Pages

Saturday, 31 December 2011

Sedih 2011. Tinggal Kau Selamanya

Apa nak cerita sebagai penutup buku 2011? Kalau nak dikumpulkan dari Januari hingga ke Disember memang ada 1001 cerita dalam cerita. Ada pahit ada manis ada tawar ada masin. Kehidupan ni kalau manis senantiasa, bukan kehidupan namanya.

Seterusnya sila baca dengan perasaan sedih. Apa rasa bila hati dihancur remukkan dengan selumat-lumat hancuran. Mana bisa dapat dibayangkan hati itu hancur kecuali diri sendiri yang merasainya sendiri. Tahun 2011 adalah tahun kesedihan dalam hidup aku. Kenapa?

Aku seorang perahsia. Kerat rambut aku sekalipun, aku takkan sesekali bocorkan rahsia lebih-lebih lagi rahsia diri aku. Kecuali pada insan yang benar-benar aku percayai saja yang tahu akan rahsia aku. Mudah je, kalau kau seorang yang jenis tak tikam belakang maka kau boleh dipercayai.

Ibaratnya begini, kau punyai barang berharga iaitu sapu tangan. Jangan ditanya kenapa bukan kereta mahupun rumah. Cukup sekadar sapu tangan. Dan kau serahkan sapu tangan ni kepada seseorang untuk disimpan kerna kau percaya akan orang itu pasti akan menjaganya dengan baik.

Namun satu hari yang kelam, sapu tangan tersebut keciciran bukan sebab disengajakan tapi manusia itu sendiri tidak sempurna sifatnya. Sesuai bukan alasannya begini? Katakan ya. Ok sudahlah keciciran, segera pula diambil insan lain yang bukan sengaja terjumpanya tapi sudah menunggu saat keciciran itu.

Maka sapu tangan berharga ini beralih tangan. Secara logiknya adakah kau akan salahkan seratus peratus kepada orang yang kau percayai itu dengan serta merta? Aku tiada jawapan kerna aku sememangnya tiada jawapan. Aku cuma menimbulkan soalan kepada soalan. Kenapa? Ya kenapa?

Diharap cuma, 2012 akan memberi lebih kekuatan kepada aku untuk menimbuskan kesedihan 2011 dengan jalan atur lebih mencabar agar aku timbusnya untuk selamanya supaya akal tidak mengenangnya lagi seperti bayang-bayang ikut. Bahasa purba kala aku guna ni. Habis terhoyong hayang.

p/s: Akan ku rantainya kuat-kuat agar ianya tersemat rapi menjadi rahsia sanubari.

Thursday, 29 December 2011

Fenomena Tentang Dhia


Assalamualaikum. Pertama kali rasanya aku beri salam bila menulis. Dalam entri sebelum ni rasanya belum pernah lagi. Permulaan yang baik. Apa topik hangat malam ni? Tak lain tak tidak Tentang Dhia. Pokoknya apa yang aku nak cerita pasal Tentang Dhia ni?

Ini mudah. Aku punya timeline dekat twitter penuh dengan topik drama ni. Dekat facebook pun lebih kurang tapi aku buat endah tak endah sebab aku bukannya kaki tv lagi sekarang ni. Aku tengok tv cuma bila ada game bola yang membabitkan Manchester United je. Sedih bukan. Aku tak cakap aku anti cerita Melayu cuma aku punya minat nak duduk depan tv dah tak macam dulu lagi. Aku perasan benda ni sejak sambung belajar. Lama-lama dah tak heran bila tak tengok tv. Kadang tu ada juga ketinggalan isu-isu menarik.Sedih juga bila tiba benda-benda camni. Nak buat macam manakan.

Berbalik pasa topik asal Tentang Dhia, tadi aku cuba-cuba beranikan diri nak tengok sebab desakan bertalu-talu dekat twitter yang kata episod akhir mesti kena tengok.Ada yang buat ramalan sekian-sekian apa yang bakal terjadi apa semua. Dengan sebab ni aku nekadkan diri nak tengok juga. Mula-mula je aku dah terperanjat sebab episod akhir ni 30 episod. Ye 30 episod.

