan perasaan orang dengan sesuka hati. 

p/s: semalam pun aku sempat layan the bourne trilogy. 

Saturday, 21 January 2012

Sarah McLachlan - Answer



I will be the answer
At the end of the lines
I will be there for you
While you take the time
In the burning of uncertainty
I will be your solid ground
I will hold the balance
If you can't look down

If it takes my whole life
I won't break, I won't bend
It will all be worth it
Worth it in the end
'Cause I can only tell you what I know
That I need you in my life
When the stars have all gone out
You'll be burning so bright

Cast me gently
Into morning
For the night has been unkind
Take me to a place so holy
That I can wash this from my mind
The memory of choosing not to fight

Friday, 20 January 2012

McDonalds

Bila dah tau lapar, apa patut buat? Tadi lepas solat Jumaat, gua terus singgah McD seksyen 3. Dah sangap burger McD punya pasal. Mula tu nak beli prosperity tapi semalam gua baru makan oblong kuasa 2. Fikir punya fikir, gua belasah je beli Big Mac. Kalau tak Big Mac mesti gua dah balun Double Cheese. 3 jenis burger ni je yang gua boleh layan dekat McD. Burger lain kureng sikit. Inilah  kisahnya perjalanan dari awal makan burger hingga ke pengakhiran.





                                     

p/s: ALHAMDULILLAH.

Tuesday, 17 January 2012

Cik Adik vs Ikan Jerung

Apa yang best cuti? Pada gua lagi best kerja dari cuti sebulan tapi gua tak tau mana nak kerja. Lagipun gua ni teringin sangat nak makan sirip ikan jerung. Owkay takda kena mengena langsung apa yang bakal gua nak ceritakan dekat bawah ni. Mahu tak merepek, dari cuti tetiba ke sirip ikan jerung. Baik makan beruang je terus.

Lama juga gua hilang dekat twitter dengan facebook. Tu pun sebab gua dapat sindrom tak dapat makan sirip ikan jerung. Jerung lagi. Ni mesti dah teringin sangat nak turun laut ni. Gua terasa hati sebenarnya dengan prestasi diri gua sendiri sejak akhir-akhir ni. Tengok! Gua layan perasaan gua je tanpa hiraukan kata-kata orang lain.Bak kata pepatah "lebih baik jaga boxer sendiri dari jaga tepi kain orang lain".

Lagipun mak gua datang Shah Alam temankan gua. Mak gua tau gua tengah berada dalam situasi terjun tiruk KB Mall. Sebab tu mak gua sanggup datang dari Muor semata-mata nak temankan gua. So gua terpaksa abaikan  apa yang ada dekat sekeliling gua. I would do anything for my mum, yes! i would die for her. Kalau mak gua tau ni, mesti mak gua penampo gua sebab gua sedap-sedap reka cerita. :p

Ada orang tanya dekat gua siapa Cik Adik. Owkay ni dah masuk serius topik. Ala pasal entri tempoh hari sudah. Sebenarnya tu cuma cerita rekaan gua untuk lu orang yang sudi baca buat gelak tawa, buat hiburan semata. Tak lebih dari ini. Tak wujud pun Cik Adik tu sebenarnya. Lagipun label entri gua tu 'al-kisah' maknanya ada tokok tambah dalam menaikkan perisa cerita.

Lepas ni kepada sesiapa yang baca blog gua, silalah lah tengok label dulu. Kalau ye Cik Adik tu wujud, ya sila tampil ke depan dengan beraninya. Sila sila dan sila. Memang pasti tak ada lah kan. Sebab tu gua berani seru panggil supaya Cik Adik ni keluar. Lu orang kalau nak menyamar jadi cik adik pun boleh, tapi jangan lupa gua punya komisyen nanti.

