Pages

Sunday, 30 October 2011

Rindu Dalam Diam

Bila kita rindu dekat seseorang, boleh jadi diri kita akan jadi angau tiga bulan purnama. Apa saja perbuatan yang kita buat, akan sentiasa teringatkan orang tersebut. Ini parah namanya sebab rindu yang tak terkawal. Biasalah, syaitan pun sedikit sebanyak mainkan peranan dorang untuk melalaikan diri kita. Kesan baik ke kesan buruk bila rindukan dekat seseorang?

Adakah bila kita termenung jauh tu, kita dianggap rindu. Mehhh ini karut belaka. Termenung sebab hobi tu dah memang suka termenung, takda kaitan rindu dengan termenung. Yang aku tau, bila kita rindukan seseorang tu maknanya kita perlahan2 'suka' dekat diri seseorang tu. Suka yang macam mana ea? Manusia kebanyakan masih keliru tahap kesukaan terhadap seseorang tu. Tinggalkan persoalan ni.

Pernah dengar bila ada orang terfikirkan pasal hal diri kita, nanti secara misteri watak orang tu hadir dalam mimpian tidur kita. Aku tak pasti sama ada benda ni betul ataupun tidak tapi ada kajian yang mengatakan ianya betul. Contoh bila aku terfikirkan sangat akan hal diri seseorang tu, mesti kemalam harinya orang tu akan mimpi aku. haha.. Sekali dalam sepuluh kot benda ni akan terjadi. Entahlah.. tapi nanti aku nak cuba dekat kawan aku. Ini bukan gay namanya ok.

Dialog klasik yang sampai sekarang aku suka dengar 'bila rindu hamba pulang' . Dialog ni ada dalam satu drama hitam putih Melayu zaman dulu kala. Eceh.. Drama sekarang, dialog dorang tak menikam jiwa. Tak romantik bunyinya. Senang kata tak meninggalkan kesan bila tengok drama Melayu sekarang ni. Jup ni apa kaitan drama dengan rindu ni. Aku kalau cerita, suka je tersasar jauh.

Ada baiknya kalau rindu dekat seseorang tu, lekas2 bagitahu tuan empunya badan. Manalah tau untung nasib badan, rupa2nya orang tu rindu sama diri kita juga. Kalau tak macam mana ea? Tanggung malu jelah 7 keturunan. Haha.. Ala cover kata rindu nak breakfast sesama sudah. Jangan dikalutkan sangat kalau rindu tu tak berbalas. Ni baru rindu tak berbalas, kalau cinta tak berbalas.. Entah macam manalah agaknya ea. Parah2.

Aku? Ye mesti ada cerita pasal aku. Aku kan tuan rumah blog ni. Rindu aku hilang lama dah. Kali terakhir aku rindukan seseorang kalau tak silap perkiraan, sebelum naik cuti belajar dulu. Lepas tu terus aku hilang deria rindu ni. Tu pasal aku lama tak jenguk bumi muor lama sangat. Seolah2 bumi muor ni aku tamo tengok. Haha sampai tahap macam ni sekali. Durjana sungguh hati ni terlalu degil.

Rindu ni datang dan pergi ikut musim juga sebenarnya. Kadang tu kita rindu, kadang tu kita takda rindu langsung. Ni maknanya kita tak sayang orang tu, ialah boleh pulak jup rindu jup tidak. Yang tak rindu ni sebab apa? Sebab rindu kat orang lain ke? #LOL Biasalah, diri kita ni manalah boleh nak bagi komitmen 100%. Takkan lah dalam tidur pun boleh rindu. Mustahil sungguh. So faham2 sendirilah ok.

Rindu yang paling afdal, baiklah fikirkan rindu yang tak sabar bila nak masuk waktu solat. Pernah ke korang berperasaan macam ni? Nak masuk waktu Maghrib ke, Isya ke, tak sabar2 nak jumpa Allah secara spiritual dalam solat. Alangkah indahnya kalau hati perasaan sentiasa begini.. Ok aku rindu nak makan coklat sekarang ni ;)

Saturday, 29 October 2011

Christina Perri - Jar of Hearts


I know, I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half a life
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half a life
And now you want me one more time

Dear, It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Friday, 28 October 2011

Tak Seindah Disangka

Aku mulakan dengan lafaz selamat membaca. Bacalah walaupun sehari sepatah perkataan. Ini lebih baik dari membiarkan otak berehat sehingga membawa kepada sakit tenat. Jangan dimanjakan otak milik kita ini. Apa guna kalau ianya tidak digunakan. Tak usah dibazirkan bukan benda yang mendatangkan kebaikan.

Pernah kau terfikir yang diri kau malang sentiasa. Kau tertanya2 dalam keadaan serba kabur, kenapa balik2 diri kau je yang ditimpa malang. Kau rasa kehidupan sekarang ni begitu kejam pada diri kau. Tanggapan pertama kau beginilah barangkali. Puas juga kau merenung nasib diri tapi kau masih juga tak jumpa mana silapnya. Nak ditunding kepada siapa je? Suka tak suka kau makin tertekan.

Sedang kau mencongak2 nasib diri kau yang jonkang jongkit tu, orang lain yang mungkin senasib dengan diri kau atau lebih teruk dari diri kau dah bangkit bangun. Kau pula masih terkial2 mencari rentak. Buang jauhlah sifat terlalu mengenang nasib diri yang 'kejam' tu. Sampai bila mahu dibelenggu? Persoalannya formula apa yang nak digunakan untuk kembali 'segar' sedangkan langkah bangkit pun masih belum berganjak walau seinci.