Aku tertanya-tanya macam mana peminat drama ni boleh bertahan tengok sampai 30 episod? Aku memang tak larat. Serius kata punya tapi aku paham perasaan minat tu sebenarnya sebab aku pernah alami situasi cmni. Kali terakhir aku tengok drama episod meleret-leret ni masa sekolah dulu kalau tak silap. Aku layan cerita Mis 3 Hermanas yang perempuan nama Lisa Estradas tu. Telenovela dari Venezuala. Macam orang sasau pun ada bila tengok cerita ni. Sanggup terpacak depan tv apa bagai. Memang dah tahap hardcore dah masa tu.

Ok abaikan kisah aku, cuma yang aku boleh kata pasal Tentang Dhia ni memang drama sedih dan kejam rupanya. Patutlah sebelum ni bila aku tengok ramai yang naik geram bila tweet pasal drama ni. Baru aku tahu kesan mendalam yang ditinggalkan terhadap para penonton. Aku tak kusyuk sangat melayan sebab jari sibuk tweet dekat twitter nun. Sambil-sambil tweet mata ke atas ke bawah, kejup-kejup tengok tv tengok handfon. Kira tak tumpukan perhatian sepenuhnya pun tapi drama ni memang sedih tahap hindustan barangkali.

Isu sekarang ni, aku nak bagi pendapat yang lantang lagi tegas (buat muka serius). Aku tak pernah nak kondem drama ni best ke tak best. Siapa aku nak kutuk-kutuk bukan. Aku cuma biarkan je apa peminat tegar Tentang Dhia ni nak bersembang. Biar lantak pi lah kan. Tapi apa yang aku kesalkan bila mereka-mereka yang tak tengok drama ni mengutuk habis-habisan. Sudahlah tak tengok pastu kutuk lagi. Apa masalahnya mereka ni semua ye? Aku pun tak tau. Lainlah kalau dah tengok. Ini tengok pun tidak, sindir bukan main pedas lagi. Motif pembunuhan kutukkan? Cemburu buta lah tu.

Silalah fikir matang. Ingat orang yang buat drama ni gosok-gosok teko pastu seru genie keluar. Kemudian mintak 3 permintaan. 1 buat drama 30 episod, 2 drama bagi sedih, 3 penonton biar terpukau. Ingat sesenang macam ni? Dorang semua dari pengarah hingga ke pelakon korbankan masa siang malam yang sepatutnya  dorang habiskan dengan keluarga masing-masing tapi sebab tugas dan tanggungjawab dorang korbankan semua ni. Lepas tu mereka-meraka yang anti drama melayu ni suka-suka je mengutuk.

Cuba kalau korang buat sesuatu, cukuplah buat lakonan drama untuk pementasan tapi belum korang persembahkan, dah ada mulut-mulut puaka kata drama korang mesti sampah punya. Apa rasa masa tu? Mesti korang patah hati, paling-paling cikai pun korang lari pergi tandas pastu nagis teresak-esak macam budak kecil tak dapat mainan.

Pada aku senang je, diam-diam sudah. Buat apa jadi jahat mulut. Orang benci adalah. Tak pun korang ni ego tak mahu mengaku. Padahal senyap-senyap tengok tapi kata tak tengok. Biasalahkan, apa kelas nak mengaku tengok drama melayu. Ini orang serupa hipokrit punya. Orang ini macam, terjun lombong lagi elok maaa.. Owkay aku pun dah dapat movie Ombak Rindu. Mau kasi layan ni malam. Adios amigos!

p/s: I don't treat people bad because of the life choices they make, and I expect them to do the same with me.

