Pages

Saturday, 30 July 2011

Lepaskan Dia Pergi

Esok dah mula solat Terawih. Harap2 tahun ni dpt buat satu bulan penuh. Lebih2 lagi bila tahun ni Ramadhan dekat rumah sepenuhnya. So tiada alasan tak pergi Terawih memandangkn rumah dgn masjid cuma dua tiga minit je. InsyaAllah.

Hari tu aku ada cerita pasal 'Jodoh Jauh Pasti Datang Akhirnya' tp itu sekadar aku pye pendapat secara rambang, secara logik akal. Ialah masing2 ada pendapat tersendiri. Pape pun jodoh kita mmg dah tertulis sejak awal2 lg. Cuma kita yg tak tau dgn siapa dan bila.

Ni aku nk cerita perihal orang yg dah tak suka pada diri kau. Tak kisahlah wlpn kau dah couple lama mana pun kemudian satu hari tu pasangan kau dah mula bosan, dah ada orang lain, bla bla bla.. then dia mintak putus. So putuskn jela. Jgn nak paksa kerna memaksa itu hasilnya terseksa. Benda cmni mmg payah tp boleh sebenarnya cuma hati kau tu yg degil.

Ok sebelum kau kenal pasangan kau, boleh je kau hidup tanpa dia tapi kenapa bila pasangan kau nak tinggalkan kau, kau mulalah keluarkan ayat 'sy tak boleh hidup tanpa awak', 'baik sy bunuh diri kalau hidup sorg2 cmni'. Adui2 pening wei kalo kau ada sikap cmni. Cuba kentalkan cikit hidup kau tu, jiwa tu bagi mantap semantap muka kau yg cun lagi hensem tu.

Jangan gusar sgt sebab ramai je lagi orang lain kat luar tu. Ya aku tau cakap memang mcm buat ABC tp kau sendiri fikir waraslah, takkan kau nak hidup dgn org yg dah tak suka lagi kat diri kau. Jangan buang masa, tenaga dan dolar kau tu. Takpe kalau kau nak sedih meratap apa semua, ambik masa utk semua ni tp lepas tu kau bergeraklah ke depan.

Pastu kau jgnlah bersandarkan lagi pada kenangan. Buang je jauh2 kenangan kau tu. Lagi satu, jgn pula kau nak meratap berpuluh tahun. Cukup je seminggu dua minggu. Ni normal kalau meratap2 ni sebab manusia tu sendirikan lemah. Kalau kau tak meratap, kau memang ganjil. Haha... Pelik pada aku, seyes sgt2 pelik. Seolah2 kau cuba nak tunjuk cool tp kau mmg tak cool lgsung pun.

Kau dah berusaha bukan, anggaplah ni semua ujian. Cuma nasihat aku, kau jgn bergaduh, caci sana caci ni, burukkn pasangan kau tu, pada aku ni tak elok. Ialah masa kau bercinta dulu sikap kau bukan main baik lg antara satu sama lain tp bila dah putus, sikap tu hilang entah kemana. Tak kisahlah salah siapa pun. Cuma jgnlah ada dendam dlm diri tu.

Seperti biasa, manusia mana tak pernah buat silap. Hari ni hari pasangan kau. Esok lusa hari pasangan kau juga. Dah tu bila je hari kau? Hari kau takda kalau kau harap2 apa yg jadi kat kau tu akan jadi kat pasangan kau pula satu hari nanti. Jangan nak perasan benda ni nk jadi kalau niat kat tu busuk bangkai.

Sempena nak masuk bulan Ramadhan ni, ada baik kalau kau saling maaf memaafkan. Kau juga dapat pahala. Memandangkan kau pye pahala puntak byk mana kn. Haha.. Aku main2 je. Sape aku nak tentukan pahala kau tu byk ke cikit. So rebutlah sebanyak mungkin ganjaran yg ada pada bulan Ramadhan ni nanti. InsyaAllah mudah di alam satu lagi nanti. Amin.

Friday, 29 July 2011

Diri Aku

Tiada siapa sebenarnya yg kenal siapa sebnarnye diri aku ni. Ckp2 kosong kata kenal aku sekian2 adalah perkara paling mengarut. Ye mmg pencipta tu tau siapa makhluk-Nya tp dikalangan insan sekeliling, belum tentu kenal siapa aku. Jgn digusarkan sbb aku sendiri pun xkenal siapa diri kau yg sbnrye.

Habiskan masa bersama tak semestinya kau dh boleh kenal keseluruhan diri aku. Jgn terlalu yakin sgt. Kalau kau tau siapa aku, kau mesti malaikat Raqib dan Atid yg mencatat segala perbuatan aku ataupun kau mesti syaiton yg sentiasa mengikut aku kemana2 sje utk menghasut aku buat itu dan ini.

Aku seorang 'pendiam' dan bukannya pedendam tp aku juga boleh jd seorang pengodam. Ok aku dh mula merepek. Aku seorang penyimpan segala rahsia. Yup.. tu pun kalau kau igtkn aku supaya rahsiakan apa yg kau nak bgtau pd diri aku sblm kau ceta rahsia kau tu. Ala kalau kau tak pesan pun, aku tetap anggap benda tu rahsia. Jgn risau la der..

Manusia ada byk karekter, watak, perangai.. aku pun cmni jugk. Kalau aku berada dgn sekian2 org, aku akan ikut 'perangai' org tu. Bergantunglah dgn keadaan. Skrg ni perangai aku mcm budak2 sikit sbb 24/7 duk jaga anak buah aku. Tgjwb beb. Nanti dh ada ank sendiri, InsyaAllah boleh praktikn sgala ilmu yg aku ada ni.

Masanya untuk memperlihatkn siapa diri sbnr lepas ni. Cukuplah dgn 'diri' yg ada skrg ni tp manusia tu sendiri akan tahu bila masa yg sesuai utk menjadi manusia yg 'sesuai' dgn keupayaan diri sendiri yg ada. Kiranya tau mengukur baju dibadan sendiri. So tamat part 1 'diri aku'.