Bercakap pasal kebangkitan semangat diri ni, bukan semua orang dapat atasi dengan keputusan A+ secara tiba2. Langkah demi langkah kena ada, hasilnya tak semestinya A+ dan tak mungkin A+ tapi mampu untuk mengubati kesan luka yang ada. Takpa untuk dapat sedikit sinar yang kelam, asalkan ianya membahagiakan. Bukankah kesempurnaan itu tidak wujud di kalangan para manusia. Bersyukurlah dengan apa yang diberi olehNya.

Ini lah namanya kehidupan. Congakannya begini, kau berjaya dalam hidup, mendapat pekerjaan yang bagus tapi jodoh belum tentu. Sebaliknya orang lain, walaupun kerja seadanya tapi jodoh lebih awal dari diri kau yang berjaya. Ataupun, kau berbangga dengan perkahwinan maha hebat kau tapi bertahun sudah perkahwinan kau masih juga tidak dikurniakan cahaya mata. Orang lain yang majlisnya seadanya tapi tetap meriah sudah beranak pinak tinggalkan kau dibelakang dengan zero anak. Masa mendatang kau tak tahu bukan. Renung2kan.

Pada aku, jangan ada sikap hina pada orang lain. Jangan ada sombong dengan orang lain. Jangan ada dengki dengan orang lain. Kelak diri kau yang menyesal. Berkata2 perihal menyesal, manusia sememangnya selalu terlambat bila menyesal itu datang. Tak tau kenapa tapi ini lah lumrah hidup manusia masa kini. Aku? Ye banyak yang aku pernah sesalkan dalam hidup ni. Aku berani jamin, setiap manusia ada setiap sesalan dalam hidup mereka masing2. Manusia itukan kaum yang lemah.

Berjalanlah dengan jalan yang memberi kita nilaian yang paling 'manis' pada pandangan manusia yang memerhati. Kekalkan sifat rendah diri kita dengan kekalan jiwa yang kental dan tabah walaupun sukar macam mana sekalipun. Bukankah bila kita berbuat baik, balasannya tetap baik yang akan kita perolehi. Tapi bersangka baiklah dengan kewaspadaan yang patut ada. Ini sangat perlu, jangan bersangka baik dengan semborono. Waspada amat penting, ibarat perisai membantu diri kita diperbodohkan dengan sifat baik kita ini. Wassalam.

p/s: Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan dalam cerita ni ye?

Wednesday, 26 October 2011

Di Sebalik Bukit Broga


Semua tahu hari ni hari perayaan depavali. Maknanya cuti lah kan. So aku pun mencutikan diri juga dengan pergi ke Bukit Broga. Apa yang menarik sebenarnya Bukit Broga ni? Pada aku pemandangannya. Ye sangat2 cantik tapi bergantung pada cuaca di hari yang korang akan mendaki. Puncaknya taklah tinggi mana pun. 400 meter je. Ye cuma 400 meter. Pejam mata pun boleh sampai puncak. Amboi!!! Melampau bebeno ni.

Walaupun puncaknya tak tinggi tapi bagi sesiapa yang takda stamina, memang pasti akan termengah2. Tempat ni kalau pagi hari ibarat pesta, ramai umat manusia yang 'berkerumun' dekat Bukit Broga ni terutama Sabtu dan Ahad. Macam pagi tadi, ramainya memang tersangat ramai. Cuti Depavali kan. Masing2 ambil peluang cuti untuk beriadah dekat bukit ni.


Pernah dengar tak, 'hidup seribu tahun, kalau tak solat.. apa gunanya'. Sama juga dengan tempat ni. 'Pergi Bukit Broga berkali2 tapi tak daki Gunung Tok Wan apa gunanya'. Haha.. Kalau korang nak tau, lepas dah sampai puncak Broga 400 meter tu, akan ada satu lagi 'pengembaraan' iaitu Gunung Tok Wan. Kalau sesiapa terasa nak teruskan pendakian, dipersilakan. Kalau tamo pun boleh jugak. Ermm tapi apa makna pendakian kalau tak teruskan kan kan.

Aku pantang dengar kalau ada pendakian. Sebelum tu, aku pergi bertiga je dengan dua pengapit perempuan ni. Miahahahaha.. Bila sampai puncak Broga, 'ni je ke?' Alahai sekejupnya. Tapi tapi tapi.. ada tapinya, pengapit ni kata kalau nak sambung mendaki boleh je. Terus je daki Gunung Tok Wan. Bila dah dengar camni, apa lagi.. Takkan aku nak kata lain kali kan. Alang2 seluk perkasam..

Serius 'mencabar' punya pendakian Gunung Tok Wan ni. 675 meter dari aras laut tu. Untuk mendaki je 2 jam diperlukan. Ni pun kalau tak berhenti setiap 5 minit. Hihi.. Turun pulak 1 jam setengah. Cabarannya, kat atas ni memang takda sumber air. So kena bawak air cukup2 kalau taknak mati kehausan.

Masa turun, hujan lebat tengahari tadi. Bayangkan dengan laluan licin. Kalau tak hati2 memang tergolek punyalah. Tapi kita orang bertiga nyata mempunyai pengalaman setahun mendaki gunung. Cett poyo je lebih. Setahun pun baru 2 3 gunung je. Porahhhhhh!! Seronok wei turun gunung masa hujan sebab sebelum ni aku tak pernah lagi turun gunung masa hujan. Bila dah kebetulan camni, rasa best je.


