Pages

Friday, 21 December 2012

Coca-Cola

Aku memang pengemar air Coca-Cola. Tak tahu nak buang ketagihan ni macam mana. Lagipun aku cuma nak minum je. Benda lain itu bukan halnya nak dijadikan isu. Minum, hilangkan dahaga lepas tu sudah. Banyak lagi isu yang lebih besar untuk dikecohkan. Terutama kenapa kau makan sambil berdiri. Aaaaa gituuu... Abaikan dulu.

Dekat bawah ni ada jenis tin dan botol yang sangat cool beans pada aku. Design dia sangat cantik tapi dah semestinya takda jual dekat pasaran Malaysia. Mana nak dapat kan tin yang jenis separuh ni. Bertuahlah kalau ada. Aku bukan pengumpul barang coca-cola, tapi aku tahu jugaklah ada setengah orang tu dia siap kumpul berjenis-jenis barang coca-cola, tak kira sama ada tin ke, botol ke, baju ke.. asalkan coca-cola. Dah nama pun minat kan.

Kalau kau boleh minum air coke 1.5L sekali teguk sampai paras bawah lebel merah tu, aku anggap kau memang manusia awesome. Tapi aku percaya, kau takkan mampu. Ehem ehem... Gas air coca-cola ni pekat dia lain macam sikit kalau nak dibandingkan dengan yang ada dekat McDonalds tu. Setakat air coke mcdonalds, aku sekali nafas je boleh sedut guna straw. Zzzzzz.. Just enjoy your coke!



 Early Coca Cola Bottle Circa 1899

Friday, 23 November 2012

Skyfall 007 James Bond

Semalam layan cerita double O ni. Sumpah tak best. Cerita kartun Kluang Man lagi best kot. Booo Best tahap cipan bercantum dengan unicorn kot skyfall ni. Tak senang duduk kau dibuatnya sebab perut memulas (ok ini tipu). Pada aku dari Daniel Craig ni berlakon sebagai 007 dalam Casino Royale, Quantum of Solace, dan yang terbaru ni Skyfall memang dah dasyat dah. Sebab badan dia sasa nak mampos. Bond yang dulu-dulu tu, badan dorang biasa-biasa je. 

Aku bagi 4 dari 5 bintang cerita Skyfall ni sebabnya watak Q bukan aku tapi dia pergi ambil Ben Whishaw si mamat yang berlakon dalam cerita Perfume: The Story of a Murderer. Biasanya watak Q tua dari watak Bond tapi kali ni muda gila kentang. Aku hampir-hampir dapat watak ni masa casting dulu tapi atas sebab tertentu... Takpelah malas nak cerita. Yang dah lepas, lepaslah. Usah dikenang-kenang.

Pape pun Skyfall memang best dari Kluang Man. Ini memang fakta yang tak dapat disangkal. Ehhh ada cerita Rise of the Guardians lah. Dah lah kelmarin terlepas nak tengok Hotel Transylvania. Entah apa punya nasib agaknya. Suka juga aku ni rupanya tengok cerita kartun. Haha...Ala cerita kartun ni memudakan jiwa. Nanti dah ada anak, taklah kekok. Uiksss ke sini pulak. SKYFALL!!!



Wednesday, 21 November 2012

Frankenweenie


                 
Kali terakhir aku kunjung ke pawagam bila nonton cerita Frankenweenie. Lepas tu tiada lagi dah. Bukan takda masa tapi banyak benda best yang aku boleh buat selain daripada nonton wayang. Cerita ni hitam putih. Aku mula-mula pun tak tahu, tengok masa tu pun main belasah je. Sudahnya tercengang 39 saat jugalah sebab "awat takda kaler ceta ni?" lulz.

Yang paling best pasal cerita ni sebab lagu.. Ye lagu yang ada dalam cerita ni buat aku terbuai-buai tak tentu pasal. Serius kata punya yang lagu tu memang buat aku rasa "Hei kau dan aku memang ditakdirkan bersama bukan?" Main suka hati aku je. Ala lagipun cinta itu memang pelik bukan? Kalau tak pelik bagaimana kau boleh suka seseorang tu yang kau tak kenal. Tak ke pelik bunyinya. Nah lagu Strange Love by Karen O.

