Posts

Showing posts from August, 2011

#2 Balik Kampung Mana Ya?

Image
Sebenarnya ramai tak tahu yg diri tu tiap2 tahun boleh beraya rumah keluarga sendiri tanpa perlu gaduh2. Ala watpe nak runsingkan kepala. Jalan mudah ada kan. Sebelum pape aku suka ingatkan yg jalan mudah ni sebenarnya tak lah semudah yg disangka tapi berbaloi jugalah. Sama ada berbaloi ataupun tidak, kita layan dulu. Setiap keputusan, mesti ada harga yg perlu dibayarkan.
Pertama, kau jangan kawen. Yup jangan kawen. Dah tentu2 punya kau tiap2 tahun dapat beraya rumah keluarga kau tanpa perlu pening2 nak fikir rumah mentua sebab kau pun bukannya ada mentua kan. Masalahnya sampai bila je kau tanak kawen? Selagi kau sayang diri kau, kau tak mahu bergaduh macam laki bini yg ada sekarang ni bila tiap kali menjelmanya Syawal, kau tak perlu kawen. Cuma dah lama2 nanti kau mula bosan hidup membujang. Bosan wei. Seyes punya!
Kedua, ni kira masuk akal juga pada aku. Kau kawen dengan anak yatim piatu. Kau carilah jodoh kau yg diri dia dah takda mak dgn ayah. Kalau dia takda mak dgn ayah pastu bila…

#1 Balik Kampung Mana Ya?

Image
Balik kampung? Balik mana ea? Ni aku tanya pada yg dah berkahwin. Pada yg belum boleh renung2kan sebelum buat keputusan kahwin kelak. Huhu.. Ramai yg kahwin sebab cinta sayang rindu apa semua tapi sebelum kahwin tu tak pernah terlintas nak berfikir pasal raya kelak. So akhirnya makan hatilah diri tu bila Syawal menjelma. Sebab apa? Sebab si suami di kutub utara, si isteri di kutub selatan. Masing2 nak balik raya kampung masing2. Pandai2lah ohsom burung batu air laki bini tu.
So kenapa setiap kali masuknya Syawal, dialog yang sama berlaku? Drama sama yg berlaku? Benda ni di ulang2 dari tahun ke tahun. Masing2 tak mahu mengalah. Masa mula2 janji ikut giliran tapi bila sampai masa kena auta. Kesian! Ialah laki kan pandai, kalau isteri melawan dikatanya menderhaka. Suka tak suka si isteri ikut jela bontot si suami tu balik kampung dia. Persoalan pertama, adakah golongan perempuan teraniaya? Aku tak tau cane nak jawab.
Kalau dapat isteri yg tak kisah, lega hati suami kan. Tapi ada ke isteri …

Oh Ramadhan Oh Syawal

Image
Aku mengalami masalah mental yang kritikal dua tiga hari ni. Rasa macam kepala meletup terkena bedilan meriam buluh. Suka tak suka dunia hidup aku gelap gelita ibarat langit di malam hari. Hitamnya bukan main pekat kalau tidak disinari cahaya bulan mahupun bintang. Kalau kau tau apa itu koma, mungkin kau paham lah apa maksudnya dunia yang gelap gelita. Pape pun lupakan pasal hal remeh temeh ni.
So aku terasa nak mengelikan ketiak aku dengan mengomel betapa gembiranya aku bila raya sudah semakin hampir. Ya raya, hari raya aidilfitri! Semua orang pasti gembira bila menjelangnya satu syawal. Paling gembira dah semestinya mereka2 yang liat nak berpuasa. Tak terasa lagi beban diri nak menyorok2 makan, minum hatta hisap rokok sekalipun. Ingat senang ke jadi orang2 seperti mereka ni. Kesian! Barangkali belum mendapat hidayah lagi walaupun umur tu dah 20-an, 30-an, 40-an. Doa2kan agar Ramadhan akan datang mereka ini mampu berpuasa penuh. Amin~
Bakal menjelangnya Syawal, InsyaAllah Syawal pasti …