Gambar ni korang tengoklah, dah macam dekat luar negara. Cantik pemandangan Bukit Broga ni. Pinjam jup model sambilan buat penghias blog. Masa turun dari Gunung Tok Wan, memang ngam2 je hujan pun berhenti. Pastu cuaca suam2 sejuk dingin je. Dan dan dan lagi takda langsung orang dekat sekitar Bukit Broga masa kitaorang sampai. Yela semuanya pakat turun masa hujan lebat tu. Kitaorang turun dari Gunung Tok Wan, dorang yang lain plak pakat turun dari Bukit Broga ramai2 masa hujan lebat. Untung tak untunglah.

Memang Bukit Broga jadi hak milik kitaorang bertiga. Dengan cuaca nyaman walaupun tengahari, ialah baru lepas hujan berhenti kan. Apa lagi, main ambil gambar sana sini lah. Iolah tu, ambil gambar apanya. Setakat 2 3 keping je baiklah tak payah. Dah masing2 bukan kaki bergambar. zzzzzzz diam2. Yang pasti memang berbaloi walaupun aku penat yang teramat dan tak cukup tidur.

p/s 1: kaki aku sakit dah.
p/s 2: DEMAM! sebab kena hujan gunung.

Tuesday, 25 October 2011

Malas Bukan Sifatku

Bila mana kau rasa diri kau sangat malas, banyak benda yang kau akan terlepas dan akan merugikan diri kau di masa mendatang. Ini cakap2 benar punya. Apa faedah kau dapat dengan kemalasan? Dari benda yang kau sepatutnya boleh buat, tetiba elok je kau tangguhkan. Dengan harapan 'malas' tu yang akan tolong buatkan untuk kau.

Sebenarnya ada juga malas yang menguntungkan. Ialah kau malas nak hisap rokok. Tak ke bagus untuk kesihatan hiduo kau tapi ada ke orang malas nak hisap rokok? Malas nak keluar lepak2 buang masa dekat mamak. Jimat duit kau dari membazir 4 gelas air yang mana air dekat rumah lagi sedap dari mamak buat. Ini malas dari segi +ve. Masalahnya malas semuanya -ve. Manusia gagal dalam melaksanakan malas +ve dalam kehidupan seharian dorang. Ini sangat pasti.

Aku pun kadang2 ada datang sifat malasnya. Dah lah kadang2, pastu banyak kali pulak tu. Aku nak tunding jari pada siapa? Pada syaiton yang tak pernah kenal erti putus asa marayu bagai supaya aku jadi pemalas. Salahkan pada diri sendiri lebih tepat. Persoalannya kenapa ada orang yang begitu rajin. Kenapa orang tu rajin? Siapa ea orang yang rajin. Orang yang berjaya ke. Hurm sebab ada je orang yang berjaya tapi dia pemalas. Macam mana ni? Entah. Sifat aku kebelakangan ni yang malas nak berfikir.

Pada aku senang je. Nak jadi pemalas boleh, nak jadi 'perajin' pun boleh. Terpulang pada kehendak diri sendiri. Lagipun takda siapa yang akan paksa diri kita ni nak jadi apa pun. Ada ke orang yang suka memaksa diri kita ni? Maksud aku dalam keadaan umur yang bukan tahap budak sekolah rendah lagi. Orang sekarang berlumba2 100 meter nak majukan diri sebab takut kena tinggal dekat belakang. So siapa yang rugi sekarang ni? Tepuk dada, sakit lah dada tu.

Hari ni aku rajin kemas kini blog ni. Pepagi pulak tu. Nampak apa kesannya? Sebab aku rajin, ada 1 entri. Cuba kalau aku malas, jadi sarang labah2 lah blog aku ni. Pastu semak samun pun tumbuh tinggi. Banyaklah binatang2 yang tinggal dalam semak samun ni. Jup2.. Cuba jangan lari tajuk yang entah apa2 entah. Tak sesuai ok dengan perangai macam ni.

Nak memotivasikan diri supaya kekal rajin tu tak mustahil, hidup kena ada wawasan. Jiwa kena kental. Mental kena kuat. Dah macam gaya cikgu besar cakap masa perhimpunan pagi. Korang pandai2 sendirilah macam mana nak jadikan diri korang insan yang berguna untuk diri sendiri. Pada aku cukup jelah untuk diri sendiri. Jangan nak melangkah dua langkahan kalau rasa kaki tu pendek. Sekian. Selamat pagi.

Saturday, 22 October 2011

.Kataku.

Dulu kau jeling sipi sebelah mata saja setiap kataku,
seperti tiada aura yang mampu menarik minatmu.
Dulu kau serongkan selamba setiap kataku,
kerna bagi kau, kataku tiada cukup rencah yang bermutu.
Dulu kau terusan nafi setiap kataku,
sindir kau, banyak lagi kata-kata yg bermutu drpd kataku yg seakan batu.
Dulu habis hujung, kau tolak mentah-mentah akan setiap kataku,
mudah bagi kau, kerna kata-kataku tak cukup jitu. Itu alasanmu.

Namun, kataku kini kau terusan nanti datangnya,
ibarat tiada, bagai hendak tercabut kau punya akan nyawa.
Pelik, kataku ini kau dambakan siang dan malam,
seperti tiada, hari kau seolah akan sunyi dalam suram.
Kataku kini mati-matian kau sanjung melangit,
walaupun dalam keadaan yg sangat getir dan perit.
Akhirnya kataku kini kau akui ada benarnya,
kerna kau percaya tiada yg dapat menyangkal akannya.