                     

Friday, 26 October 2012

Hidup Berpasangan

Bila kau berteman, maksud aku sama ada sudah kahwin atau belum. Dan maksud aku lagi, ni bukan berteman lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan. Ni jenis berteman yang berlainan jantina. Pondan dengan tomboi ke. Lebih kurang macam gitulah.

Kadang-kadang dalam hidup ni kau sendiri rasa bosan dengan pasangan kau sendiri sebabnya kau dan pasangan kau melalui rutin hidup yang sama setiap kalikannya hari-harinya. Balik-balik benda yang sama. Naik muak diri kau sendiri dan diri pasangan kau tu sendiri tapi masing-masing senyap je. Pura-pura macam takda pape yang berlaku. Inilah masalahnya. Bila sampai satu tahap rasa bosan yang tak dapat dibendung, mulalah jadi kisah lain. Kisah apa? Kisah tauladan. Fikirlah sendiri.

Hidup berpasangan ni kena ada skill menambat hati pasangan. Kau tak boleh nak tunggu hari ulang tahun perkahwinan, ataupun hari jadi masing-masing setiap tahun. Kena lebih kreatif. Lebih berdaya saing antara satu sama lain tanpa perlu bermusuhan. Barulah hari-hari yang dilalui tu nampak macam baru pertama kali kenal. Macam baru kena ngurat. Asyik terbayang muka si dia je walaupun hakikatnya dah bersama berabad lamanya.

Kau kalau ada duit lebih, jangan kedekut nak menghargai pasangan. Jangan asyik keluar je tengok wayang, makan McDonald, shopping untuk diri sendiri je. Tak bosan ke? Dah tau shopping ajak pasangan, belanja lah dia sebarang sehelai dua helai baju ataupun seluar. Sekali sekala tu kau keluar dengan pasangan kau, pura-puralah nak belikan pape untuk adik ke, kawan ke, saudara mara ke, nanti dah bayar.. Kau cakaplah 'Ni saya beli untuk awak'. Tak ke terkejut babun pasangan kau bila dapat hadiah. Tak kisahlah tshirt pagoda sekalipun. Haha...

Jangan nak tunggu hari ulang tahun sekian-sekian baru nak bagi hadiah. Ini macam punya perangai, baik kau hidup sorang-sorang. Asal tiba harijadi kau je, kau belilah hadiah untuk diri sendiri. Haha.. Ok kalau dah nama pun hidup berpasangan kan. Nak best lagi, bila rasa hujung minggu tu nak makan angin.. Pergi je main redah tapi pastikanlah duit tu ada. Jangan nak tunggu bonus hujung tahun baru nak pergi makan angin. Setahun tu ada 365 hari tu. Sebaik-baiknya, setahun tu tiga kali makan anginlah. Melabur ringgit sikit apa salahnya. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk pasangan dan diri sendiri.

Yang pasti pandai-pandai diri sendirilah nak buat macam mana pun. Asal pasangan kau tak kisah kalau buat benda yang sama je dalam masa setahun, lima tahun, sepuluh tahun tu.. Tak apalah. Kalau dia kisah untuk cari lain, padan dengan muka kau. Sekian~

Wednesday, 12 September 2012

Serigala Peliharaan

Kalau ditanya haiwan apa aku nak bela, aku akan jawab Serigala. Aku suka serigala sebab ianya bukan anjing dan kucing. Boleh jawapan macam ni? Ok, serigala ni sebab dia garang. Kena dengan perangai aku yang tak garang. lulz. Tapi kalau dapat bela Siberian Husky pun ok jugak. 

Kalau ada serigala dekat Malaysia ni, memang aku dah bela dah. Serigala ni tangkas. Bulu dia pun lebat. Aku suka. Kalau letak depan rumah, pencuri nak masuk pun fikir tiga puluh sembilan kali. Muka serigala ni bengis. Tapi hati baik. Macam mana aku tau? Firasat aku kata serigala ni baik jika dengan tuan dia jelah.