Past Is Past

Image
Kalau diikutkan amarah hati ini, memang hancur lumat semua makanan aku sesah buka tadi tapi aku kan jaa. Setakat marah2 ni memang bukan makanan aku. Kau buatlah macam mana sekalipun, aku buat tak reti je. So berbuka aku tadi tenang, aman dan damai. Lagipun tak elok apa depan rezeki buat muka ketat.
Katakan kau berbual2 dalam menuju ke arah perdebatan tetiba kau dah nak sampai kemuncak point kau tapi kena cantas dengan kisah hidup kau yang sememangnya dah lama dalam lipatan sejarah. Lagi pulak ianya takda kene mengena dengan topik perbualan tadi tu. Terkesima macam dapat berita dari doktor yg kau ada leukimia beb.
Mungkin terlepas cakap, bolehlah dimaafkan tapi itulah sifat manusia. Lemah lagi lemahnya. Cuba nak mempertahankan sesuatu yg diri sendiri tak dapat terima akan hakikatnya lalu menggunakan kaedah busuk asalkan diri tu tak nampak lemah. Asalkan diri tu nampak agung luarannya tapi dalaman dah semestinya tempang tapi ada hati nak bangga diri yg tak kena pada tempatnya.
Barangkali t…

Sang Matahari

Image
Cuaca dekat muar hari ni super panas. Aku ni dh la puteri lilin. Bak kata aunty aku yg bagi istilah ni pada diri aku. Bayangkan kalau kulit aku kena terik matahari. Mengelupur beb. Yang sebenarnya memang aku jenis kulit sensitif. Ni la salah satu sebabnya aku tak suka keluar rumah tapi aku disalah tafsirkan sbg orang perempuan oleh mak aku. hahaha..
Mak aku kata, aku ni mengalahkan orang ppn, duk terperap je dlm bilik. Bilik aku ni ibarat syurga bagi aku. Dekat dalam bilik ni lah aku buat solat, buat makan, buat tidur, buat sepah, banyak lagi buat la. huhu.. Dah macam sarang tikus mak aku kata bilik aku ni tapi aku ok je sebab dah nama pun bilik sendiri kan.
Bila hari panas macam ni, bilik aku pun terasa bahangnya. Kalau dah bilik terasa bahang, tuannya lagi lah merasa kebahangannya. Ada ke perkataan cmni? Bila aku yang merasa bahang, kepala mulalah pening2 macam nak muntah. Ibarat perempuan muntah2 petanda ada baby dalam perut. Masalahnya aku ni bukan perempuan. Dah tu ada apa je dalam…

#5 Laughter, The Best Medicine

Image
Joe: Ben aku nak tanya la. Ben: Tanyalah apa dia.. Joe: Kenapa kau buat tatu pokok dekat atas bahu kau ye? Ben: Laa dah akarnya di bawah, pokoknya mesti di atas. Joe: Akar di bawah??? Akar yang mana? Ben: Akar bawah ketiak aku lah samdol . Joe: Owhh lepas ni kau buat tatu yang sama dekat perut pula ya. Ben: %#$?@$*%$#&!!!

Juwita Rambutku

Image
Hari ni aku angin satu badan. Yup angin monsun barat daya punya. Semuanya gara2 tukang gunting rambut yg aku rasa kebanyakannya syok sendiri. Aku suruh gunting lain, dia bantai ikut selera dia. Ingat aku ni nak jadi askar agaknya. Makin aku diam duk layankan je tengok gelagat dia, makin dia syok togelkan kepala aku. Apa pun tak boleh.
Suka tak suka, jadilah pendek camni. Nak sikat pun tak boleh. Rambut dh xda, nak sikat macam mana lagi. Ada tu adalah tapi pendek sangat. Patut ke aku saman tukang gunting rambut ni ea? kahkahkah.. memang gila la aku aku siap buat kes. Nanti orang kata aku yg gila.
So kenalah tunggu sekurang2nya 11 bulan kalau nak rambut panjang semula. Aduhai lamanya. Kalau orang mengandung, dah beranak dah pun. Ni aku, hai lah rambut.. malang sungguh nasib kau arini. Memang aku takkan pergi lagi rasanya kedai gunting tu lagi. Mogok! Macam tak logik pulak.
Sebenarnya salah aku sendiri pun. Aku kan ada mulut. Patutnya aku cakap yg tu tak payah gunting, yg ni tak payah gunt…

How To Play Happy Birthday on Guitar

Image
La la la laaa laaaa.. la la la laaa laaaa..