Dulu dan kini, nyata jelas kau berubah dengan aku punya kata.
Dulu dan kini juga, aku tetap seperti sedia asal hendaknya.

Thursday, 20 October 2011

Pengurusan Kemarahan

Mencarut itu mudah apatah lagi memaki hamun. Kau stress, kau jerit terlolong maki hamun sana sini sambil mencarut bagai. Susah ke? Ni terapi paling puaka aku rasa. Apa boleh buat. Lain orang lain caranya. Ikut cara sendirilah. Kalau rasa berkesan, dipersilakan. Takda siapa pun nak larang. Cuma jangan mendatangkan kesan tak elok pada orang lain sudahlah. Silap2, stress dapat, sakit badan pun dapat jugak. Pakej 2 dalam 1.

Nak memberi nasihat itu pun mudah juga. Cakap jelah sekian2, tepuk2 bahu cikit. Maka tenanglah orang yg stress tu. Ni pun 'kalau' berkesan. Walaupun diri kita sendiri tak alami situasi orang tu, apa susahnya nak bagi nasihat kan. Tapi ingat tak semua orang boleh terima nasihat macam tu je. Silap hari bulan, diri kita sendiri yg dapat hamburan nista sebab setengah orang ni ada yg tak reti nak ukur baju di badan sendiri. Manusia kan. Selagi rasa boleh, kesan belakang kira.

Kalau semua cara tak kena, dipersilakan bergerak ke planet jupiter. Hidup lah kat sana sorang2. Hidup dalam suasana bermasyarakat ni, kalau kita tak perlukan pertolongan, mesti akan ada dua tiga orang yg sudi menolong. Orang2 macam ni memang hobi dorang suka menolong. Apa nak kalut sangat kalau ada orang yg suka menolong. Bukan kita kena bayar sesen pun kat dorang. Terima jelah walaupun terasa diri kelat nak menerima. Tolong menolong maa..

Kata kunci sekarang ni, aku sendiri pun tak tau apa yg aku duk merepek, duk membebel, duk menyeringai, duk membabi tuli. Argggghhhhhhhhhhhhh' perlukan coklat saat2 cmni. Ngadap laptop apa pn tak jadi. Tapi aku pernah terdengar kata2 bijaksana yg berkata. Entahlah.. Mana dia duk ceduk kata2 ni pun aku tak pasti. Yg pasti ianya kata2 yg memang bijaksana. "Kalau manusia semuanya bisu, senyap sunyi dunia ni". Haha.. bijaksana apa kejadahnya. Merepek!

Monday, 17 October 2011

Derma Darah Please

Aku suka derma darah. Tak tau kenapa. Aku cuma suka. Ni je yg aku pasti. Derma darah buat aku jadi gembira. Pelikkan. Mungkin aku ada potensi jadi dracula satu hari nanti. Manalah tau kan. Banyak kemungkinan boleh terjadi. Ok ni memang merepek. Terpengaruh dengan movie banyak sangat ni.

Darah aku jenis O. 'O-SOME' Aku rase bunyinya dah lari sikit dari AWESOME. Aku boleh katakan benda ni serupa ketagih candu. Setiap tiga bulan sekali mesti aku akan pergi punya hosp atau mana2 tempat yg masa tu kebetulan ada buat kempen menderma darah. Bergantung pada situasi.

Bayangkan kau boleh buat orang lain gembira dengan cara yg kau sendiri pun berasa pelik. Mungkin orang memerlukan darah. Ye dekat hospital tu ramai je yg memerlukan darah. Bayangkan darah kau mengalir dalam tubuh badan orang tu. Sedangkan orang tu kau tak kenal kau, kau pun tak kenal orang tu. Tak ke ini sangat menerujakan. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah untuk kau menyelamatkan nyawa seseorang.

Kau tak dapat membantu ataupun menderma secara wang ringgit, apa salahnya diri tu menderma secara 'darah'. Banyak cara bukan untuk buat baik dekat dunia ni. Jangan sempitkan niat baik tu dengan berbagai2 alasan. Aku terfikir untuk menderma organ aku ni satu hari nanti. InsyaAllah sekiranya diizinkan.

Lagi satu kenapa aku suka derma darah ni sebab masa nak cucuk jarum besar tu, aku suka tengok walaupun kadang2 nurse suruh aku paling ke tempat lain. Mana mungkin aku palingkan muka aku ke tempat lain. Rugilah kalau aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri macam mana jarum sebesar tu masuk selamba je dalam tangan aku. Tak sakit pun sebenarnya. Ala lebih kurang macam kena sunat masa kecik2 dulu. Dah kena bius kan.

Sebenarnya derma darah ni tak boleh hari2. Ada tempohnya. Kebiasaanya tiga bulan sekali. Dua bulan sekali pun boleh tapi bergantung pada kondinasi tubuh badan kau dan juga izinan doktor. Kalau doktor izinkan, baguslah. Kalau ikutkan aku, nak je derma darah ni seminggu sekali. Kan aku dah cakap benda ni macam candu. Ketagih je nak tengok darah sendiri keluar mengalir dari tubuh.

Pape pun jangan bazirkan darah kita yg ada dalam tubuh macam tu je. Apa guna hidup seribu tahun kalau sekali pun kita tak pernah nak menderma darah. Eceh.. Tapi seyes punya, hari2 adalah hari yg betul untuk kita melakukan perbuatan baik. Cuma diri kita je yg hidup segan, mati tak mahu. Apa perlu tunggu lagi kan. Jangan tunggu orang lain yg mendermakan darah mereka pd kita sekiranya kita yg sepatutnya boleh menderma dulu kepada mereka.