-entry malas setakat ini-

Thursday, 28 July 2011

Kata Laluan Bawah Tanah

Betapa peri pentingnya otak kau untuk ingat paswed sendiri. Kalau kau ada penyakit alzheimer mmg kau xpayah lah nk ada fb ke, email ke, twitter ke. Buang masa wei sbb kalau kau duk asik lupa je kau pye paswed. Memanjang asik nk kene tukar.

Aku sebenarnya bukan nak ceta pasal lupa ke tak lupa, nyanyuk ke x tapi aku nk ceta pasal kongsi2 paswed ni. Kau mesti ada kekasih kn kn kn. Biasalah bila ada ada gf/bf kau mesti nak kongsi paswed masing2. Ye dak? Nak tunjuk jujur la tu antara satu sama lain. Gedik rupanya kau ni ea.

Ala aku dulu pun cmni. Dah tu kau nak kata aku gedik jugk? zzzz.. Ni dulu beb, dulu punya ceta. Pada aku terpulang pada individu tu sendiri. Kau nk kongsi, suka hati kau lah kn. Senang pasangan nk 'kawal ketat' diri kau tu. Dang! Tapi kau suke ke cmni? Ala kau pun buat jugk rupanya sebab tu kau tak kisah kn.

Aku skrg lebih suka paswed aku ni tak dikongsi. Kalau kau percaya aku, kenapa mesti nak tau paswed aku kn. Kau mesti tak puas hati betul tak? Kalau tak buat pape salah kenapa takut nk bagi paswed tu. Ni bukan takut tak takut tapi ni sebab manusia tu berhak untuk dapatkan privacy dlm hidup sendiri. Tak semua boleh dikongsi. Aku ulang, tak semua boleh dikongsi.

Dah tu kalau kau ada paswed aku, aku dh kira setia tahap sujud kaki kau la ea? Pandai betul kau kn. Ingat skrg ni nak curang cuma satu saluran je ke? Banyak cabang wei, dah macam ragam aku jumpa dengan orang camni. Tak dapat cara ni, guna cara lain. Ini bukan zaman ketuk botol der. Jangan hidup tu kolot sgt.

Kalau pasangan kau tu tak berlaku jujur pada diri kau, tu sebab dia nak jadi camtu. Kau tanya je sama ada pasangan kau ni ada skandal ke apa ke, curang sana sini ke apa. Kalau dia nk menipu, tu sebab dia memang nk menipu dan pada aku tu kira dah nasib kau dpt perangai pasangan yg cmni. Bersabar ajelah wei.

Apa yg aku buat skrg ni, aku cuma simpan paswed aku kat tempat yg family aku akan dapat cari dan nampak satu hari nanti. Kalau jadi pape kt aku, senang dorg nk bukak aku pye fb, blog, twitter, tumblr, email. Pastu aku tulih nota delete je akaun aku ni semua. Aku tamo akaun aku tu bernyawa sedangkan aku dh xda. Hei ni langkah berjaga2 la.

p/s: paswed aku semuanya sekata je. 1 paswed boleh bukak semua akaun.

Pepatah Harimau Malaya

Aku ambil dekat twitter pepatah ni, dorg mmg kreatif dlm buat ayat2 cmni. Mmg otak genius tahap pancing aweks pye. So enjoice ...

  • Walau aku selalu offside di pdg bola, namun aku tak pernah offside dihatimu.
  • Biar apek penjaga gol Malaysia, aku akan menjadi penjaga cintamu.
  • Walaupun pertahanan Malaysia lemah, aku akan tetap teguh pertahankan cinta kita
  • Walau seteguh mana tembok pertahanan Malaysia, teguh lagi cintaku padamu.
  • Tendangan percuma senang dapat, cinta percuma mana nak dapat.
  • Selaju mana S.Kunalan berlari, laju lagi degup jantung ini bila kau di sisi.
  • Segempak mana pun sayap Harimau Malaya, gempak lagi sayap cinta kita.
  • Sanggup aku merebut cintamu, seperti sanggupnya aku beratur berebut tiket.
p/s: tQvm kpd @siggplus, @akulinglung. aku main ambik je ayt dorg ni.

Captain America:The First Avenger


Captain America:The First Avenger
Movie tahun 2011 yang paling aku tunggu2.
Aku tak kisah dengan Harry Potter ke, The Twilight Saga ke,
Transformers ke, apa2 jela movie lain.
Aku kurang berminat, asalkan jangan movie ni.
Dah keluar sebenarnya kt US 22hb ritu tp
kat Malaysia lambat sikit. Biar lambat asal ada.
-I know you don't think I can do this-

Wednesday, 27 July 2011

Baik Tidak Semestinya Tidak Dibenci

Kau rasa diri kau baik? Perghh tetiba tanya soalan cmni. Yg pasti dan terjamin kau baik mcm mana pun, diri kau tetap ada orang benci. Aku tak main2 pye ckp cmni. Ada orang benci sebab diri kau baik. Masuk akal ke tak masuk akal? Mestilah masuk akal.

Orang yg benci tu mgkin sbb cemburu, ala ni kira biasalah. Mana ada kt dunia ni semua org syg kt diri kau. Mmg mustahil punyalah. Ni mmg realiti. Skrg kau dh sedar yg diri kau sbnrye pun ada org benci. Relex dulu geng.. org yg benci kau tu, kau sendri pun x kenal.

Macam artis. Kau pun mesti ada sorg dua artis yg kau benci kan? Jgn nk menipu wei. Ala kalau tak artis pun, 'kawan' kau sendiri. So artis tu pun xkenal kau tp tetiba pula kau nk benci artis tu. So mcm gitu juga lah org yg kau xknal tp org tu benci kau. Mgkin sbb kau kacak, kau lawa. Dia pun jd benci kt kau wlpn sikap kau baik.