Wednesday, 28 December 2011

Aku Dan Coklat



Kenapa aku suka coklat? Kenapa tak meggi, kenapa tak burger, kenapa tak roti? Kenapa mesti coklat? Aku sendiri pun masih keliru, yang aku tau bila aku makan coklat aku rase happy, aku rase kenyang, aku rase sedap, aku rasa khayal, aku rase nak makan lagi dan lagi dan lagi.. Penangan coklat ni memang berhantu pada diri aku. Aku rase dekat dunia ni bukan aku sorang je kot yang 'hantu' coklat. Ramai lagi raseye. Cuba tanya dorang, mesti dorang akan jawab yang coklat tu sedap. Period!

Aku ada terbaca, yang coklat ni kaya dengan antioxidant, maknanya boleh membantu dalam pencegahan sakit jantung dengan kanser. Entah betul entah tidak. Coklat jugak mengeluarkan endorphins yang pasti benda ni boleh buat kita jd happy meal. Patut lah aku asyik happy je walapun ada masalah. Boleh dikatakan macam menyimpangkan masalah yang ada pergi berambus ke tempat lain. Rasa2nya kot.

Yang ni fakta benar, coklat tidak menggemukkan. Diulang COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN! sebab takda 1 makanan pun yang akan buat diri kita jadi gemuk. Yang orang tak tau ialah bila kita ambil sesuatu makanan berlebihan ianya akan meningkatkan kalori. Bila kalori ni tak dibakar sebanyak mana yang diambil, ni la puncanya terjadi gemuk. Kalau makan banyak, maka senam la sebanyak yang dimakan tu. Kalau makan sikit tapi tak bersenam pun lama2 boleh jadi gemuk jugak. Jelas sekarang ni?

Ni bagi orang perempuan yang sedang PMS lagi best sebab makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Yang aku tau bila datang bulan mengambang ni, kadar magnesium dalam badan akan jadi kurang. Secara tak lagsung akan meningkatkan masalah kesakitan waktu haid. Patut bebeno la orang perempuan time2 gini asyik moody je. Cara penyelesaian adalah coklat. Udah la sedap bagi manfaat pulak tu. Apa tunggu lagi kan wahai kaum perempuan.

Pada aku, coklat tetap coklat sama jugak jaa tetap jaa. Aku makan coklat, aku tak menyusahkan sesiapa. Coklat kene makan dengan aku, maknanye orang di sekeliling pun akan dapat manfaat sebab aku mesti tengah happy masa tu. haha.. Ngarut je aku ni tp memag betul apa. Patut la aku pasan yang aku ni penyabar, semuanye sebab coklat. Cett pasan hidung mancung betul.

p/s: Coklat mengandungi Phenylethylamine & Tyramine. Maknanye buat kita rasa sayang dan berahi. Patut aku ni seorang penyanyang. Masuk bakul angkat sendiri. Coklat buat jugak kita rasa lebih waspada dan puas. Dan dan dan dan coklat makanan untuk seks selain tiram sebab tingkatkan aliran darah dan glukosa dalam darah. Patut pun. Patut pun apa jaa? haha.. Perghh panjang betul 'p/s' aku ni. 

Monday, 26 December 2011

Bergantung Pada Diri Sendiri


Jangan bermain dengan api. Main bunga api takpe. Jangan main hujan, dengar lagu hujan takpe. Entri serba ringkas. Ada benda lain sebenarnya nak ditulis tapi biar dilain masa. Lagipun mata minta tidur. Aku tak suka menyeksa mata. Takut nanti dibalasnya rabun ataupun buta. Tapi ada orang pernah kata, 'biar buta mata, jangan buta hati'. Kalau buta dua2 tu, tak taulah nak kata apa,

Buatnya sendiri. Sendiri buatlah. Sama maksud je, yang jelas selagi boleh buat silalah buat tanpa menyusahkan orang lain. Nak menyusahkan orang lain boleh tapi bersedia untuk mendapat maki hamun. Dalam hidup ni ada baiknya kita buat apa yang kita nak buat dengan keyakinan diri sendiri. Kalau... ye kalau tak mampu barulah minta tolong orang lain.