Saturday, 15 October 2011

Gunung Besar Hantu Part Four

Masanya untuk menurun. Mana mungkin kitaorang semua nak stay kat puncak gunung ni untuk selama2nya. Semua orang berharap tamo turun kalau boleh. Sama juga bila seseorang tu pergi bercuti dekat pulau, pastu tamo balik. Kalau ikutkan nak je duduk dekat pulau tu selama2nya. Siapa wei yg tak suka duduk pulau tapi kalau boleh jangan lah pulau yg xda apa2. Apa yg pulau yg xda apa2 ea? Entahlah..


Turun pun kira satu hal. Naik satu hal, dah pasti turun ada halnya yg tersendiri. Ingat turun ni senang ke? Tapi tak lah sesusah mendaki. Kalau turun laju sangat, boleh jatuh tergolek. Kadang2 kaki boleh melecet. Bayangkan lah ada satu part tu, tulang keting aku terlanggar kayu. Sakit? Tak kot.. Wei2 sakit siut. Tu belum bab tangan aku lagi. Tapi buat2 macho lah kan. Bwahahaha..


Dalam kepala aku fikir nak balik je. Aku rindu dekat katil aku sudah. Badan bila penat, katil lah yg sentiasa terlintas dalam kepala. Yg lain2 aku tak pasti apa dorg duk fikirkan. Bila turun ni, aku terfikir jugak, agak2nya berapa je lemak yg berjaya aku buang. huhu.. Tak tau lah kot2 berjaya turunkan berat sampai 3kg. Amboi! Banyak tu. Silap2 cuma 0.3kg je. Lantaklah mana2 pun. Balik balik balik...


Aku cuma nak ulang kata, yg mendaki gunung ni memang seronok. Satu kepuasan yg tak terkira pasti kau pasti akan dapat punyalah. Kau boleh kenal kawan baru. Kau boleh belajar erti susahnya hidup. Kau boleh belajar erti tak putus asa. Kau boleh belajar erti setia kawan. Kau boleh berlajar erti hidup ni tak semudah yg disangka. Banyak lagi kau boleh belajar. Kalau nak aku senaraikan memang tak akan habis punya.


Gambar ni masa nak turun tangga. Dorang cakap nanti masa dekat bawah boleh mandi2 apa semua. Aku cuma bayangkan mandi air sungai yg mengalir suam2 kuku. Bolehlah kan dari takda langsung. Sekurang2nya dapatlah juga menghilangkan segala kepenatan bila badan ni dapat menjamah air sungai ke, air gunung ke. Ni yg apa aku sangkakan lah.


Masa pertengahan turun tangga ni aku dah terdengar bunyi air deras. Bila nampak je.. Aku cuma.. 'waaaaaaa... dengan mata yg terlopong.' Bukan mulut terlopong ok. Ianya lebih dari apa yg aku jangkakan. Cepat2 aku nak turun tangga dari duduk dekat tangga. Haha.. Tak sangka aku yg Gunung Besar Hantu ni ada air terjun yg cantik. Ni pertama kali aku dapat melihat, merasai, menikmati air terjun yg tinggi. setakat ni lah. Jakun wei!


Tinggi air terjun ni. Seyes punya. Dekat celah2 gunung ada tempat istimewa camni. Memang berbaloi lah pendakian aku kali ni. Kau rasa kalau dah ada air terjun ni, takkan nak tengok je kan. Memang tolak keseronokkan lah camni. Benda dah ada depan mata, tunggu apa lagi kan kan kan..


Memang tunggu pun sebab sebelum mandi, ada group yg sampai awal jumpa si senduk ni. Senduk ke selar ke tedung ke, aku tak berapa pasti. Sebelahnya ada sawa tapi sawa tu kecik sikit dari si tedung ni. Tedung ni panjangnya tersangat panjang. Kalau tinggi aku 171cm, aku boleh katakan tedung ni 205cm. Masa dorang angkat tedung ni, perghhh panjang tu. Group yg sampai awal jumpa dekat bawah air terjun ni. Kalau ikutkan teori, tedung bergaduh dengan sawa. Entah macam mana jatuh dari atas. Dua2 matilah gamaknya. Masa dorang bedah ular ni, aku tak tengok pun. Takut wei walaupun dah mati. Baik layan mandi!


Apa lagi perkara yg boleh mengembirakan selain dapat mandi air terjun dengan badan yg keletihan. Terus segar rasa badan ni. Puas tak terkata punya. Tapi mandi tak lama pun sebab lapar. Biasalah kalau dah kena air, badan ni mulalah cepat lapar. Nasib lah group aku yg perempuan ni ada buat nasi goreng. Pekena nasi goreng panas lepas mandi. Memang terbaiklah kan. Lagi2 dekat tempat camni.


Ikutkan hati nak pergi lagi tempat ni tapi aku bercadang nak pergi gunung lain. Banyak lagi gunung dekat Malaysia ni yg tak habis aku terokai. Ni kira belum lagi gunung kat luar Malaysia. Uwaaa banyaknya. Aku punya sasaran, sekurang2nya mesti mendaki 10 jenis gunung yg berlainan dalam hidup aku. InsyaAllah. Bau daun2, bau akar kayu, bau tanah dekat gunung ni memang nyaman lebih2 lagi waktu pagi. dengan embunnya lagi. Mana nak dapat semua ni kalau bukan dekat gunung. Hei scuba pun ok jugak kan. Tengoklah dulu camna.