Ni dah kenapa gua duk bersusah payah nak cerita apa bagai semua ni? pffftttttt! Kan dah takda cerita pasal sirip ikan jerung. Sebenarnya niat awal gua nak cerita pasal sirip ikan jerung dengan segala bahan lawak jenaka serius muka ketat tapi dah tersasul dengan cerita lain pulak. Takpe lah mungkin lain kali. Silap-silap bulan depan.

p/s: wow ni entri gua yg keseratus lah dan pertanyaan gua, apa best Bangkok ye? :)

Monday, 16 January 2012

Derita Diri Tiada Siapa Mengerti


Mengadulah kepada Allah walau sesukar mana sekalipun masalah. Baru aku sedar menagis dalam hati tu terlalu pedih untuk ditanggung. Aku banyak diam akhir2 ni bila berdepan dengan sesiapa sahaja kecuali mak aku sendiri. Kadang waktu, tawa yang aku bunyikan menyembunyikan segenap kesedihan diri.

Bayangkan tika berbual dengan mak sendiri, diri menagis di dalam hati.
Bayangkan kesedihan yang cuba disembunyikan daripada emak sendiri.
Bayangkan saat ini cuma emaklah satu2nya tempat dilepaskan derita sunyi.
Bayangkan betapa lemahnya diri ini tika berdepan dengan emak sendiri.
Bayangkan tersekat kata2 walaupun banyak yang hendak di adukan kepada emak sendiri.
Bayangkan wajah emak yang ditelan usia membuatkan diri sebak.

Anakmu,
Jaa

Thursday, 12 January 2012

Mesej

Pagi tu pergi kelas macam biasa. Kelas 8.30, tepat 8.30 jugalah gua gerak sebab gua 99% yakin pensyarah gua mesti datang lewat punya. Masa dalam perjalanan tu, perut gua meragam minta mulut disuap makanan tapi memang dah jadi tabiat gua yang jarang sarapan pagi kecuali Sabtu dan Ahad. Gua buat tak reti je apa yang perut gua duk keroncong tu sebab mata gua penuh kusyuk memandang jalan raya. Gua tamo sebab perut, gua langgar tiang lampu. Tamo gua wei.

Masa 3/4 perjalanan nak sampai fakulti gua, ada mesej masuk dalam fon gua. Ialah gua mestilah rasa sebab ada gegaran kan dalam kocek seluar gua. Tapi gua relex dulu biarkan mesej tu, bajet gua mesti mesej 'selamat pagi' yang masuk. Kalau tengok pun sama je. Ikut firasat gua lah kan. So bila gua dah sampai fakulti, gua pun terus minum air yang gua bawa dari rumah. Pastu baru gua check itu mesej yang masuk sebentar tadi.

Gua tenung lama-lama skrin fon gua sebab mesej tertera nama dari R. (R bukan nama sebenar). Gua pun tekanlah sebab nak tengok isi kandungan mesej tu. Gua tenung lama-lama ayat dalam mesej tu. Tenung sampai tahap tembus skrin tu rasanya. Perkara pertama, R ni jarang-jarang mesej gua, keduanya kalau R ni mesej mesti ada hal penting. Ketiganya, R ni perempuan.

Bunyi mesej R lebih kurang gini, "wei bro, gua dah kapel dengan S. hehe, aritu S 'melamar' gua. gua pun apa lagi setuju jelah terima lamaran kapel S." R ni dengan gua memang bahasa lu-gua-lu-gua je sebab gua pun dah anggap dia macam Robin, gua pulak Batman.

"untunglah lu dah kapel skrg, pastu apa panggilan manja lu bg kt S tu, lu kan ala2 tomboi, mana reti nak jiwang2 ye dak". Bila gua bagi mesej ni kat R, langsung R tak balas. Kecik hati apa R ni dengan bahasa gua. Macam tak biasa pulak. Gua pun bukanlah nak jaga tepi kain R ni sangat tapi saja nak tanya-tanya, sambil tu boleh nyakat-nyakat. Dah R tak balas, gua pun lantak pi lah lu orang nak kapel macam mana pun kan.