Ni je rasanya untuk entri serba ringkas. Oh yaa.. Mana2 hati yang terluka disebabkan apa2 saja, silalah tabahkan diri. Siang tadi pun aku punya jari terluka sebab tertusuk duri pohon semalu masa berkebun belakang rumah. Walaupun durinya tiada racun namun bisanya menusuk dalam. Sama juga walaupun luka itu tak nampak tapi sakitnya perit untuk ditanggung. Selamat malam.

p/s: i've come to realize that your promises are lies.

Sunday, 25 December 2011

Aku Dan Pagi Hari


Hari ni cuti khas dalam kalender Malaysia. Bila kata je cuti, maknanya masa yang terulung untuk melingkar dari pagi ke petang bawa ke malam. Siapa yang tak suka dengan cuti kn. Tak lupa kepada kawan yang  beragama Kristian, Merry Christmas to all of you! Wish you all the best. Dan ini untuk mereka2 yang suka 'bermain' dengan isu, otak jangan jadi junub. Semua benda nak dijadikan isu. Itu tak boleh, ini tak boleh, apa pun tak boleh. Lepas ni serbanistas mesti cari aku, pastu maki2. Say what!!! Sekian.

Berbalik kepada topik asal, pagi ni aku mengayuh basikal untuk melonggarkan otot kaki yang manja. Memang rutin aku pun. Semalam pagi pun aku kayuh juga. Kalau diikutkan lepas pameran empex tempoh hari, baru dua kali aku dapat mengayuh. Tu pun dalam hujan basah. Main redah je sebab nk lepaskan gian. Kiranya dicampur semalam dan hari ni, baru empat kali mengayuh lepas pameran empex. Banyak benda nak settle bila dah dekat2 nak exam.

Setiap kali mengayuh, sekurang2nya aku dapat 7 bukit. 4 bukit dalam UiTM, 3 lagi dekat luar. Dalam UiTM macam biasalah, masuk dari pintu masuk seksyen 2 ke kanan dah merasa bukit pertama depan bangunan naib canselor tu. Lepas tu turun dekat bangunan kembar sampailah naik bukit depan kolej anggerik. Bukit ni biasa je kalau nak dibandingkan dengan bukit pertama tu. Paling buat aku tercungap bukit antara kolej perindu dengan bilik gerakan koko. Perghhh.. kerah habis tenaga aku sebab aku banyak habis tenaga dekat 2 bukit yang mula2 tu. Bukit last jalan naik nak pergi PTAR tu. Ini pejam mata je pun boleh. Ecehhh..

Gambar kat atas tu, aku duk rehat2 tadi depan PTAR menghadap FSSR. Aku pun tak pasti FSSR ni fakulti apa. Seni lukis kot. Entah. Ya ampun ye sebab tak bape nak tahu sangat. Masa aku lepak2 layan diri, aku boleh kira cuma 4 kenderaan je kot yang lalu dalam tempoh masa 15 minit. Ni lah pertama kali dalam UiTM lengang macam pulau kubur. Ada ke nama pulau kubur? Memandai je aku ni. Ala saje nak bagi gambaran betapa senyapnya UiTM hari ni.

Kalau dekat luar, bukit jangan di cerita. Memang berlambak2. Nak tak nak kaki tu kena kuat. Kalau lembik, naik je motor. Kaki pun tak penat. Setakat ni aku takda partner mengayuh. Bosan wei kayuh sorang2. Takda teman nak buat borak. Maknanya layan diri sesorang jelah. Takpun selawat je banyak2 masa mengayuh tu. Nak nyanyi2 kecil pun boleh juga. Suka hati kau lah bedah oii nak buat macam mana pun.

Pada aku mengayuh ke, panjat gunung ke, kayak ke, semua ni bagus untuk jantung aku sendiri. Dah lah dapat kepuasan maksimum, kesihatan pun dapat juga. Mana lah aku tak seronok macam ni. Matlamat aku nak belajar renang tapi takda siapa nak ajarkan. Sedih! Kalau ada kesempatan, boleh juga pergi pusat renang UiTM nanti. Kalau ada kesempatan lah kan. Tu pun kalau lah juga ada orang sudi nak mengajar.

p/s: Tak baik dow mainkan perasaan orang. Nanti kena pulau baru tau.