-The End-

Friday, 14 October 2011

Gunung Besar Hantu Part Three

Tiada yg seindah hari apabila bangun tidur dapat celikkan mata. er'.. Kalau tak celik dah kira arwah dah tu. Good morning guys! Berdasarkan gambar ni la. Cabaran bermula, niat dipasang lengkap. Hati penuh gelora. Jantung di pam selaju yg mungkin. Darah mengalir deras.


Pagi ni sebelum gerak, breakfast lah apa yg ada untuk memberi tenaga kesinambungan mendaki ke puncak. Takkan nak mendaki dengan perut kosong. Nak biarkan muka jadi biru ke nanti? Makan je roti dengan kaya plus minum air 'papadom'. Mana nak dapat air ni? Budak2 group aku pandai cari. Hihi..


Papehal bergambar dulu. Sebelum ni dah buat regangan lengok dangdut apa semua. Pasang lagu siap bagai. Ialah untuk memberi stamina. Untuk longgarkan apa2 yg patut. Jangan macam2. Daki gunung ni bukan macam lari marathon yg laluannya mendatar je. Penat mendaki dengan berjalan atau lari2 anak dekat laluan mendatar adalah dua perkara yg berbeza. Kalau tak caya, nanti aku nak pergi mendaki Gunung Tahan, silalah ikut. InsyaAllah.


Memandangkan cuma tinggal beberapa kilometer je lagi nak sampai ke puncak, erm' berapa ek? Aku pun tak pasti. Dah terlupa lah bai. So beg cuma bawak satu je. Barang2 yg lain tinggal dekat kem orkid. Ni kira santai lah juga tapi takdalah santai sangat pun sebab aku still tercungap2 dibuatnya. Laluan pun semakin mencanak berbanding semalam. Dengan laluan akarnya lagi, sempitnya lagi. Macam manalah orang asli boleh tekun hidup dalam hutan bertahun2 lamanya. Respect!


Ni dah sampai lah ni. Atas kepala aku tu dia punya signboard. Alahai memang kecik sangat pun. Tak kisahlah, janji ada kan. Teruja beb bila dah sampai puncak. Bayangkan aku, ye aku yg dah lama tak bersenam pun boleh sampai puncak. Jangan kata aku, ada pendaki lain umur dah 50 lebih pun boleh. Betapa dasyat dorang punya stamina. Sekali lagi aku ulang, aku sangat teruja. Siapa je yg tak terujakan, bila dah penat2 mendaki sampai dekat tempat paling tinggi untuk jerit2. Tapi takdalah sampai aku menjerit kat atas ni. Buang tebiat apa. Haha..


Tengoklah rambut aku sampai terpacak jadinya. Kesan daripada tingginya gunung ni, macam gitu jugaklah tingginya rambut aku terpacak. Yeayyyy! Nak jugak kan. Apa macam? Ada berani tak sesiapa nak ikut aku mendaki lepas ni? Ala sekali seumur hidup, aku cadangkan biarlah diri tu ada sekali pengalaman mendaki. Bukan aku nak suruh mendaki sampai bergunung2, satu gunung je sudah. Tapi lepas satu gunung, mesti ketagih nak mendaki gunung lain pulak. #LOL


Dekat atas gunung ni, kitaorang sempat lagi masak meggi. Sedap wei meggi gunung. Makan roti dengan kuah meggi pun sedap jugak. Senang kata, masak jelah pape kat atas puncak gunung ni, semuanya sedap belaka sebabnya dah lapar bangat dong.


Ni lah pemandangan yg memang takkan jumpa dekat bawah gunung. Cuma dekat puncak je ada. Mestilah kan :p Aku mula2 ingat ni pengakhiran yg awesome bila dah sampai dekat puncak. Biasanya macam ni lah kan. Dapat lihat alam seluas2nya. Rupa2nya aku silap.

Siapa kata dekat Gunung Hantu Buruk ni tiada pape. Ada yg lagi istimewa daripada puncak dekat atas ni. Takdalah sampai ada tangga ajaib yg bawak kitaorang naik ke lapisan atas puncak ni. Ada ke? Tak tau aku. Ada lah kot.. Entahlah. Nantilah aku sambung apa yg ada disebalik gunung ni. Dah nama pun Hantu Buruk kan. Ada hantu lah tu kot yg bawak kitaorang pergi ke dunia satu lagi. Agak2nya lah. See ya guys dekat entri yg terakhir nanti. SNAPP!!

Thursday, 13 October 2011

Gunung Besar Hantu Part Two

Rehat lebih kurang sejam dekat kawasan sg air kering. Kesemua pendaki solat, masak2 untuk lunch, melepak sambil borak2. Buat jelah apa yg patut asalakan mengembalikan tenaga untuk pendakian yg seterusnya. Destinasi seterusnya tak lain tak bukan... kem orkid.


Berehat tadi pun sebenarnya takdalah sampai dpt semula tenaga 100% sebab aku masih lagi keletihan. Semua pendaki kot tapi jiwa mantap, mental kental. So begerak jelah menuju ke atas. Ecehh! Seyes beb, mahu pengsan aku dibuatnya dengan gunung ni tp aku positifkan minda. Ni cuma mainan psikologi je. Kaki pun dah larat kalau diikutkan. Well.. tak macholah kalau turun semula. Alang2 dah suku perjalanan. Ye dak?


