Pages

Wednesday, 21 September 2011

Kita Berkira Ataupun Tidak

Situasi lebih kurang cmni 'makcik tu kurang bagi duit bakilah'. Masa tu kau dah gerak jauh. Malas nak patah balik semula pergi kedai makcik tu. Dalam hati kau kata 'takpe 50sen je kot'. Pastu kau pun cerita dekat seseorang dan seseorang ni respon, 'kenapa kau tak pergi semula kedai tu, tu kan duit kau'. Kau pun cakap 'ala 50sen je pun'. Jawapan balas kau dapat, '50sen pun duit juga, orang lain tu nak dapat 50sen sehari pun susah. bla bla bla..' diri kau dengar ceramah.

Yup tu cuma 50sen. Nilai dia kecil bagi orang kaya tapi bagi orang miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang tak makan apa2, nilai 50sen ni besar. So mana pihak aku nak sokong ni ea? Aku cuma terfikir sesuatu secara logik akal. Aku harap ada orang yg terfikir apa yg aku fikirkan ni. Aku haraplah.

Perasan atau tidak, diri kita ni sebenarnya dah terlalu banyak dapat 'ganjaran' secara tidak langsung kalau nak diikutkan dengan nilai 50sen tu. Tapi macam mana kalau 50sen tu dah banyak kali kita secara tak sengaja 'sedekah' dekat makcik tersebut atau makcik2 yg lain? Ni namanya kecuain diri sendiri. Tak ada apa yg perlu dikesalkan kalau cuai tu berpunca dari diri kita. Fikir dengan mendalam apa yg aku katakan kecuaian diri sendiri ni. Jangan manjakan sangat otak tu. Fikir!

Ok cuba ingat semula diri kita pada masa lampau. Ingat perlahan2, bayangkan kita kembali ke alam zaman 'disubsidikan' secara tak sengaja atau sengaja oleh orang disekeliling kita selama ini untuk diri kita. Pernah ke kita makan orang belanja? Pernah ke kita menumpang kenderaan orang lain tanpa kita bayar duit minyak ataupun tol? Pernah ke kita bayar duit air ataupun elektrik yg kita gunakan di masjid atau dimana2 tempat yg kita pergi selama ni? Banyak kalau nak disenaraikan satu2. Belum lagi kita pinjam barang orang lain tapi tak pulang. Renungkan!

Kalau dihitung2 semua tu, dah berapa banyak sebenarnya duit yg kita tak keluar walaupun sesen sekalipun tapi kita masih berterusan dpt guna pakai semua tu? Kenapa kita buat tak tahu akan hal2 cmni? Sebab kita hipokrit. Pelikkan. Nilai yg kita 'lepaskan' secara tak sengaja kita berkira sangat tapi selama ni nilai yg kita dapat secara diri kita sengaja ataupun tidak, tak pernah kita pertikaikan.

Pada aku, kalau kita 'terlepas' nilai tu kecil atau besar, anggap sedekah je, anggap tu dah rezeki orang sekian2. Kalau tak sanggup nak sedekah, pergi je berjuang bermati-matian tuntut hak kita tu semula tapi jangan lupa fikirkan semula bila dah dapat, fikir berbaloi ke tidak tindakan kita ni? Mudah rasanya, rezeki Allah ada dimana2. Yang penting ikhlas. Masih lagi tak bersetuju? Terpulang pada diri masing2.