Wednesday, 21 December 2011

Kealpaan


Aku berjalan perlahan-lahan
Agar tidak tertinggal satu pun permandangan
Silapnya aku dengan percaturan begini
Kerna hasilnya tetap tidak seperti diingini.

Ku renung kembali apa kecuaian yang aku buat
Ianya lebih kepada diriku sendiri yang tidak taat
Bukankah segalanya Dia yang harus diutamakan
Tapi aku lebih percaya diri sendiri dengan rasa keangkuhan.

Masanya untuk berpijak di bumi nyata
Sehebat manapun tetap ini cuma sementara
Sayup-sayup panggilan itu pasti datang kelak
Akhirnya senyap sepi tiada lagi tawa gelak.

Ingatkah lagi apa yang menjadikan diri begini?
Mesti lupa bukan tapi segera lekas cari
Jangan suka biasakan sikap menangguh
Segalanya nanti sudah tidak berguna dengan bunyi mengeluh!

Monday, 19 December 2011

Endah and Rhesa - When You Love Someone


I love you but it's not so easy
to make you here with me
i wanna touch and hold you forever
but you're still in my dream.
and i can't stand to wait your love is coming to my life
but i still have a time to break a silent

when you love someone just be brave to say
that you want him to be with you
when you hold your love don't ever let him go
or you will loose your chance to make your dream come true

i used to hide and watch you from distance
and i knew you realized
i was looking for a time to get closer
at least to say hello

and i can't stand to wait your love is coming to my life

i never thought that i'm so strong
i stuck on you and wait so long
but when love comes it can't be wrong
don't ever give up, just try and try to get what you want
cause love will find the way.

Fikiran Tidak Seperti Disangka

Kalau dilihat pada gambar ni ada tiga ekor ikan. Persoalannya sekarang, exam tinggal lagi berapa hari ye? *Insaf*.. Kalau diberi pilihan mesti kita akan memilih salah satu ikan tu mengikut citarasa sendiri. Benda mudah je kan. Tapi cuba bayangkan kalau ikan ni yang kena buat pilihan supaya dia nak tak kita jadi tuannya. Memang sahih lah, sekor pun tamo. Sebab apa? Sebab takut kita tak jaga dia sebaik mungkin.

Macam ginilah juga, kalau kita diberi pilihan untuk memilih pasangan hidup. Mesti kita nak yang tu, nak yang ni. Kalau boleh nak pilih semua kan. Biar orang lain tak dapat. Manusia ni kan tamak haloba bin tamak nafsu. Cuba kalau kita duduk diam, ada tak orang nak pilih diri kita untuk dijadikan pasangan hidup? Silap2 takda. Kesian kan.

Situasi lebih kurang kau suka seseorang tapi kau takut nak bagitau. Dah lah takut nak bagitau pastu kau salahkan orang lain bila orang tu dah kena sambar dengan orang sekian2. Jentik hidug baru tau, asyik nak salahkan orang lain je, salahkan diri sendiri jauh sekali.

Aku rasa macam tak tersusunlah jalan cerita ni. Kejup masuk lorong A, kejup lagi masuk lorong C terus. Kalau ada sampai lorong Z, mahu berbelit2 jalan cerita aku ni. Aku rasa nak kena pilih lorong yang betul pastu kekal pada lorong yang satu ni je. So takdalah sesat dekat mana2 lorong. Tapi aku rasa kena tunggu entri akan datang barangkali. Bila dah taip panjang camni, malas nak undur. "Biar sesat asalkan ada lorong".