Dah nmpk kn mcm mana ruang lingkup kehidupan kita skrg ni. Aku sndri pun taw ada org benci aku tp nk buat mcm mana kn. Dh org tu nk benci aku, lantak dia lah cane pun. Aku sndri xmintak org tu benci kt diri aku. Biasalah aku kn 'artis'. kahkahkah.

Senang cakap, ish kau ni lmbt betul nk fikir. Minum lg air kencing semut byk sgt, kan dh otak tu berkarat. Aku bg contoh mudahlah, manusia yg sebaik2 manusia. Maksum ok. Rasulullah yg paling Allah kasihi pun ada org benci. Nampak tak apa aku nk sampai kn?

So kau bygkan lah, yg kau tu cuma insan yg jup buat baik jup lagi buat jahat. Kira pukul ratalah pahala dosa kau tu. Mesti konpem pyelah ada org benci. Yg baik sungguh mcm Rasul pun ada org benci, ni kn lg diri kau.. Skrg ni kau terimalah keyataan kehidupan realiti yg sbenar2nya.

Melakukan kesilapan itu manusia dan
memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan

Hidup Seorang Kambing

TAKNAK JADI KAMBING, RAJIN2LAH KOME MANDI

Not In The Mood

Tuesday, 26 July 2011

Berbicara Soal Cinta

Soalan, apa pentingnya cinta dalam kehidupan kau? Yup soalan untuk kau, bukan untuk aku. Kepada yang tak pernah bercinta, baru nak bercinta, sedang bercinta dan pernah putus cinta. Aku memerlukan apa pentingnya cinta itu? Aku harap akan dapat satu jawapan yang memuaskan hati perasaan aku.

Pada aku, tapi sebelum terlupa aku sangat2 tau akan perihal cinta manusia sesama pencipta iaitu Allah yang satu itu lebih mulia. Aku tak terlalu bodoh untuk tidak tahu akan hal ni. Apa yang aku nak tau pasal cinta sesama manusia ni yang berbagai rencah sekarang ni.

Apa nilainya cinta ni kalau sekadar untuk suka2? Apa nilainya cinta ni tapi separuh jalan dah putus? Apa nilai cinta ni kalau tiada matlamatnya? Apa nilainya cintanya ni kalau kau sendiri tak tahu nak menilaikannya.

Manusia sanggup buat apa saje untuk mendapatkan cinta sesama manusia. Kenapa perlu sampai ke tahap macam ni? Bukan lebih patut ke mengejar cinta itu sekadarnya sebab kalau tak dapat apa yang dicintai tu nanti, xdalah sampai kecewa tahap tujuh petala langit.

Bingung sebenarnya dengan permainan cinta ni. Seoalah2 tiada penghujungnya. Padahal cuma benda yang sama yang berputar tapi berlainan insan yang menghadapi. Kenapa manusia tak belajar dari kesilapan manusia lain yang kecundang dalam hal bercinta? Kenapa mesti coraknya tetap sama.

Bercinta, lepas tu bersayang2 apa bagai. Yang berjaya sampai ke anak cucu tu taniahlah tp kalau yang terkandas tu, mulalah salahkan satu sama lain. Bergaduh apa semua. Bukan ke sebelum bercinta tu dah berjanji dengan lafaz lautan api sanggup di redah. Hei mana semua janji tu? Manusia bukan, insan yang paling lemah tapi masih lagi tak malu mengaku diri tu kuat.

Aku tinggalkan banyak persoalan. Seharusnya begini sebab ilmu aku tak melangit mana pun. Secara jujurnya aku tersangat dangkal dalam hal bercinta. Mana pernah ilmu bercinta diajar di sekolah mahupun universiti. So memang aku tak tau, kalau tau pun cuma secebis yang tak layak untuk dibuat berhujah.

Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman

Rindu Awak

Nama gf aku ni pelik sikit. 'Kiira Korpi'.
Kalau korg layan sukan ais korg mesti kenal sape gf aku ni.
Gf aku ni figure skater. Asal mana? xkn pakistan kot.
So lepas ni jgn dtye lagi sape gf aku. Araso!

Lidah Haruslah Lembut

Jangan pernah sekali kau melepaskan kata2 yang kau akan menyesal seumur hidup kau. Kalau kau marahkan seseorang tu teruk macam mana sekalipun, jangan kau suka2 maki hamun orang tu sebab kau sendiri tak boleh nak ramal masa depan.

Sama juga kalau kau tak suka seseorang tu, jangan kau guriskan perasaan orang tu dengan kata2 kau tu. Jangan berkata apa2 langsung. Sudahlah kau tak suka orang tu, kau tambah lagi dengan kata2 kau yang sungguh 'membunuh'. Kalau orang tu tak maafkan kau, tak tau lah aku cane nasib kau kelak.

Hari ni kau maki hamun, kau hina orang tu tapi esok lusa kau tak tau lagi keadaannya macam mana. Silap2 orang tu bakal bos kau dekat tempat kerja nanti. Silap2 dari orang tu juga yang kau perlukan pertolongan. Hati2 dalam berkata, kau tak belajar ke masa sekolah dulu 'terlajak itu boleh diundur, terlajak ini matilah diri kau'. haha~

Kau jadilah manusia yang baik mulutnya. Bukan susah pun. Cuma diam, ye cuma diam. Senang je kan sebab lagi banyak kau bercakap guna emosi, lagi banyak silapnya. Lagi banyak silapnya, lagi banyak dosanya. Lagi banyak dosanya, ke nerakalah tempatnya.

Mulut itu gunanya untuk berbicara dengan sopan santun, untuk bertutur dengan lemah lembutnya. Bukanya untuk berpuaka tak tentu pasal. Mesti mulut kau ni lidahnya bercabang bukan? Macam takda kaitan je. Biarlah mana2 pun. Aku nak tulis main hentam je ni. Bukannya karangan aku nak hantar dekat cikgu BM pun.