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif

Image
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu Woh oh uwoh uwoh Hati ku rasa sesuatu
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku Ku gelisah berdepan hati rasa tak menentu Woh oh uwoh uwoh Kernakah rasa itu
Bagaimana, harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Pengikat cinta jadi peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata kerja Otak kata jangan hati pula tak caya Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tau Woh oh uwoh uwoh Ini cinta remaja ku
Dan pabila kau katakan kau suka aku Ku terdiam terkedu tak tau mana nak tuju Woh oh uwoh uwoh Itu lah cinta yang satu Cinta di muka buku

#4 Laughter, The Best Medicine

Image
Murid: Ustaz, saya ada soalan ingin bertanya. Ustaz: Ye, apa soalan kamu itu. Murid: Kenapa kita kena berkhatan ye ustaz? Ustaz: Sebelum saya jawab soalan kamu tu, kamu jawab dulu soalan saya ni. Murid: Ye, apa soalannya ustaz? Ustaz: Agak-agak, kamu makan pisang dengan kulitnya sekali sedap tak? sumber: aku terlupa dari mana. sharing is caring.

Gila Tweet

Image
Hari tu aku hilang sebab benda ni lah. Siapa yg suka tweet tahu lah apa benda ni. WDMalaysia ada buat contest. Kita cuma kongsi je pape tweet kita tapi wajib mention @WDMalaysia. So aku pun kongsi lah cerita merapu apa semua. Ambik ayat orang dekat fb pstu aku duk copy paste. Dekat web mana2 pun aku bantai jugak copy paste. Memang gila2 lah masa tu. Lupa pulak, WD ni stand for Western Digital. Kau tanyalah pakcik google sendiri.
Bayangkan biasanya satu hari aku cuma tweets dlm belas2 gitu tapi dalam dua hari kelmarin aku tweets dalam seratus lebih sehari kalau tak silap. Tapi ada trick sbnrnye. Aku takda lah duk ngadap lappy ni 24/7. Aku siap boleh tolong mak aku lagi jadi driver pergi sana pergi sini. Senang je sbnrnye. Aku patut bterima kasih dekat TweetDeck sebab dgn TweetDeck ni jugaklah aku boleh schedule aku pye tweet. So wallaa... Ya ribba ya ribba.
Aku kesian dekat kwn aku je. Habis timeline dia penuh dgn tweets aku. hehe.. sorry mr president. Kalau kau ada twitter kau follow la…

Dunia Huruf Saya

Image
Aku sejak dua menjak ni duk main benda ni sebenarnya. Tulis byk2 perkataan pastu ikut selera nak bentuk dia jadi cane. Dulu kan kau mesti suka main sahibba ataupun scrabble secara nyata, tapi skrg main secara online. So jd la macam ni. Ni takda lah sahiba mana pun. Benda alah ni sbnrye dah lama pun. Kira ni versi yg orang kata dah kuno. Kalau hidup tu dh bosan sangat kira boleh lah kan. Dari takda langsung.
Sebenarnya ada lagi yg awesome. Nanti aku tunjuk kat kau semua. Banyaklah aku punya awesome. haha.. Tp mmg tak tipu punya yg satu lagi tu memang puas hati jugak la. Ala kira lagi canggih dari yg aku buat dkt atas ni. Ni simple je bagi aku. Masukkan perkataan, tukar2 warna, ubah bentuk huruf apa yg kita nak pastu siap. Senangkan.
Benda ni sbnrye boleh dijadikan pesanan rahsia antara kau dgn orang lain. Kira kau ngn orang tertentu je boleh tahu dkt mana pesanan rahsia dlm perkataan beselerak tu. Contah kalau kau ada rasa cinta sayang apa bagai tapi kau malu nak luahkan cane, kau buatla…