Aku pun rasa kalau serigala ni ada dekta Malaysia dan ianya macam haiwan peliharaan seperti kucing dengan anjing tu, pasti ramai yang bela. Pasti punyalah. Mungkin sebab faktor cuaca rasanya yang serigala ni tak bape nak ada dekat iklim seperti Malaysia ni. Pape pun, serigala tetap haiwan pilihan pertama aku.





Monday, 3 September 2012

The 3rd Of September

Hidup ni kadang-kadang perlukan satu jiwa, satu hati, satu tempat, ibarat sang pertapa di dalam gua yang cekal sorang-sorang menuntut ilmu jiwa kacau nasib sendiri. Zehahaha.. Tak banyak yang berlaku sangat hari ni kecuali tarikh lahir aku sama dengan kartun Doraemon tu, nasib tak sama dengan Nobita. lulz..

Ikutkan aku nak turun Melaka perkena Alien Big Apple tapi memandangkan minggu depan dah balik Shah Alam, rasa-rasanya dapatkan dekat sana aje dah betul. Dekat sikit dengan rumah. Nafsu makan masih boleh dikawal lagi. Cuma kadang-kadang tewas juga bila masuk bab-bab coklat ni.

Secara serabutnya, aku pun tak pasti nak menghiburkan hati aku sendiri ni dengan apa pada hari bersejarah aku ni. Fikir punya fikir punya fikir, aku nekad untuk memanjakan lidah, tekak dan perut dengan al makanan al tak berkhasiat ini. Biasanya memang begini kalau aku menghargai diri sendiri. Dah penat-penat berkerja, tak salah kalau nak mengada-ngada untuk diri sendiri. Cuma kali ni bukan penat berkerja tapi.. ahhh setahun sekali bukan.

Dan terima kasih jugalah kepada empat umat manusia yang ingat hari ni hari apa dalam kalendar harian mereka. Ciss.. Dasyat juga ingatan dorang ni. Buat susah-susah je call aku, whatsapp aku. Ahhhh terharu dibuatnya. Aku memang sengaja nyorokkan tarikh lahir dekat facebook tu. Umur dah 48 tahun kan. Haha.. Nak sambut harijadi pun macam tak molek je. Lagilah kalau orang berpusu-pusu ucap selamat harijadi. Ishh malu lah~ hihi... *gedik* Penampo baru tau!

Akhir kata dari aku untuk diri aku sendiri. Bertabahlah jiwa. Cekalkan hati. Kuatkanlah semangat. Sopan santunkan perilaku. Jaga tutur bicara. Tundukkan pandangan. Elakkan mengumpat. Jangan lupa puasa enam. *sempat lagi* kalau nak buat. Selalu amalkan minum air coke. Lulz.. dan jangan memakai boxer di luar rumah.

Wednesday, 29 August 2012

Keingginan Ezhar

Salam Angkasaraya. Kali terakhir aku duk cerita pong pang pong pang dekat blog ni, aku sendiri tak ingat bila. Malas Sibuk sikit katakan. Mood tu macam matahari. Sentiasa ada tapi bila dikacau awan gelap, matahari yang besar tu pun tak dapat nak cairkan awan dilangit. Maka mood yang ada tu pun sama juga sifatnya. Diganggu sifat malas. Entah apa benda entah aku punya teori. Serupa kulit duku yang tunggu nak dibuang dalam tong sampah.

Apa benda yang seseorang tu inginkan dalam hidup dia? Aku? Orang mesti sangka aku tak lain tak bukan mesti coklat. Ye memang aku suka coklat, tak dinafikan. Kau umpan aku coklat, mesti aku layu dipukau. lulz. Mehhh... ada benda yang aku inginkan, sangat-sangat inginkan tapi aku tak pernah kongsi dengan sesiapa kecuali diri aku sendiri. Walaupun rapat macam manapun kita dengan seseorang, tak semua rahsia kita harus kongsikan. Tak semua.