Apa perasaan kau bila kau tunggu orang yang kau suka tegur diri kau? Tunggu punya tunggu, tak tegur2. Sedih kan tapi nape je bukan kau yang tak tegur dia? Kau tak rasa dia pun duk tunggu kau tegur dia ke? Apa masalahnya sekarang ni? Bunyi macam masing2 tunggu diri masing2 je. Jup ni lorong yang mana satu pulak aku masuk ni? Takkan lorong R kot. Mana2 jelah.

Sebenarnya ramai yang tersilap sebab bermain dengan 'perangkap' sendiri. Kalau nak dikaitkan dengan perihal ikan dan lorong, mudah je sebenarnya. Walau susah macam manapun, ikan tidak akan sesat dalam memilih lorong untuk pergi ke lubukknya. Macam gitu jugak diri kau, kalau kau memberi signal yang betul, orang yang kau suka tu tidak akan bersusah payah untuk menegur diri kau. Begitu juga sebaliknya. Macam mana sekarang ni?

Peraturan paling asas, jangan ada desakan lagi memaksa. Biar ianya datang bagai matahari yang terbit sebab itu aturan alam yang ditetapkan. Boleh kau nak paksa matahari tu terbit ikut barat? Nak lawan kuasa Tuhan ke apa. Takpun tanda2 kiamat nak tiba ni. Pokoknya bila dia datang pada diri kau, jangan kedekut memberi senyuman ikhlas lagi menyejukkan hati. Selamat menempuh hari mendatang.

Saturday, 17 December 2011

Pagi Ke Petang Ke Malam


Apsal asyik gambar aku je ni dalam 2 3 entri. Tak malu ke apa? Erm'.. malas nak jawab boleh? Ni gambar masa dekat Kolej Anggerik UiTM siang tadi. Babak akhir pengambaran filem Hitler untuk subjek germany. Mata tu saja nak tunjuk bagi terbeliak sikit. Oh yeahh!

Dari pagi ke tengahari yang terlebih sikit, aku dengan bala tentera buatlah pengambaran. Untuk babak 1 hingga 3 tak jadi masalah tapi untuk babak keempat, siap bergaduh bagai dengan manusia yang.. grrrrrr aku pun geram tapi bukan aku yang bergaduh sebenarnya. Hurm malas nak ingat, buat nyayat hati je.

Pengambaran 90% siap, cuma belum edit je lagi mana yang patut. Dan aku terpaksa melepaskan pendakian Gunung Nuang yang sepatutnya hari ni juga. Bila 2 benda penting yang berlaku dalam hidup, aku terpaksa membuat keputusan yang sememangnya berbelah bagi.

Aku dah berjanji lama dengan kawan segunung seganang tapi manusia tu kan merancang. Aku ada benda lagi penting nak buat. Tipulah kalau aku kata aku tak sedih tak dapat join sama daki gunung hari ni tapi ni lah yang dinamakan kehidupan.

Dalam masa yang sama, sumpah aku seronok buat video untuk subjek Bahasa Ketiga ni. Bila lagi kita nak berlakon kan. Manalah ada sesiapa nak ambil kita berlakon drama, filem apatah lagi. So masa belajar ni lah nak kena rebut peluang. Sila masuk topik lain boleh tak?


Dan ini... ye ini adalah baju untuk Sukan Antara Fakulti (SAF) tahun ni bagi FSPU. Nampak perkataan jelas dekat baju tu. Bangga! Siapa tak bangga bila diri ni mengerah keringat untuk berjuang demi fakulti sendiri walaupun tak menang. hahaha..

Aku punyai perangai yang tak boleh diduga sebenarnya. Bila aku nak masuk apa2 program yang ada, aku akan masuk. Aku takkan tanya orang lain nak join sama ke tak sebab pasti akan jadi 'moral down' nanti. Aku masuk ni pun sorang2, lari sorang2. Ye memang penat tapi berbaloi. Tapi apa aku kisah, yang penting kepuasan yang aku dapat.

Sebanarnya nak pengsan juga masa lari tadi, bukan tak cukup stamina tapi aku kekurangan H2O. Silap juga masa lari tak bawa air. Tapi ni namanya pengalaman, akan datang pasti berbeza. Pasti punya. Tapi pelik juga sebab semester ni aku macam masuk banyak program yg selama ni aku 'malas' nak sertai.