Aku tak dapat bayangkan kalau ada orang datang dekat aku dan tuntut segala yg aku guna pakai selama ini. Harap2 takda. Harapan aku lah. Kalau ada, boleh tak kira halal je? Boleh kan kan kan. Pape pun boleh dibawa berbincang. Bincang yg membawa kemuafakatan. Salam ketemu lagi. Cett macam drama mingguan bersiri plak nak ketemu2 lagi.

p/s: Sebenarnya nilai yg aku 'lepaskan' secara tak sengaja lebih dari 50sen. Takpelah bkn rezeki aku. Dulu pun masa jam aku hilang, mak aku kata bkn rezeki aku, halal kan je pada siapa yg 'jumpa' jam aku tu. Ni kata2 mak aku lah. Sayang mak :)

Wednesday, 14 September 2011

Anak Derhaka


Kalau nak jd anak derhaka, macam2 cara boleh. Kau pun mesti pernah derhaka kat mak ayah kau kan. Yg kau balas 'arghh' bila mak ayah kau panggil tu apa? Buat2 lupa pulak. Pastu langsung xda mintak maaf. Derhaka sungguh. Ni baru dikira derhaka kecil. Yg besar tu, ah bertimbun2. Pastu boleh pulak nak tunggu raya tahun depan. Mintak maaf skrg sudah. Dengan mak ayah sendiri pun nak malu jugk ke. Bertuah punya budak!

Aku terfikir akan sesuatu sbnrnya bila seorang emak menggunakan kuasa vetonya supaya anaknya dianggap derhaka. Seorang mak tak izinkan anaknya kawen dgn pilihan anaknya. Kalau kawen jugak maka jatuh derhaka lah anak malang itu. Nak buat macam mana ni? Nak taknak terpaksa dengar cakap emak tu, betul kan?

Kenapa seorang mak sanggup buat macam ni ea? Sebab sayangkan anak? Sebab pilihkan yg berharta? Sebab menjaga maruah? Sebab mak adalah seorang mak? Banyak sebablah jugak kalau nak disebabkan. Paling2 teruk pun ayat yg menikam jiwa, seorang mak yg membesarkan kita selama 20 tahun tiba2 kita nak kawen dgn lelaki yg baru kenal tak sampai setahun. Apa macam ni?

Memanglah hidup dengan mak dekat 20 tahun lebih tapi tahukah emak bahawa yg anak itu akan bersama dengan suaminya berpuluh2 tahun lebihnya jika umurnya panjang? Tp kebanyakan mak tak nampak semua ni. Takkan nak berkawan dengan lelaki tu 20 tahun juga baru boleh tau baik buruknya. Nanti bersama ngn mak 40 tahun jadinya. Haiya.. Pastu bila je nak kawen?

Malangnya semua kata seorang emak tu dikatakan keramat. Suka tak suka si anak terpaksa menurut kata. Emak tu tak sedar ke yg tgjwb nya berakhir bila anak perempuannya itu sudah kawen. Dosa si anak tu ditanggung si suaminya. Mungkin mak nampak benda lain, tak terfikir akan hal2 macam ni. Lagipun dosa anak tu ditanggung sendiri oleh bapanya sebelum anak tu kawen. Dosa mak pun bapa yg tanggung. Susah bukan jadi orang lelaki ni. Banyak yg nak ditanggung.

Kisahnya ni antara anak dengan mak. Anak perempuan biasanya. Jarang ada anak lelaki yg jadi macam ni. Kalau zaman dulu mungkin ye kot. Anak lelaki pun jenis menurut kata je apa yg emak tu arahkan. Sekarang punya zaman, mak cuma nasihatkan. Selebihnya terserah pada anak lelaki tu sendiri. Kalau anak perempuan, memang tak lah kan nak dapat keistimewaan macam anak lelaki. Ada tu ada tapi sikit sangat. Coretan ingin tahu.

Apa peranan ayah? Pandai2 lah, kau pun dah besar.

Tuesday, 13 September 2011

Kelas Bermula

Empat bulan cuti berakhir sudah. Kelas bermula secara rasminya hari ni. Takda pape yg menarik selain drpd aku datang lewat setengah jam pagi tadi. Semalam bila aku dtg awal, lecturer pula yg tak datang. Sebagai tanda mogok, tu yg aku datang lewat hari ni. Ala tak sengaja pun sebenarnya sebab aku mandi lama sangat. Alasan paling tak logik wei.