Ramai orang tau aku suka coklat dan tak kurang juga yang gemar bagi aku coklat. Itu tandanya aku telah mencipta satu fenomena dalam kepala orang ramai bahawa, 'jaa+coklat=JaaKlat'. Sebutnya 'Jaklat', bukan 'Ja'a Kelat'. Haha..Wateva.. So benda macam ni tak dapat nak dielakkan. Serupa sumpahan barangkali. Di mana ada jaa, di situ ada coklat. Di situ ada Raja Bersiong, di situ jugalah ada darah. Nampak tak kaitannya? Tak nampak.. Dasar pandang ke utara. Semuanya tak nampak.

Pada aku  kalau sesuatu benda yang kau inginkan, sangat-sangat inginkan.. Baik kau jangan kongsi dengan sesiapa. Tak kiralah dengan suami/isteri ke, anak-anak ke, kekasih ke, baik jangan.. Lebih afdal kalau kau dapatkannya sendiri daripada orang bagi serupa "tadaaaaa surprise" secara tiba-tiba. Aku tak nafikan banyak dapat coklat yang buat aku terperanjat bila dapatnya tanpa diduga. Tapi tak sampai lagi tahap aku mampu menitiskan air mata. Dah jelas?

Ok ambil kata, kau inginkan baju kebaya. Orang perempuan lah ni kan. Kau pun cerita dekat suami ataupun teman lelaki. Tiba harijadi kau, tetiba dapat baju kebaya tu. Seronoklah kan ada orang bagi baju kebaya percuma. Siapa tak suka benda percuma hatta sebutir coklat daim sekalipun. Kau rasa terharu, kau rasa nak menagis.. perempuan kan, mestilah kena menagis. Tapi cuba bayangkan baju kebaya tu kau beli sendiri. Kau kerja penat-penat, kumpul duit dan kau beli sendiri, beli sendiri... Fullstop.

Perumpamaan untuk baju kebaya ni tak merangsang sangatlah. Macam harem jadah sungguh. Aku ada benda yang aku mahukan. Kalau aku kongsikan dengan seratus orang sekalipun akan hal ni, nescaya seratus orang ni pun tak dapat nak tunaikan keingginan aku tu. Tak mungkin. Yup memang aku tak pernah bagitau sesiapa tapi aku rasa ianya seakan mahu hampir aku perolehi setelah aku berusaha sedekad yang lalu. InsyaAllah

Impian hati itu lebih berharga dari segala impian untuk memiliki objek benda. Bila mana hati itu dapat diisi dengan impian tersebut, tiada apa lagi yang dapat menandinginya. Tiada! Bertabahlah hati. Diguris, diuji, dilukai itu perkara biasa untuk melengkapkan hati yang dapat diluahkan dengan tangisan kegembiraan. Sampai masa apa yang aku inginkan itu tercapai, nescaya juga akan aku khabarkan kepada seluruh pelusuk bumi :)

Tuesday, 28 August 2012

Taman Negara Johor Gunung Ledang

Puteri mana yang masyur? Puteri Gunung Ledang! Aktiviti kali ni lebih kepada santai. Kalau sebelum ni dua kali mendaki ke puncak atas Gunung Ledang, yang ini mandi manda dengan riang seloka. Dan sebelum ni juga kebiasaannya mandi di kawasan Air Terjun Gunung Ledang, untuk kelaianan menukar aktiviti mandi manda di Taman Negara Johor Gunung Ledang.

Kalau sebelum ni masuk tidak dikenakan bayaran. Pelik juga sebab kali ni setiap kepala dikenakan bayaran. Haha sampai bila nak bagi masuk percumakan. Ada harga di bawah tu. Bandingkanlah sendiri sama ada keterlaluan ataupun tidak. Yang pasti, aktiviti mandi manda ni memang berbaloi. Siapa je tak suka mandi air terjunkan. Kecuali lemas je orang akan tak berasa gembira. So enjoice!



















 

Monday, 27 August 2012

Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin

Jom beraya. Tahun ni beraya dalam keadaan kesederhanaan. Sederhana dari segi permakanan sehingga perut menjadi bintat toroi. Makan sana sini, setiap masa makan selagi nampak makanan tu di depan mata. Apa boleh buat, negara mewah dengan bermacam-macam makanan. Inilah kesederhanaan. Lulz.