Gua teruskan kelas gua macam biasa. Gua dah agak dah mesti pensyarah gua datang lewat punya. 20 minit baru pensyarah gua sampai tapi biar lantak pi jugak lah. Yang penting gua datang kelas. Kelas dari pagi bawa ke petang. Dah macam sayur gua dibuatnya, letih! Siapa kata tak letih kalau kelas non stop. Letih mata lah yang paling ketara.

Petang tu habis kelas gua terus jumpa Cik Adik lepak makan kepsi. Dah Cik Adik nak belanja gua, tu pun sebab gua ngada-ngada tengahari tu kata makan roti je. Bawa ke petang dah lapar semula. So borak-boraklah gua dengan Cik Adik dekat kepsi buang masa. Dah habis melantak, gua pun bangunlah nak cuci tangan. Masa baru dua langkah gerak, fon gua bunyi mesej masuk. Gua suruh Cik Adik tengokkan.

Bila gua nak kembali semula ke meja gua lepas basuh tangan, gua tengok muka Cik Adik dah mencuka semacam. Pulak dah.. kata gua dalam hati. Gua tak basuhkan tangan Cik Adik ni sekali ke. Peninglah kalau gua tengok muka Cik Adik cmtu. Bila gua sampai dekat meja, tak sempat duduk lagi, Cik Adik hulur fon gua, "ni siapa R yang duk berabang-abang ni?" Bila gua tengok rupanya R bagi mesej tulis "Abang". Pffffffttttttt... Dah petang baru nak balas mesej gua si R ni. asdfghjkl!!!

Tuesday, 10 January 2012

Kedai Photostat

Gua ada datang sikit mood nak cerita bagi perut ketawa berdekah-dekah tapi jangan salahkan gua kalau lu orang ketawa sampai senak perut. Dan jangan salahkan juga gua kalau lu ketawa sampai apa yang lu duk hafal untuk peperiksaan tu nanti hilang macam tu je. Kalau degil nak teruskan membaca, dipersilakan. Gua tak halang, apatah lagi memaksa.

Hari tu gua ada pergi satu kedai photostat dekat seksyen 7 pusat kormesial.. Tu pun sebab gua nak photostat soalan-soalan lepas untuk peperiksaan. Lama juga gua melilau cari kedai photostat ni sebab tengok dari luar, dekat dalamnya penuh saja dengan bebudak yang sama dengan tujuan gua barangkali. Puas melilau, gua jumpa satu kedai yang tak berapa besar tapi ada gadis comel di dalam kedai tu. Mestilah gua nampak kan.

Gua letak motor elok-elok sambil mulut terkumat kamit makan choki-choki, gua terus masuk kedai tu. Gua muka konpiden je kalau masuk kedai bersemuka dengan gadis sebab gua tau mesti gadis tu ingat gua nak mengurat dia. Mungkin ni sangkaan hati perasan gua je kot tapi manalah tau kan. Cuma gua je yang tak ajak dia keluar minum dekat kedai mamak berhampiran tu. Bukan apa, kalau gua ajak tetiba macam tu, tak ke nanti dia pulak kata gua nak mengurat dia.

"Akak buat satu set" Gua bahasakan diri gadis tu akak walaupun gua tau gua lagi kacak tua sikit dari gadis tu. Gadis tu senyum je sambil tangan capai kertas soalan yang gua suruh dia photostat tu. Sementara tunggu gadis ni duk photostat, gua duduk dekat tepi corner sambil belek-belek majalah, kadang-kadang tu hujung mata gua meleret perhatikan gadis tu. Saje perhatikan, manalah tau kot-kot tangan dia terluka masa nak photostat tu. Rasa bersalah gua nanti.