Ramadhan Ke-9

Hari ni dah seminggu lebih berpuasa. Segalanya berjalan dgn lancar dari hari pertama puasa. Macam2 ragam manusia boleh kita lihat. Betul lah orang kata bulan Ramadhan ni la kita akan nampak sikap sebenar manusia tu sendiri. Ialah takkan nak salahkan syaiton bila kita 'tersengaja' buat jahat. Nak tak nak, memang diri kita sendiri yang hendak melakukan kejahatan tu.
Kalau tengok dekat facebook, dekat twitter.. macam2 ragam boleh nampak. Ada yang mengeluh penat, ada yang melaporkan hari ni berbuka apa, ada yang mengumpat pun tak kurangnya. haha.. Aku banyak 'membebel' dekat twitter aku dari dekat facebook. Pape pun dalam bulan puasa ni adalah lebih baik perbanyakan dalam beramal ibadah.
Alang2 dah masuk 9 hari berpuasa ni, aku nak membebel dekat blog aku sendiri pasal aktiviti aku. Biasanya sahur aku bangun seawal 5.15 pagi. Perghh awal tu. Padahal dah lewat sgt dh ni. Ala aku pun bukannya makan beradab. Aku makan 10 minit dah settle. Nom nom nom nom... Sahur biasa makan c…

Butterfingers - Mati Hidup Kembali

Image
Jalan raya terlampau sunyi Untukku terus bermimpi Mataku belum mengantuk lagi Bawa ke mana saja ku pergi
Tunjukkan ku bulan gerhana Tiada siapa nak ku jumpa Benda yang tiada ku sangka ada Oh tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana Hari ini hari mulia Tak pernah daku rasa begini Seperti mati hidup kembali
Bawa ku hilang dari ingatan Hari ini sehingga esok Tak pernah daku rasa begini Seperti mati hidup kembali
Angkasa penuh dengan bunyian Ku capai sebelah tangan Sebalik awan ada cahaya Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri Darah yang mengalir terhenti Fikiran ku melayang-layang Tiada siapa yang perasan
Malam semalam gundah gulana Hari ini hari mulia Tak pernah daku rasa begini Seperti mati hidup kembali
Bawa ku hilang dari ingatan Hari ini sehingga esok Tak pernah daku rasa begini Seperti mati hidup kembali
Tak pernah daku rasa begini Seperti mati hidup kembali kembali...

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Image
Sekarang tengah kecoh pasal identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Dengar cerita sebuah badan hackers iaitu Gaysec berjaya membongkar identiti watak sebenar si Makcik Hajjah ni. Kalau betul memang wanita yang dikhabarkan ni, kira baguslah. Ambil tindakan sewajarnya. Lagipun tindakan disebalik nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni memang dah keterlaluan dalam menghina Islam. Gambar-gambar yang menghina secara terang-terangan. Memang berani jugalah tindakannya ni. Seolah-olah mencabar apa yang dibuat tidak akan berlaku apa-apa musibah.
Tapi bila aku selongkar sana, selongkar sini.. ada yang kata watak di sebalik Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni sebenarnya pula lelaki. Entah yang mana satu pun tak pasti. Pape pun tunggu je berita dalam masa dua tiga hari ni nanti. Manalah tahu kalau-kalau ada lagi berita yang akan dibongkarkan. Tunggu jelah. Sebab aku pun sedang menunggu juga sambil makan. (oi tak puasa ea?)
p/s: sekarang ada individu yg boleh dipercayai mengatakan bahawa individu disebalik…

Sahabat UiTM

Image
Aku memang bermuka selenga. #LOL
After aktiviti makan2 membuncitkan perut. nom nom nom..
Gambar ni masa bila aku tak ingat sangat. erm'
Lepas makan kepsi, pergi al-ihsan. Coping2..
Last but not least.. dekat penang yo. Aku pakai spec. kahkahkah..

Bingkisan Hidup Ini

Image
Cikit2 lama2 benda tu pergi sendiri jauhnye. Entah lah, rasanya macam begitu. Tak tau nk kata. Hati bagai mati sendiri. Takda rasa harumnya lagi. Barangkali saatnya tiba secara peringkat2 tapi malas dihiraukan segala kusut yg menempel. Yup ia bagai racun kesannya. Memakan perlahan2, lama kelamaan bisanya sampai ke tempat yg dituju. Begini mungkin rasanye.
Kalau dulu bisa racunnya nampak jelas tapi kini bisanya tak kelihatan sepenuhnya. Hilang ke mana, diri sendiri tidak berapa pasti. Tahapnya mungkin mengikut rentak perjalanan kedewasaan sendiri. Mesti juga begini tapi dalamnya tetap juga ada rasa kecil yang masih berlegar2 mengganggu. Mungkin segan mahu meniggalkan keseluruhannya. Disimpan baki barangkali untuk dikenang lalu disejarahkan untuk kegunaan suatu ketika detik nanti.
Ia.. kedewasaan itu mula terserlah seperti bulan dan bintang menerangi malam melalui sinarnya yang jelas kelihatan. Tanpa segan silu pancaran ini memancar membiarkan awan iri hati akan kerdipan yang dikagumi mak…

Bestnya Couple.. Best Ke?