Hentam2 pun tapi ada isi apa kat atas tu. Sikit pun sikitlah kan, janji ada. Huhu.. So jangan cuba nak buat kesimpulan membabi buta. Tak elok amalkan sikap babi yang suka menyondol-nyondol ok. Hidup ni kena tenang2 selalu. Kan ke aman jiwa kalau hidup selalu tenang bak angin pagi. Kalu tak hujanlah pagi tu.

i still remember the first day i met you

Monday, 25 July 2011

#2 Laughter, The Best Medicine

Timah merajuk kerana suaminya Kutil terlupa
beli coklat semasa pulang dari kerja. Mereka
suami isteri tak bertegur sapa sampai ke malam.

Timah masih lagi menonton televisyen,
sedangkan Kutil sudah mengantuk.

Sebelum tidur, Kutil menulis nota yang berbuyi
'esok awak kejutkan saya 6.30 pagi'
dan meletaknyadi atas meja sebelah katil.

Sedar2 keesokan paginya hari sudah cerah,
bila Kutil memandang ke jam dinding,
waktu menunjukkan 8.30 pagi.

Dan di atas meja katil, Kutil terlihat satu nota lain.
'awak dah jam 6.30 pagi, sila lah bangun'.

Siapa Kawan Siapa Lawan

Aku tahu kau ramai kawan, kawan2 kau pun macam2 ragam. Ni kira adatlah kan. Mana ada manusia perangai masing2 sama je. Hari ni kau jumpa perangai kawan kau yang macam ni, esok pula kau dapat perangai kawan yang tak macam semalam. Asam garam dalam dunia hidup kaulah kiranya ni. Best apa setiap hari kau sendiri dapat pengalaman baru. Pengalaman menghadapi kerenah perangai yang entah apa2 entah. haha..

Hatta kau ni cuma ada seorang kawan je pun, ialah kau kan tak popular. So siapa je nak berkawan dengan kau. Kesian kau kan tapi takpe sekurang2nya kau ada juga kawan. Walaupun kau ada seorang je kawan, kau tetap juga akan menghadapi pelbagai kerenah ragam dari kawan kau ni. Baru sorang, kalau empat belas orang? Pening kepala kau nak melayan gila meroyan dorang ni semua. Betul tak?

Panjang pula aku punya mukahdimah. Masuk isi terus jela. Kalau kau ada kawan yang cikit2 suka mengadu dekat kau, takpe kau anggap je ni sebagai ujian. Kau pun bukannya busy mana pun kan. Dengar ajelah kawan kau tu nak mengomel. Kesian kat dia wei, nak mengomel kat mak ayah dia malu. Kira kau ni dia dah anggap macam mak ayah dia. Kau tak rasa bangga ke walaupun bukan kau yang melahirkan dia. pewitt.. bangga seh! hahaha..

Ni masalahnya sebenarnya, kawan kaunya tu bukannya betulnya. Bape banyak 'nya' lah. Ingat kawan kau tu sentiasa betul ke. Kau ni pun satu juga. Hipokrit ya alam betul. Dah kawan kau datang mengadu tu, janganlah kau sokong semua masalah dia tu. Konon2 nak bagi sokongan padu la tu. Buanglah kau punya sokongan palsu tu. Muka kau memang buat plastik surgery ea? Dah tu yang kau berpura2 depan kawan kau tu kenapa? Dia dah lah iktiraf kau macam mak ayah dia, kau pula buat dia macam anak tiri. kejam2...

Kau jangan nak angguk je kata betul2, setuju2 dengan semua ngomelan kawan kau tu. Setiap ngomelan dia tak 100% betul. Kau kalau betul kawan sejati, kayu jati, burung merpati apa bagai, kau terus terang bagitau jujur dekat kawan kau tu. 'Hei der, kau pun tak betul jugalah, bla bla bla'. Kau pun ngomel je semula dekat dia. Takkan lah mak ayah nak bagi nasihat dia tak mau dengar. Hahaha..

Kalau kawan kau ni tak dapat terima kata2 suci dari kau, maknanye dah terang lagi jelas yang kawan kau datang pada kau cuma nak mengadu masalah dia bagi kau terasa beban juga. Dia cuma mengambil kesempatan pada telinga kau yang sedang 'beristeri' rehat tu. Apa kejadahnya ni kalau dah mengadu tapi tamo respon. Baik mengadu dekat pokok betik sana. Ye pokok betik, sekurang2nya takda lah hina sangat dari kau mengadu dekat mangkuk tandas.

Kau takda kawan yang macam ni pun takpa. Aku kan ada, aku sudi je jadi kawan kau tapi aku tak sudi kalau kau dah niat nak berkawan dengan aku sebab nak mempergunakan diri aku. Memang kau bakal aku humban kat laut dalam sana. Kadang2 seorang kawan itu lebih baik dari seribu kawan.

Cuba tengok friend list kat facebook korang tu, ada sampai seribu? haha.. Sekarang kau dah tau berapa ramai kawan kau ada. Sekarang kau tengok pula berapa ramai yang suka komen kat wall kau tu. Puas hati? Ni lah kawan2 kau yang sentiasa ambil berat dekat diri kau walaupun komen dia seminggu tu cuma satu. Ambil lah berat sangatkan. hehe.. Peace yo!

p/s: Yang suka 'like' tu kira baguslah. Sekurang2nya dia baca apa yang kau post kat wall tu. Kalau dia bacalah. 'bersangka baik'.

Sunday, 24 July 2011

Laughter, The Best Medicine

Dua orang pekak berselisih. Melihat kawannya segak
berbaju batik dan rambut sikat belah tepi, si kawan lalu
bertanya, "Segak nampak, nak pergi stesen bas ke?"

Kawannya lalu jawab, "Taklah, aku nak pergi stesen bas."

"Owwhhh... ingatkan engkau nak pergi stesen bas," balas
si kawan tadi dan berlalu pergi.