Kalau nak diikutkan, aku malas sebenarnya nak dtg kelas minggu ni tapi disebabkan aku terlampau rajin, tu yg dtg tu. Datang mana rajin ni pun aku tak pasti. So jumaat ni cuti, barangkali khamis pun bakal cuti. Cuti sendiri lah kot. Biasalah kan pelajar macam aku ni suka bercuti padahal ritu dah cuti lama.

Aku tengok uitm tak banyak berubah mana pun kecuali tempat parking motor tu. Maksud aku tempat fspu. Tempat lain dekat uitm aku tak pasti. Ala lagipun yg penting diri tu yg berubah. Amboi ni mengata siapa je ni? Takda nak mengata sesiapa pun. Yg cepat terasa ni dah kenapa? Nak makan penampo? Apa 'celup' punya budak. Kalau dengar word celup ni maknanya mesti dah pernah tengok hantu bonceng.

Ni apa kene mengena cerita wayang ngn uitm semua ni. Apa motif entri ni pun aku tak pasti. Sekarang ni sibuk duk mengemas rumah sebenarnya. Banyak barang berselerak sana sini. Perlahan-lahan kayuh sebab kalau ikut kira2 memang makan bulan baru siap mengemas segala barang yg ada ni. Yg membanggakan, boleh pergi kelas lagi. Problem?

Yg aku perasan adalah kawan2 yg berubah rambut, berubah telefon, berubah susuk tubuh. hehe.. Ala biasalah kan bulan puasa ritu, so nampaklah masing2 ada yg kurus. Taniah weh tapi tunggulah dua bulan akan datang ni, mesti kembali ke bentuk awal. haha.. Takpe yg paling penting ilmu dekat uitm ni.

Berubah tu penting, tak kiralah dari segi apa pun asalkan tak menyusahkan orang lain. So kira cincailah entri kali ni. Biar tunggang langgang, yg penting ada update. Memandangkan cuti akan dtg lambat lagi, maka aku mahu pulang muor rabu petang ni untuk kepuasan diri sendiri. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca pecah kepala. Sekian!

Friday, 9 September 2011

Kadang-Kadang

Bila kita nak kan sesuatu tapi tak dapat mesti rasa tak best. Biasanya ada penyebab kenapa kita tak dapat apa yang kita nak kan tu. Tak kiralah dari sekecil2 hinggalah sebesar2 penyebab. Kadang2 kita tak dapat nak terima hakikat sebenar kenapa benda cmni jadi kat diri kita. Biasalah manusia.

Kadang2 juga kita fikir yang diri kita ni betul tapi sebenarnya diri kita ni salah banyak dari betul sikit. Masalahnya pulak, diri kita yang masih nak menegakkan benang yang dah basah. Ala benang kalau tak basah pun, sama juga tak boleh nak tegak. Dah tau salah tu banyak, cepat2 lah minta ampun. Bukan payah pun. Cuma cakap minta maaf je walaupun tak ikhlas. Senyum paksa tu tetap juga senyuman. Maaf tak ikhlas tetap maaf juga. haha..

Terfikir tak yang diri kita ni kadang2 banyak menyusahkan orang lain tanpa sedar. Diri kita mestilah tak tau sebab dah nama pun tanpa sedar. Kalau kita sedar, takdanya kita nak menyusahkan orang lain. Sebab apa benda ni sentiasa berlaku? Sebab diri kita ni takda orang nk tegur. Sebab apa takda orang yg nk tegur? Sebab orang meluat dengan diri kita. Sebab apa orang meluat? Panjang kalau nak soal jawab ni. Haish!

Sebenarnya kita ni kadang2 tau siapa diri kita yg sebenarnya tapi kadang2 juga kita cuba nak jadi bukan diri kita. Nak melawan harus tu boleh tapi kadang2 kita kena pastikan keupayaan kita tu berada pada tahap yg mana. Mula2 mungkin boleh lagi bertahan dengan harus deras tu tapi kalau dah kapal pun boleh tenggelam, ni kan diri kita. Sepandai mana kita pandai berenang, lama2 lemas juga.