Image
Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara. Dah macam pidato pulak. Tuan puan hadirin yg dihormati sekalian.. bla.. bla.. bla.. Hadirin pun kebanyakan tido kat dpn tu. zzzzzz' ialah kau pye kata2 tak memberangsangkan. Kau nk ceta pasal isu inflasi sifar, sape je yg nak dgr. Orang sekarang nk tau perihal orang lain. Orang berlumba2 nak jaga tepi kain si polan si pondan. Opsss...
Aku nak terus lompat ke isi tersirat terus. Letih nak karang panjang2. Bukan dapat A pun kalau bagus cane sakalipun karangan entry blog aku ni. Paling2 busuk pun, kau baca kau termenung pastu kau kata 'nyesal aku baca blog mamat kacak ni'. haha.. i'm sweet and charming. jealous more? pleaseee... haha.. kene panah petir baru padan ngn muka aku.
Apa tujuan kau kapel? Sbb kau bosan hidup sorg2? Kau malu kwn2 kau yg lain kapel tapi kau tidak? Kau rasa kau berhak utk kapel sbb kapel ni cool? Kau rasa diri kau ada orang nak sbb tu kau kapel? Atau kau kapel sbb ntah mcm mana tetiba ada minah/mamat tu sudi nak …

Marah Ikut Suka

Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Biasalah kan kalau kau ni jenis pemarah yang amat dasyat. Kalau boleh bukan setakat kelambu nak dibakar, rumah pun kau mesti nak bakar juga. Satu soalan aku untuk kau. Apa kau dapat lepas kau marah sana marah sini? Kepuasan tak ternilai? Anugerah oscar? Kemasyuran? Ahhhh pergi nyah dengan semua ini.
Pada aku kau cuma dapat penyesalan, penyesalan yang merugikan diri kau sendiri. Walaupun masa tu kau berhak untuk memarahi tapi apakan daya kau gagal mengawal sikap marah dalam diri yang membuak2 itu. Katakan ada orang buat salah dekat diri kau dan kau sekarang mempunyai kuasa yang mutlak untuk melepaskan kemarahan kau tu ke atas orang terbabit. Haishh lah kau ini sebab angkuh ada kuasa mutlak tu.
Sekarang kau bayangkan kau berada dekat tempat orang tu. Masa tu mesti kau berharap tidak dimarah. "Jgnlah marah aku, jgnlah, jgnlah.. Aku tak sengaja, bla.. bla.. bla.." kata kau dalam hati dengan lutut dh terketar2. Biasalah kan orang kalau dah buat sala…

Risiko Hidup Sendiri

Bila kau rasa hendak buat akan sesuatu perkara, satu je yg kau harus fikirkan "yakin pada diri sendiri". Jgn kau menuruti segala kehendak orang lain kerna kau bukannya keldai. Apa2 saje perkara yg mahu dibuat itu sudah pasti ada kesannya dan sekiranya keputusan itu tak seperti yg kau impikan, jgn khuatir sebab itu kau punya keputusan, itu kau punya pilihan. Manusia mana tak pernah buat silap bukan.
Tika keputusan hendak dibuat, kau bayangkan diri kau seorang raja yang menentukan nasib rakyat jelata. Bila kau seorang raja mana mungkin kau izinkan orang bawahan kau yang tentukan keputusan yang sepatutnya di bawah tangan kau. Jadilah raja yang berani menanggung segala kesannya. Kau salah buat keputusan, tiada siapa yang berani menghukum kerna kau seorang raja bukan. haha...
Salah buat keputusan itu perkara lumrah. Sekiranya salah sekalipun, sekurang2nya diri kau tidak berasa kecewa sepenuhnya kerna keputusan itu kau yang putuskan dan bukannya orang lain. Ianya bertambah ralat sek…

#3 Laughter, The Best Medicine

Doctor: You're very sick man Patient: I want a second opinion Doctor: Okay, you're ugly too.