Si Mambang Busuk Hati

Biarlah orang tu berjaya, yang kau cemburu tu pasaipa. Tak habis2 dengan sikap iri hati tak kena tempatnya kau ni. Orang itu berjaya sebab dia berusaha. Kau pula? Hendak rangkul anugerah berjaya berjaya kategori iri hati ke? Atau lebih tepat lagi busuk hati. Ish2 sudah2 lah tu yob..

Serius punyalah orang macam ini bersepah sana sini. Ada je dekat sekeliling kita. Silap2 kawan kita sendiri yang hari2 kita duk bersembang dengan kita. Orang macam ini memang tidak boleh tengok orang lain senang sikit. Mulalah dia hendak mainkan peranan penting dia tu. Pentinglah sangatkan tapi cara orang ini memang laju. Dia tidak akan berlengah2 punya untuk jalankan misi dia ni.

Aku rasakan, kau ini memang khadam sejati kepada syaiton itu agaknya. Sanggup pula itu buat kerja hina macam ini. Kau jual jiwa kau apa dekat syaiton tu? Macam tiada benda lain agaknya hendak dibuat. Ish2 senang betul diri kau itu dihasut. Lembik punya jiwa raga. Cuba kau jangan ikut cakap tuan kau itu. Bangang! Kan aku sudah meroyan. kahkahkah..

Hairan aku, kenapalah setiap kali kau bermulut jahat, bau busuk tidak keluar dari mulut longkang kau itu? Senang sikit orang hendak tahu masa itu kau sedang berbusuk hati. Hurm' itulah khadam, entah bila entah kau hendak bertaubat nasuha. Ikutkan hati aku hendak je tolong jahitkan mulut kau yang longkang, parit, loji najis apa bagai itu. Aman sikit dunia ini. Ye dak..

Tidak kemana wei dengan peragai gila iri hati kau itu. Lebih baik mulut kau berzikir ke, berselawat ke, takpun baca al-Fatihah untuk diri kau sendiri tiap2 hari. Kan ke ada faedahnya dari kau hendak membusukkan nama orang lain. Kau kalau perangai berterusan macam ini, aku tak boleh hendak kata apa lagi selain kata yang diri kau tu memang mambang puaka.

Saturday, 23 July 2011

Benda Sekadarnya

Aku dah kehilangan lesen tiga hari rasanya tapi aku buat tak tahu. Mula2 tu aku rasa 'takut' juga, ialah mana nak tahu nasib kita tak baik atas jalan raya nanti, tapi bila aku cari tak jumpa juga, terus aku biarkan. Aku 'malas' nak buat gambar, pergi jpj apa semua sebab hati sanubari aku ni kata nanti mesti jumpa punyalah lesen aku tu. Tawakal je bila atas jalan raya tu nanti.

Kenapa aku buat endah tak endah? Kau kalau hilang barang sepatutnya mesti dah mengelabah tak ingat. Macam cacing kepanasan, ialah barang pentingkan. Betul tak? Contohlah satu hari tu telefon kau yang mahal sangat tu rosak ataupun hilang. Aku berani kata yang kau mesti jadi orang sasau punyalah. So kau ikhtiarlah macam2 cara punyalah supaya rutin harian kau tak diganggu gugat dengan masalah ni.

Gila apa telefon takda, gf/bf nak contact tak dapat. Kau nak memadu kasih dengan gf/bf kau terbantut, lagilah sasau kau dibuatnya kn kn kn. Huhhh.. mati2 aku ingatkan apalah, rupanya sasau tak dapat contact kekasih hati sebab telefon buat hal. Kalau sebab tak dapat contact mak ayah bolehlah juga terima.

Dalam hal ni kau pun belilah telefon baru (kalau ada duit lebih) takpun pinjam telefon sesiapa dulu. Kau punya kesungguhan tu dah nampak, bagus betulkan. Macam nyawa pula telefon tu. Apa kata jantung kau, tukar je dengan telefon tu tapi macam tak logik pula bunyinya. Aku tertanya2 sebenarnya, kenapalah kau 'berjuang' bermati-matian sebab hal remeh temeh ni?

Bayangkan yang kau bangun pagi lewat, maklumlah hari cuti takda buat apa2. Jam dah terpacak angka sebelas dua belas baru kau bangkit. Lepas tu kau mandi, makan apa semua. Kalau hari ahad lagi best, kau bangun2 dah siap semua kau pun tengok melodi. Sukanya kau tengok hal artis bergosip sana sini. Tengok punya tengok melodi pun habis 1.30. So kau dapatlah sikit ilmu pasal artis hari ahad tu.

Sedar tak sedar kau dah terlepas Subuh rupanya. Peliknya, kau tak rasa nak ganti pun solat Subuh yang 'terlupa' nak buat tu. Kenapalah solat Subuh ni nilainya tak sama macam harga telofon kau tu ea? Selamba je kau tak rasa apa2 kan. Hebat betul mu ni.. hebat hebat. Padahal Subuh ni nilainya lebih besar dari barang kau yang entah apa2 entah tu.

Rugikan sebab kau lebih pentingkan benda yang tak menjamin kau lepas mati nanti. Kadang2 hal macam ni nampak mudah tapi diri kau sendiri yang menyukarkannya. Selagi kau ada masa hendak perbaiki, lebih baik kau perbaiki. Kenapalah manusia ni dah terhantuk baru nak sedar. Kalau gitu apa kata aku tolong hantukkan kepala kau hari-hari. Boleh???

Pape pun tepuk dada tanyalah minda. Selamat beramal kawan-kawan.

Friday, 22 July 2011

Jodoh Jauh Pasti Datang Akhirnya

Perlu ke dikhuatiri kalau diri kau lambat kahwin? Tidak perlu rasa kagetlah. Ni semua dengar2 cakap oranglah tu. Bukan orang yang banyak mulut tu yang nak kawen, diri kau sendiri yang nak kawen. Pedulikanlah apa pun yang orang nak kata. Lambat laun kau tetap kahwin juga. Diri kau je yang x sabar. Pasaipa kau tak sabar ye? Bagitaulah pada aku. Boleh aku tambah ilmu di dada ni.