Itulah, kadang2 nasib manusia ni berbeza2. Cuma suka tak suka, kita kenalah pandai bawa diri. Jangan akhirnya jadi keldai sudah. Jangan ada mengeluh akan setiap perbuatan yg kita buat sebab tu ibarat memaki diri sendiri dengan makian yang semaki-makinya. Kalau guna ludah di muka sendiri nampak sopan sangat. Kadang2 lebih baik itu harus berjaga2 kerna 'lebih baik' boleh sekelip mata bertukar menjadi tak berapa baik.

Wednesday, 7 September 2011

Mana Letak Yakinnya

Aku keliru bila orang kata yg orang sekian2 dah berubah. Mana entah firasat hati sendiri yg boleh yakin bila kata begitu. Cuba tanya hati sendiri, yang diri tu dah berubah ke belum? Aku sendiri pun tak tau macam mana nak menafsirkan diri orang lain tu dah berubah ke belum sebabnya mudah, aku bukan diri orang tu. Manusia takda deria keenam. Manusia zaman skrg lah. Kalau nak cerita pasal Rasul yg ada mukjizat tu, ni dah kira skop yg lain.

Zaman skrg ni, kita yakin ke orang sekian2 tu dh berubah? Kita boleh melihat masa depan ke? Kita ni Tuhan ke? Ni la kesilapannya bila diri kita cuba2 untuk sedapkan hati sendiri. Sudahnya yg gelap kita nampak cerah. Ahhh manusia bukan, kalau adik beradik sendiri sudah terang lagi nyata buat silap kita tetap akan pertahankan. Sebab dia adik beradik kita. Ni belum masuk diri kita sendiri yg tak waras mempertahankan benda yg tak sepatutnya sebab EGO dan SOMBONG.

Jemu lah bila fikir benda2 macam ni. Bila ditegur, jup.. boleh ke ditegur? Jangan harap! Orang macam ni memang susah untuk ditegur. Silap2 kita yg dapat maki hamun. Aku bagi contoh mudah jela. 'Aku percaya si polan2 dh berhenti merokok', tunggulah 5 tahun lagi. Bukan nak menidakkan tapi ni memang realiti. Berubah tu mungkin tapi sementara. Ye sementara. Kenapa lah manusia tak fikir macam apa aku fikirkan ni.

Nak diharapkan berubah serta merta dan seterusnya? Jangan harap. Tanya diri sendiri dah betul. 'Aku ni dah berubah ke belum'. Pada aku kalau kita berubah, orang takkan perasan. Kalau orang perasan, maknanya diri kita tu terlalu menunjuk akan perubahan tu. "Ya saya dah berubah, awak tak percaya yg saya betul2 dah berubah?" Siap bagitau lagi. Ya macha!!! Bila kita menunjuk, tak ke riak namanya tu. Nak berubah supaya orang nampak, orang tahu. Sudahnya tak kemana.

Kalau kita takda pengalaman untuk diambil iktibar, jangan jadi dungu sangat. Gunakan pengalaman orang lain untuk dijadikan pengajaran. Ni tak, salahkan diri kita takda pengalaman, tu yg terkena jerat. Katanya pertama kali, tak tau apa2. Kalau diri tu seekor tikus lain lah ceritanya. Ni diri tu ada otak yg berakal.

Hai la kassim, hai lah ahmad. Ni dialog ceta apa ek? Aku pun dh terlupa. Banyak bebel pun tak guna. Orang kata kalau kita dalam keadaan marah2, jangan tulis pape kat wall fb tu, jgn tweet pape kat twitter tu. Nanti menyesal tak sudah. Nanti2, apa kaitan bebelan aku dekat atas dengan marah2 ni ea? Penutup yg tajuknya lari entah kemana2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...