Strategi yg paling tepat, bila penat je pastikan duduk berehat. Haha.. Kalau jalan cikit pastu duduk jalan lagi pastu duduk, memang dua purnamalah baru nak sampai puncak. Nak buat macam mana kan. Aku bukannya ada amalkan petua kekuatan batin apa bagai untuk bergerak naik ke atas tak henti2. Ni apa batin pulak ni? Yela aku ni kan manusia biasa, mana nak ada tenaga luar biasa macam badang. Jup badang ni wujud ke? #LOL


Jeng jeng jeng jengggg... dah sampai pun. Bukan sampai puncak ok. Baru 3/4 perjalanan je ni. Ramai2 buat perhentian dekat kem orkid. Lagipun dah petang yg hampir senja. Kalau teruskan juga, memang mendaki malam2 lah nampak gayanya. Takdalah, yg sebenarnya memang caranya begini. Setiap pendaki akan buat check in dekat kem orkid ni. Harus rasanya sebab dekat tepi jurang kem orkid ni ada punca air untuk dibuat mandi, masak apa semua.


Maka bermulalah aktiviti memasak group 5 serangkai kitaorang. Kalau tak masak, memang makan angin lah wei. Aku pun bukan tau sangat, tengok je dorang masak sambil mengacau sana sini. Lagipun aku paling muda, 23 tahun. haha.. Dah tu siapa suruh dorang kata aku 23 tahun. Maka 23 tahun lah aku jadinya. Tugas yg paling muda adalah menunggu waktu makan je.


Sebenarnya masa ni ada kecelaruan. Bila kitaorang dah sudah masak tapi tak dapat makan lagi. Uwaaaa.. Perut dah kruk krek kruk krek. Al maklumlah baru sudah mandi. Nak taknak memang tunggu jelah group lain sudah masak pastu makan ramai2. Masa ni jugaklah belajar bersabar sebaik mungkin. Makan roti pun makan roti jelah dulu. Asalkan makan.


Masak apa? Sardin wei. Sedap sebab dah lapar. Kahkahkah.. Group lain ada yg masak daging. Perghh memang terbaiklah. Makan sardin, makan daging, kesannya KENYANG! Kat atas gunung ni, tak leh nak cerewet bagai. Nak cerewet duduk rumah. Kat sini, asal apa yg ada makan je. Jangan memilih. er' yeke jgn memilih jaa? Shhhhhh! Senyap2 sudah.


Malam tu ada aktiviti camfire apa semua. Ala termasuklah ice breaking. Ceritalah pape pun. Kongsi2 cerita otai2 yg dah naik hampir kesemua gunung yg ada kat Malaysia ni. Kagum wei. Aku ni baru dua gunung je. Takpe, lepas ni boleh tambahkan lagi koleksi gunung pastu simpan dalam kabinet. Mesti punyalah.


Tidur dekat mana? Tidur jelah dalam sleeping bag. Apa ada masalahkan. Kalau badan tu dah penat, memang tidur tak sedar punyalah tapi aku terjaga juga sebenarnya sebab satu pagi tu hujan sekejup. Nasib lah sekejup dan tak lebat. Kalau tak memang alamatnya tidur atas air lah gamaknya semua orang.

Ni apa cerita dari awal sampai habis serius je? huhu.. Saja nak simpan cerita menarik yg tersangat2 menarik dekat entri akan datang. Macam lah ada. Sembang je lebih aku ni. Propaganda ke apa ni? Ni bukan blog politik yg sukakan propaganda ataupun primadona. bwahahaha..

Tuesday, 11 October 2011

Gunung Besar Hantu Part One

Aku jenis yg suka buat aktiviti lasak. Terutama mendaki gunung. Banyak lagi sbnrnya aktiviti yg aku suka buat. Bagi jelah pape pun aktiviti pada aku. Asal ianya lasak, memang aku suka punyalah. Darah dalam badan ni dah terbiasa mengalir deras kalau dengar benda2 mencabar fizikal ni.


Hari tu bertempat dekat Gunung Besar Hantu Negeri 9, aku mengagahkan diri nak menawan puncak gunung ni. Dapat tau ada pendakian ni pun seminggu sebelumnya. Mana nak sempat buat persediaan stamina apa semua. Kira berani mati jela kali ni.

Fikir panjang pun takda guna. Kalau dah minat tu, mana nak ambil kira boleh ke tak boleh ke kan. So pergi jela. Lagipun hujung minggu takda buat pape, lebih baiklah meneroka hutan Malaysia ni.


Aku gerak petang jumaat. Esoknya sabtu pagi baru mulakan pendakian tapi sebelum mendaki tu kitaorang kena naik 4wd ni. Memang mencabar mental punyalah. Ni belum mendaki. Bayangkan satu jam duduk belakang ni beramai2. Dengan jalan yang tak rata. Biasalah laluan trek balak. Bukan senang wei nak dapat pengalaman camni.


Sebelum bergerak, masing2 control ayu control macho. Mana mungkin kalau tidak bergambar. Sebenarnya dah macam pekerja buruh kitaorang ni yg nak pergi berkerja dekat ladang2 waktu pagi. Kahkah.. Kalau sesiapa nak merasa pengalaman ni, jangan manjakan diri tu duduk rumah, pergi shoping apa semua. Memang besarkan peha jelah korang. #LOL


Aku melompat dengan gaya seorang pelakon lagak ngeri profesional. Ingat senang ke nak buat gaya camni. Ketepatan masa seorang jurugambar yg mahir je mampu snap gambar cmni.