Masa duk menunggu ni, gua perhatikan adalah dua orang jejaka dekat hujung dalam kedai ni tengah sembang pasal laptop apa ke benda entah. Gua pun tak pasti apa yang si jejaka-jejaka ni cakap. Bunyi perbualan dorang tak berapa nak dengar. Bila gua toleh, sikit-sikit dorang ni senyum-senyum antara satu sama lain. Musykil gua dibuatnya tapi gua ambil langkah berjaga-jaga sebab gua lebih banyak tumpkan pada gadis tu. Risau gua tengok dia buat kerja sorang-sorang.

Dalam tunggu tu, tetiba salah seorang jejaka yang dekat hujung tu seriau menjerit, "Abang ni bukan saya punya, sumpah bang bukan saya punya" Sambil tangan dia tutup skrin laptop tu. Jejaka sorang lagi senyum je. Gua pun paniklah, "Apa ke hai dengan mamat sorang ni. Buang tebiat ke." Yang pasti muka jejaka yang seriau tu dah merah padam gua tengok.

Cepat-cepat gua kaliskan pandangan gua dekat gadis photostat tu, gua nak tahu juga apa respon gadis ni kan. Gua tengok dia dah senyum-senyum je. Senyum-senyum malu. Bila dia tertoleh kat gua, gua buat-buat tak tahu. Dalam hati gua mesti gadis ni cakap "eleh mamat ni, nak buat-buat tak tahu pulak". Gua andaikan macam ginilah, takpun mesti gadis tu kata "mamat ni pekak ke apa". Dia tak tau agaknya yang dalam hati gua cakap "gatai juga perempuan ni ea".

Dah siap photostat, gua ambil pastu bayar pastu tunggu duit baki. Pastu gua cakap "Terima kasih ye kak". Gadis ni senyum je. Bukan nak sebut sama-sama pun. Tau senyum je kerjanya. Gua keluar, gua terus blah balik rumah. Sekian. 

Saturday, 7 January 2012

Tidur

SAYA ADALAH PENAT
Terpaksa menggantikan waktu tidur yang dihutang.
Ini perlu kerna mahukan tidur yang normal semula.
Apa guna berjaga kalau kesihatan terjejas,
kemudian penyakit dapat. Apa guna?
Tiada faedahnya ansurannya langsung begini bukan.
SELAMAT MALAM

Thursday, 5 January 2012

Ibu, Emak, Ummi, Mother, Mom


Terima kasih ibu! Semua orang sayangkan ibunya. SEMUA ORANG. Aku tak terkecuali. Siapa yang kata dia tak sayang ibu dia, aku tak tau lah nak kata apa. Mungkin ada sejarah hitam antara dia dengan ibu dia tapi lambat laun air yang dicincang takkan putus jua. Manusia itu pasti berubah.

Sekarang ni exam nak dekat, maka nya cuti pun semakin hampir. Aku berada dalam keadaan situasi yang stress bila exam menjelang. Sangat2 stress. Silap2 boleh jadi haruan tidak keruan sebab memikirkan exam semata2. Kenapalah kita kena bersusah payah nak ambik exam ek? Tinggalkan persoalan ni.

Dekat sini lah peranan ibu. Bukan sebab kata2 manis ibu tu sendiri (kata2 ibu memang manis ok) tapi sebab doa dari seorang ibu tulah yang tiada nilainya. Nak harapkan doa bf/gf korang? Lainlah kalau doa suami/isteri. Ni adalah logiknya. Dah jelas mesej nak disampaikan? Tak lagi.. Sila terjun lombong!

Kembali fokus untuk exam. Setiap kali sebelum masuk bilik peperiksaan, harus telefon ibu minta restu. Ingat nak kawen je ke kena minta restu. Minta ibu doakan. Berkat jawapan tu nanti. Manalah tau tiba2 beku otak tak boleh nak jawab. Ok selamat berjaya semua.

p/s: comes your mother, who next? your mother. who next? your mother. never your girlfriend.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...