Kau xda jodoh sampai sekarang ni, bukan sebab kau tak laku. Relex la. Pasangan kau je yang tak berjumpa dengan kau lagi. Kau tunggu jela dia datang, mesti dia datang punyalah. Tak esok, lusa. Tak lusa, minggu depan. Ala kau tunggu je. Sambil2 tu kau doa2 la. Doa dan doa ikhlas adalah dua perkara yang berbeza ok.

Kau doa tapi dalam masa sama kau ngumpat sana, kau ngumpat sini. Pastu masa solat pun satu hal juga. Memanglah kau solat tapi kau solat lewat. Cuba bila masuk waktu je kau terus solat. Ni tak, solat sentiasa lambat. Allah tu duk tunggu je kau. Pastu kau pula ada hati minta Allah macam2. Minta dipercepatkan dapat jodohlah, dapat itulah dapat inilah. Kau ingat ni janji dengan sesama manusia ke?

Dengar ni, apa yang telah diberi oleh Allah lebih banyak daripada apa yang kita pinta. Ni pun kau xreti nak bersyukur. Tahulah Allah tu sifat-Nya Maha Pemurah tapi janganlah kau ambil kesempatan. Dengan manusia kau nak ambil kesempatan, xkn dengan Allah pun kau nak ambil kesempatan juga. Berani betul kau ye sekarang. Tak tahu takut ke?

Kau buatlah segala perintah Dia, InsyaAllah jodoh tu akan datang cari kau, kau pun sama2lah cari. Buat2 xpaham pula. Bila sama2 cari, dengan izin Dia kau berdua akan ketemu. Allah tu kan Maha Adil. Kau pasti dapat yang baik walaupun tak terbaik. Janganlah demand sangat. Tak kahwin terus baru kau tahu.

Jangan nak dapat yang sempurna sangat, kau tu pun bukannya sempurna sangat pun. Apa tak betul ke aku cakap ni? Kalau kau sempurna, kau bukan manusia sekarang ni. Manusia memang xda sifat sempurnanya. Kalau yang datang tu biasa2 je tak seperti apa yang kau harapkan, kau jangan risau. Kau pun tak seperti apa yang pasangan kau tu harapkan sebenarnya. So sama2lah bersyukur. Ye dak...

Nanti dah kahwin, kau tak pandang semua tu, yang penting masing2 betanggungjawab antara satu sama lain. Ni yang paling penting. Kalau muka kacak tapi pemalas buat apa. Nak harapkan muka bak sinaran bulan. Lama2 kerepot juga. So bersyukur jela ok. Aku pun tak suka nak pot pet pot pet, dah gaya mak nenek dah nanti. Pape pun, jangan kedekut bersedekah. Makin banyak kau bersedekah makin murah rezeki kau. Rezeki nak dapat jodoh tu beb. Amin~

Bayangan Silam

Lupakanlah segala yang telah berlalu. Tiada apa yang perlu dikenang. Hidup ini bukannya mengundur kebelakang. Jam sekalipun bergerak mengikut aturannya. Manusia terkadang terlalu suka bermain dengan emosi yang sia-sia, yang tiada faedahnya lagi.

Ok, aku rasa setakat ni kot aku menulis dalam bahasa berbelit tapi aku suka mainan bahasa. Buat aku terfikir-fikir maksud yang hendak disampaikan. Kalau ada para gadis, janda muda yang begini, sekelip mata aku jatuh hati dengan wanita sedemikian. Berborak nanti pun mesti guna bahasa kiasan. Tak ke otak pening berselirat nak fikirkan maksudnya tapi dalam masa sama mencabar minda. Dah macam mainan teka silang kata pulak.

Aku bukan tiada idea, macam2 dalam kepala ni ada. Cuma rajin dengan tidak rajin jela. Lagipun aku lebih suka layan anak saudara aku yang sorang tu. Boleh ajak dia bergaduh bergusti apa semua. Lagipun manalah orang suka baca benda yang berselirat sana sini. Kalau 100 yang baca, yang minat cuma sorang. Rasa2 aku beginilah agaknya.

So lepas ni akan ada entry kelakar loya buruk loya tekak semua. Macam blog yang aku yang satu lagi tu. Baca pun santai je tapi makan dalam sebab tepat ke sasaran aku tujukan setiap cerita tu. Ramadhan pun dah nk hampir. Kene terujakan diri macam nak makan coklat. Jgn asik nak jumpa bf/gf je teruja tapi bila nak jumpa Ramadhan, tak rasa apa2 dalam hati tu. Malangnya hidup cmni.

you know, i am so romantic sometimes.
i think i should just marry myself.

Thursday, 21 July 2011

Sang Pencari Rezeki

Berhentilah mengeluh akan pekerjaanmu itu wahai sang pencari rezeki. Kedengaran suara sumbangmu yang semakin hari semakin jelik bunyinya. Tiadakah rasa bersyukur kamu akan apa yang kamu perolehi ketika ini? Ketika kamu mengeluh saban hari tanpa henti, Allah masih lagi memberi rezeki kepada dirimu itu. Adakah kamu lupa pekerjaanmu itu sekarang merupakan rezeki untuk kamu meneruskan hidup? Malangnya hidup kamu sekiranya kamu hanya mendapat lelah semata-mata akan dari pekerjaanmu itu.

Begitu ramai lagi yang berada diluar itu dahagakan tempatmu itu. Namun begitu angkuhnya kamu dengan jawatan besar mahupun kecil yang kamu ada sekarang ini. Sudahlah kamu lupa akan bagaimana bersungguh-sungguhnya diri kamu untuk mendapatkan pekerjaan suatu ketika dulu tapi pabila telah kamu perolehi, kesyukuran itu makin hari makin hilang entah ke mana. Begitu hina sekali menjadi manusia yang lupa diri ini.