Takda apa nak coret. Nak coret itu ini pun tak larat sebab perut dah kembung. Jizzz apa kaitan perut kembung dengan jari jemari? Alasan mehh.. Ok lah letak gambar banyak, dalam setiap gambar menceritakan sejuta cerita. Dengan ini saya mengakhiri ucapan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN











Thursday, 23 August 2012

The Expendables 2 & The Bourne Legacy

OH MY FUCKING GOD!!!!!
This is hands down the BEST action movie I have seen in so long!!! (Not counting the Avengers) With all the jokes and these classic action stars this was not only an absolutely mind-blowing action movie but it was also a feel good fun time too. There are tons of classic one liners form all the stars’ older movies and there are jokes and gory action scenes and enough explosives to make even Michael Bay get a boner. Also HOT DAMN JEAN-CLAUDE! You still be jacked as fuck! He was an amazing protagonist I wish he played bad guys more often.
Bottom line, it is a perfect 80’s action movie with new, high tech effects. If you feel like having an absolutely thrilling theater experience or just thoroughly enjoying 2 hours of your life GO SEE THIS MOVIE!!!

Kecewa sebab peranan Yin Yang dalam sekuel kedua ni seperti mati tamo, hidup pun taknak. Tapi apakan daya, masa tak akan kembali... Ok cukup.. The Expendables 2 ni lebih kepada peminat-peminat yang rindukan nak tengok otai lama Hollywood gred A berlakon. Ketawa sokmo ajelah tengok cerita ni, so aku bagi 3 bintang. Sekian.


Ini dia, ini dia... The Bourne Legacy! Ini sekuel yang keempat dengan actor yang ditukar. Sebelum ni dalam The Bourne Identity, The Bourne Supremacy, dan The Bourne Ultimatum  actornya Matt Damon tapi disebabkan hal dalaman rumah tangga, maka Matt Damon enggan, ingkar, degil,  untuk meneruskan sekuel keempat cerita Bourne ni.

Jeremy Renner dalam The Bourne Legacy ni boleh tahan juga. Kira tak jauh sangatlah kalau nak dibandingkan dengan Matt Damon. Kalau tengok jam tangan aku masa nonton cerita ni, 60 minit pertama kisahnya banyak berdialog. Kena paham seketul-seketul macam mana macam gini. Lepas tu barulah aksi kejar mengejar, bunuh membunuh, tembak menembak.

Babak kejar mengejar masa dekat Filipina memang awesome. Kira sekali nafas jugalah bila tengok babak ni. Phewwww... Suka tak suka aku memang suka, cerita ni kena banyak berfikir. Kau akan cuba sedaya upaya nak recall dari movie yang mana satu bila babak imbas kembali keluar. Kalau kau otak penuh dengan sambal belacan, maka kau akan terpinga-pingalah akan jalan cerita ni dari awal sampai akhi. Bila tak faham, maka akan bosan tahap cipanlah jadinya. lulz..

So aku bagi 4 bintang. Kahkah.. Harap-harap akan ada sekuel yang kelima. Walaupun nampak macam tipis tapi tunggu jelah. Aku cuma perlu tunggu call je ni, manalah tau dorang memerlukan perlakon tambahan. Aku ok je. Hewhew..

Saturday, 18 August 2012

Pasar Awam Muar/Maharani

Tadi pagi sempatlah berfoya-foya dekat pasar dengan membantu ibunda tercinta coping. hewhew.. Esok nak raya kan. Rumah dah siap kemas semalam hasil gotong royong tanpa bantuan penduduk taman. lulz. Hari ni cuma perlu siapkan masak-masak sampai hangus. haw haw haw!!! Sedikit gambar yang tak seberapa masa dekat pasar pagi tadi. Daaaaaaa... Tak ketawa memang sah kau seorang yang panas baran. chiao!

 MUOR.MUOR.MUOR.

 DAGING.. DAGING.. makan budak!!!

 .SANTAN CLAUS.

 IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT.

 HEY SALEM!!! MEOWW..

TOMOTO!! PUN BOLEH 

 KALAPA!! PUN BOLEH

ADA GAMBAR TOK JIB

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...