Salah satu kenderaan yg kitaorang naik terbenam tayar. Masa ni lah untuk sambung ambil gambar sana sini. Ala lagipun bau daun2 hutan ni memang harum. Kalau kat bandar tu bau asap je memanjang. Tapi apa kena mengena bau dengan ambil gambar ni ea ea ea???


Tengok jelah gaya posing masing2. Orang lain duk susah payah terhenjut2 atas 4wd tu, kitaorang duk happy2 ambil kesempatan bergambar. hihi.. Sebenarnya kitaorang yakin driver tu cekap sebab tu kitaorang biarkan je.


Muka tiga orang jejaka yg confident. Ni semua otai2 pendaki gunung. Cakap je gunung mana yg belum pernah didaki. Memang semua gunung dalam Malaysia ni kitaorang belum tawan. Cett padahal baru tahap amatur, lagi mau kerek. Penampo mau?



Gyeahhh.. Semangat sebelum memulakan pendakian. Padahal dalam hati dup dap dup dap. Terutama sekali aku. Bwahahaha.. Berlakon kena pandai. Biasalah kan. Bila kita yakin, secara tak langsung orang dekat sekeliling pun akan mendapat aura keyakinan kita ni. Betul ke? Entah...


Group kitaorang sebenarnya berlima. Ala lima serangkai. Campur kesemuanya, jadilah 34 orang yg mendaki masa ni. Ramai jugalah. Lagi ramai lagi meriah. Tak gitu..


Masanya untuk memulakan pendakian. Bermodalkan beg berat, masing2 mendaki dengan muka ceria tambah semangat berkobar2. Hell yeah!!! Yg pasti, ayat paling ketara aku dengar bila dah penat termengah2, 'tak lari gunung dikejar'. huhu..


Antara lima orang ni, aku lah yg paling perlahan, paling banyak berhenti, paling banyak minum air. kikiki.. Pena wei.. Kan aku dah kata, pergi ni pun dengan stamina zero. Fizikal dah tak mampu tapi nasib baik mental ni kuat. Dengan bantuan kawan aku lagi. Kira beruntunglah ada sokongan moral. Kalau tak, memang turun semula aku.

Ni duduk dengan gaya penat tak ingat wei. Orang lain semua dah ke depan. Aku je yang terhegeh2 dekat belakang. Agaknya kura2 lagi laju kot. Nafas penting wei, penat kalau aku teruskan juga, memang cari pasal lah tu. Lebih baik rehat. Biar lambat asal bergaya. Haha..


Tengok!! sebab aku lah dorang terpaksa tunggu temankan aku. Ini namanya kerjasama dalam kumpulan. Aku rehat pun, secara tak langsung bagi dorang dapat rehat sama apa. Logik kan kan kan. Dah2 jangan fikir bukan2. Ni memang masing2 yg nak berehat sebab nak bergambar. Mati aku kena belasah dgn dorang ni nanti.


Check point yg pertama dekat air kering. Aku pun tak tau kenapa tempat ni diberi nama 'air kering'. So berbincang lah strategi apa yg hendak digunakan. Ni baru suku perjalanan wei. Belum separuh pun lagi. Susah rupanya kalau nak dibandingkan dengan Gunung Ledang aku naik dulu.


Sekian cerita bukan2 part one. Merepek itu adalah sangat perlu dalam hidup aku. Bergantung pada situasi. Bila aku merepek, maknanya memang aku tengah lapar. Bila aku lapar maka aku akan mula merepek bukan2.

Cerita aku ni berdasarkan gambar, dengan olahan yg sangat kualiti. Kalau nak buat novel memang tak siap punyalah. Banyak wei nak diceritakan sebab tu aku memilih untuk cerita ikut apa yg ada dalam gambar. Senang sikit nak merapu sana sini. Part two aku sambung bulan depan ok.

Monday, 10 October 2011

Cuti Dan Istirehat

Hari ni aku pergi pusat kesihatan uitm. Saje suka2 nak pergi sebab dah lama sangat tak pergi tempat ni. Tak salahkan kalau nak hiburkan hati dengan pergi tempat2 yg macam ni. Orang tak buat kita buat. Takkan kalau nak berhibur mesti wajib pergi karaoke, pergi disco yo. etc.. bla bla bla..

So bila aku melawat pusat kesihatan ni, maka secara automatik aku diklasifikasikan sbg pesakit. Pesakit yg mengada2. hehe.. Sebenarnya aku tak larat pun nak keluar rumah hari ni tapi gagahkan diri juga semata2 kesiankan diri aku ni. Maka dapat lah aku ubat yang doktor bagi ni. Tak makan pun lagi sebab aku lebih suka coklat dari makan ubat.

Bila dapat ubat, maka dapatlah juga MC. Doktor tu baik hati nak bagi aku MC supaya aku tak pergi kelas lah tu. Maknanya sangat jelas yg diri aku ni perlukan rehat yg cukup. Aku pun perlu masa untuk memanjakan diri aku sendiri. Yakni masa untuk tidak menghiraukan dunia luar buat sementara.

Owkay sambung rehat, nanti bila senang.. senang lah sangat. Kalau diri aku ni berstatus rajinlah kan, boleh aku cerita syok sendiri sebab apa aku dapat ubat tu, dapat MC. Semuanya indah. Serius memang indah. Dalam kesakitan itu, ada keindahannya. 'Semoga sihat cepat Jaa'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...