Ingatlah bahawa rezeki yang kamu perolehi saban bulan itu datangnya dari-Nya. Malulah dirimu wahai sang pencari rezeki akan sikapmu yang sudah lupa apa erti nilai syukur. Lepaskanlah pekerjaanmu itu sekiranya kamu masih lagi terus mengeluh. Apa guna merungut saban hari dengan apa yang kamu buat. Bukankah itu yang kamu mahukan pada mulanya. Tiada faedahnya sekiranya kamu masih kekal di situ.

Kamu sekadar membuang masa dan tenaga tanpa mendapat apa-apa ganjaran untuk kamu bawa ke alam lain suatu hari nanti. Kamu sekadar mendapat penat lelah yang sama dari rutin harian kamu yang sama juga. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan imbuhan bulanan yang kamu perolehi setiap bulan kerna ianya sekadar imbuhan dunia semata-mata. Tiada nilainya di situ wahai sang pencari rezeki.

Berhentilah merungut, jadilah manusia yang selalu bersyukur walaupun kamu benci mahupun bosan pekerjaan kamu tika ini kerna dari pekerjaan itulah kamu masih lagi dapat meneruskan hidup. Dapatkanlah sebanyak mungkin pahala daripada pekerjaan kamu itu. Bukankah ini lebih berharga pabila kamu mendapat dua imbuhan, satu di dunia dan satunya merupakan bekalan tiket kamu ke syurga kelak. InsyaAllah. Selamat bekerja wahai sang pencari rezeki.

Wednesday, 20 July 2011

Tinggal Selamanya Kegelapan

Ada dengan apa cahaya terang. Semestinya ramai yang tidak sukakan kegelapan. Dalam mencari cahaya yang lebih terang setelah kegelapan membendung diri sekian lama akibat awan gelap yang rakus terus menerus berada di dalam diri, pasti terdapat seribu satu pancaroba. Masakan mungkin boleh begitu mudah terlepas dengan sesuatu yang sedia sebati dalam diri akibat ketidakupayaan sendiri melepaskan diri. Bagaimanapun inilah masanya, inilah peluangnya.

Bila sinar cahaya itu datang dengan sendirinya, hati begitu melonjak kegembiraan namun masih lagi berasa was-was akibat tidak yakin apakah sebenarnya diri mampu mengapai cahaya yang sinar lagi bersinar akan kemilauannya itu. Tiada siapa yang pasti untung nasib sendiri sekiranya takut untuk mencuba. Gagahlah diri itu kerna pasti Dia akan membantu sekiranya niat itu lurus demi jalan-Nya.

Tiada masa lagi untuk ditoleh kebelakang. Sampai bila harus begini, mencaci diri sendiri. Diri itu mulia sebenarnya, biarlah dipandang hina sekalipun asalkan ianya tidak memberi kesusahan kepada yang lain. Bergeraklah kehadapan kerna langkah itu sudah lama diam membisu keletihan sarafnya. Jangan difikirkan kedua kalinya, ianya sekadar membazir masa yang sudah tersedia bazir sejak kian lamanya.

Ucaplah selamat tinggal selamanya kepada kegelapan suram itu. Bersedia untuk menjalani kehidupan di dalam cahaya nan terang lagi membahagiakan. Diri itu sememangnya berhak ke atasnya cuma antara yakin tidak yakin. Sekiranya cahaya itu mampu berbicara nescaya halwa telinga pasti dapat mendengar laungan nama diseru setiap hari tanpa jemu. Cahaya begitu teguh menanti kedatangan itu datang tanpa sedikit keluhan dalam diri.

Berjanjilah menghargai diri sendiri selepas berada dalam cahaya terang supaya tidak kembali hidup dalam kegelapan semula. Bangkitlah dari lena yang panjang, lena yang banyak pura-puranya. Dan ingatlah jangan sesekali ditunding jari itu menyalahkan sesiapa, akuilah kesilapan itu sendiri demi tidak menyakitkan hati yang lain.

Kecewa Jangan Panjang

Sebolehnya dan sepatutnya semua rasa yang pedih tidak perlu ada di dalam hati ini. Jangan rasa itu semua milik kita. Ianya sekadar sementara kerana pada bila-bila masa Allah boleh mengambilnya. Untuk tidak merasa derita dalam hidup, jangan rasa memiliki sesuatu kerna kita hanya peminjam bukannya pemilik. Seringkali kita merasa marah kerana sesuatu itu terasa seperti dirampas! sedangkan semuanya milik Allah, kita hanya memikul amanah dan menjaga titipan Allah itu.

Benar, orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Semestinya kita pernah diajar untuk mencintai sesuatu itu sekadarnya sahaja namun kita lupa akan ajaran ini akibat terlalu taksub mencintai. Bagi yang sedang atau telah merasinya, ingatlah bahawa itu petanda hati kita telah digamit Allah untuk mencintai-Nya. Jika kita betul-betul mengamati, benarlah bahawa putus cinta sesama manusia kekadang mengajar kita untuk mula mencintai Allah secara serius dan fokus.

Pada zahirnya kita mungkin kehilangan tetapi jika kita benar-benar yakin dengan janji Allah, kita pasti akan menemui sesuatu yang lebih berharga dalam diri kita sendiri. Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Pada awalnya kita rasa sukar untuk menerima hakikat kerna pandangan kita amat terbatas tetapi pecayalah kita tetap ada Allah.

Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya. Katakan, dia yang pergi itu itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tetapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang walaupun kiranya tidak dalam bentuk yang kita jangkakan. Rahmat Allah memang begitu tingginya, kekadang Dia memutuskan untuk menyambungkan.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti seorang kekasih yang mengecewakan. Putus cinta ini ada adalah rahmat yang tersirat, Allah menjemput untuk mencintai-Nya. Sedarlah bahawa Allah sentiasa mengasihani kita. Sebaliknya Dialah yang sering kita sia-siakan selama ini. Ya putus cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya.