Diri Kau Yang Sombong

Kadang2 manusia suka buat sesuatu tanpa memikirkan akan kesannya. Bila dah terjadi akan kesannya yg tak elok baru rasa nak menyesal. Yela, siapa lagi. Kau la yg suka buat sesuatu main terjah je. Lain kali fikir dulu masak2, biar jadi hangus pun takpe.
Kau rasa tindakan kau tu betul, sedangkan orang dah bagi nasihat tapi kau tetap berdegil. Kau kn kepala batu, kayu. simen. Orang tu bagi nasihat mestilah sebab orang tu pernah lalui semuanya sebelum kau. Takkan kau tak pernah dgr 'aku lebih dulu mkn garam'. Kau nak tunjuk yg diri kau boleh berdikari. Berdikari yg akhirnya makan diri. Ikut suka hati kau lah nak macam mana pun.
Ego kau mmg tebal, setebal lapisan perut bumi tp bila kau dah tak bermaya, barulah kau dtg mengadu dengan muka yg tak malu. Tu la diri kau. Kalau ckp mengalahkan pemidato semuanya rasa diri tu betul. Dari mana mulut tu belajar biadap pun aku tak tau. Yg pasti kau yg berperangai mcm ni esok lusa pasti akan terluka.
Kalau kau syg diri kau, kau dengarlah akan seg…

Hati Bercampur Baur

Jangan melihat manusia itu dgn pandangan kagum walau hebat mana sekalipun manusia itu. Aku, ye aku menanggung seribu satu dugaan sejak kebelakangn ini. Buat itu rasa tak kena, buat ini rasa yg sama. Hendak cari tempat mengadu tiada tempat yg betul hendak dituju. Sudahnya aku cuma pendamkn saje nanah dlm diri aku merebak.
Kalau aku diberi peluang seperti aladin yg jumpa teko ajaib, pasti aku akan minta ketiga2 permintaan dgn permintaan yg sama agar aku dikembalikan ke umur aku tujuh tahun yg lampau. Pada aku ini sudah memadai dengan menempuh dugaan yg amat berat sekarag ini. Rasanya terlalu jauh imiginasi fikiran aku dibawa.
Hendak menagis, air mata kering sudah ibarat kemarau panjang. Hendak mengeluh terasa letih rasanya jiwa ini. Hendak menjerit, suara bagaikan tersangkut pada halkum. Semuanya serba asing tika itu. Dimana silapnya aku sendiri tidak pasti. Kadang2 terfikir juga akal ini, siapa yg patut dipersalahkan? Akhirnya satu yg keluar 'jangan dipersalahkn takdir hidup'.
Syu…

Minuman Haram

Image
Arak itu haram! Ramai yg tahu arak itu mmg haram tapi tak ramai yg tau mcm mane nk bg hujah bila ada seseorg yg suka bertanyakn soalan merepek. Cth soalan yg biasa kita dgr 'Kenapa arak itu haram?' sebab ianya memabukkan. 'Bukankah asalnya dari buah dan air yg diperam, kedua2 ini berasal drpd bahan yg halal'. Takpe kau jgn panik dgn org yg suka bertanye soalan2 yg mcm ni. Org mcm ni mmg hobi dia suka bertanya2 akan hal2 yg akan buat org keliru. Sbnrnya takda la keliru mana pun.
Ok ni jwpn yg sesuai untuk soalan kenapa arak itu haram kalau lepas ni ada lagi org yg bertanya kau soalan2 yg mcm ni. Bayangkan kalau aku ambil air pastu aku jirus dekat muka kau. Kau rasa sakit ke tidak? Mesti tak sakit kn. Pastu segenggam pasir pula, aku lempar dekat muka kau. Tak sakit juga kn. Kemudian aku ambil serbuk simen, aku lempar juga dekat muka kau. Tak la sesakit mana juga bukan.
So sekarang ni, aku ambil air campur dgn pasir campur lagi dgn serbuk simen tu kemudian aku gaul2. Adunan…