Beginilah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah Yang Maha Luas. Peri pentingnya dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, iman mesti dikukuhkan dalam dada. Cintailah Dia, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita.

sumber: solusi (panduan hidup bersyariat)

Tuesday, 19 July 2011

Merantai Kuat

Jangan dipaksa mengikut keinginan demi nafsu sendiri. Belajarlah menerimanya hatta ia pahit kelat sekalipun. Walaupun permulaan nampak akan kesukarannya tapi yakinlah itu hanyalah sementara, percayalah prosesnya akan bergerak mengubah keadaan seiring membentuk diri menjadi bertambah matang. Inilah yang dipanggil kehidupan.

Sekiranya rantai itu masih lagi kuat gengamannya pasti rumit akan menanti di depan. Pabila keadaan berterusan begini maka kucar kacirlah masing-masing menjadi bukan diri sendiri. Tiada mana-mana pun mahukan kehidupan yang bercelaru dalam hidup seharian ini apatah lagi mendepani dengan perasaan kecamuk sehingga tiada tinggal lagi nilai baik dalam hidup walaupun sedikit.

Lepaskanlah, bebaskanlah, dan biarkanlah ia pergi membawa haluan mengikut keinginan rentaknya sendiri. Ini adalah jalan yang mudah dari menyimpan dengan cara kedegilan diri. Apa lagi mahu dikusutkan, longgarkan ikatan rantai itu. Jangan diseksa dengan kurungan yang maha sakit itu. Apakah diri sendiri juga rela sekiranya dirantai kuat, pastikan tidak sama sekali. Senang untuk dimengerti sifirnya bukan.

Jalan itu masih lagi jauh penamatnya. Jangan disempitkan fikiran dengan kedangkalan nafsu. Berfikirlah dengan fikiran hati kerna ianya pasti membantu dalam membuat keputusan terbaik dalam hidup ini. Jadilah diri yang bermaruah dan dipandang dengan rasa hormat kerna ianya akan meninggalkan nama yang baik kepada keturunan kelak. Bantulah diri sendiri walaupun sukar mana sekalipun. Diri ini tinggi nilainya dan jangan sesekali dipersia-siakan.

Sabarlah Dalam Bersabar

Api itu sudah tentu panasnya pasti membuatkan kulit menjadi sakit pabila terkena akannya. Begitu juga dengan sifat marah dalam diri. Acapkali hilangnya waras berfikir, segala sifat sabar dalam diri itu hilang serta merta entah kemana. Begitu kuatnya unsur kemarahan yang ada dalam diri seseorang sehinggakan sukar untuk tidak dikawal kesabaran dirinya itu.

Paksikanlah kekuatan sabar dalam diri itu kerna ianya pasti menjadikan kita sebagai insan mulia. Sememangnya tiada akan untungnya seseorang yang berada dalam keadaan amarah lagi benci, ianya lebih memberi kebinasaan bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan insan yang berada disekeliling turut terkena akan tempiasnya.

Sabarlah dalam bersabar menjalani kehidupan seharian. Sekiranya kita sabar pasti segala urusan menjadi mudah seperti air sungai mengalir walaupun rintangan di depan terlalu padat untuk dilalui air tersebut setiap hari. Begitulah kehidupan pada hari ini, dengan sabar kita pasti dapat memperolehi sesuatu itu sama ada pantas ataupun perlahan namun pastikan ianya masih dalam landasan terhadap jalan kepada-Nya.

Mengekalkan kesabaran itu juga diakui tidak terlalu mudah seperti menghirup udara namun kentalkan jiwa itu agar tidak mudah berputus asa. Melahirkan jiwa yang kental memerlukan kepaduan iman yang teguh dalam diri. Carilah, belajarlah, amalkanlah segala ilmu-Nya dalam melatih diri supaya iman itu sentiasa mekar ibarat cahaya matahari. Ilmu-Nya sangat luas, dengan itu bersabarlah dalam mendalami segala ilmu-Nya tak kala nyawa masih di jasad.

Monday, 18 July 2011

Peluru Luka

Hari ini aku dipeluru 'ayat' tepat ke hati. Sakitnya sudah pasti tapi aku gagahkan juga untuk teguh berdiri. Aku tidak memaksa apatah lagi cuba menyeksa diri ini. Semestinya aku sedar yang aku hanyalah insan longlai itu, mana mungkin aku mengeluarkan taringku berpura-pura aku adalah si penghisap darah yang rakus akan dahaga cecair merah itu. Realitinya aku bukan watak itu, sama sekali bukan aku sekiranya begitu.

Aku diseksa disetiap sudut tanpa sebarang perisai melindungi diriku yang diasak bertalu-talu tanpa henti sejak sekian waktu itu, namun aku beranikan diri menahannya dengan tubuhku yang telanjang ini kerna aku lebih rela menerima asakkan peluru menjamah setiap inci tubuhku agar aku sendiri dapat merasai sakitnya itu.

Bekas-bekas luka daripada kesan peluru itu bukti aku menanggungnya terlalu lama, namun aku sama sekali tidak akan mengeluh kerna aku tahu aku seorang yang tabah hatinya. Pabila aku disakiti dan sakit ini masih lagi terasa akan bisanya, aku hanya bisukan diri ini tapi tidak bermakna bisuan aku ini menunjukkan aku berada dalam ketakutan. Tidak sama sekali.

Suatu masa nanti pasti peluru ini akan aku pulangkan bersama-sama kelongsongnya ke tempat asal datangnya itu. Aku tidak gelarkannya sebagai balasan kesumat tapi aku kembalikannya supaya dapat memberi keinsafan agar permainan ngeri ini tidak berlanjutan tanpa hala tujunya. Aku akan pastikan ianya bernoktah buat selama-lamanya. Biarpun aku merupakan mangsa yang terakhir kalinya namun aku pasrah bahawa inilah takdir hidupku.

Saturday, 16 July 2011

Pengembaraan Bermula

Ini sangat2 cool beans. Pape pun salam perkenalan dari aku untuk sekalian rakyat jelata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...