Manusia berubah kan. Aku pun manusia apa. So kiranya aku berubah jugalah. Berubah ke arah kebaikan tak salah, ni apa ni... masuk bakul bagi orang lain angkat. er'.. Macam salah je. Perli ke apa ni? Dahlah, aku nak baring tapi taknak tidur.

Friday, 16 December 2011

Kau Cermin Aku

Sifat kau seakan-akan diri aku sendiri
Tiada kepastian tapi aku tak terus nafi.
Lama dulu aku ingat ini aku punya gaya
Jelas kau tunjukkan dengan begitu bersahaja.

Kini ku berhadapan cermin diri melalui kau
Terasa janggal kerna hidup bagai dipukau.
Lama-lama aku ngerti ini menarik minat
Dapat ketemu aku dalam kau punya sifat.

Aku ikut rentak yang tak tersusun rapi
Memang aku bukan pakar apa lagi teliti.
Pasrah menyusur mengikut rentak masa
Inilah kehidupan hamba nasib tak tentu mana.

Sedar perjalanan jauh untuk digapai
Kisahkah aku sekiranya otak dah mamai?
Hilang akal jangan menafsukan diri aku
Aku mahu kewarasan, bukannya nafsu.

Berhenti berkhayal jangan tunduk dengan candu
Tau seronok jumpa diri kau yang seakan aku.
Acapkali juga kejam itu hadir perlahan-lahan, sudah lupa?
Buang candu, carilah penawar agar tak terluka.

Wednesday, 14 December 2011

Merepek Diari Ringkas -EMPEX-


Segalanya EMPEX. Estate Management Property Exhibition. Sebab benda seronok ni lah hidup jadi macam pakgad. Tidur tak menentu, nak kena qada tidur rasanya ni. Jantung berdegup pantas. Nafas laju2 buat hidung kempas kempis. Makan tak makan. Semuanya kerana EMPEX.

Aku takda apa ak diceritakan pasal EMPEX ni cuma rutin harian aku macam rojak jadinya. Secara ringkasnya bumi berputar, dengan aku2 sekali berputar. Hidup kalau tak diduga, bukan hidup namanya ni.

Manusia ni kadang2 bila stress dia akan cari, ye akan cari2 cara untuk selesaikan tu takda lah tapi sekadar boleh mengurangkan kira adil untuk ayat aku ni. Haha ayat pening dari aku. Dah nama pun diri tu berputar2.

Berbalik pada kata kunci stress ni, aku pun manusia yg perlukan perhatian. Haha.. ayat langsung tak boleh blah. Bila aku stress aku akan makan coklat dalam kuantiti yg tak masuk akal. Ni memang cara aku sebab aku tak suka nak pindahkan stress aku kpd orang lain wlpn kdg2 tu ada juga.

Kalau ada tu maknanya aku melakukan sesuatu yg jarang2 aku lakukan. Contohnya kalau aku bagi coklat dekat orang. Kira aku buat sesuatu yg gila dalam hidup aku ni. Biasanya aku suka minta coklat dengan muka tak malu sebab aku memang suka coklat. Kalau aku yg bagi orang coklat, sendiri fikirlah. Opsss jgn fikir bukan2 sudah.

Harap2 esok kembali pada rutin sedia kala. Kayuh basikal waktu petang, Mandi 3 kali sehari. Makan coklat pada kadar sukatan yg berpatutan. Minum air 7+1 gelas sehari. Kunyah2 ais batu tiap2 malam. Curi2 tengok kelibat si dia. Okbai.

Thursday, 1 December 2011

Twitter vs Facebook

Mula sekali, happy 1st December. Dah bulan 12 rupanya. Umur makin meningkat, wajah pulak makin muda. Ni yang buat aku pelik. Nak kata jamu, memang taklah kan. Lagikan pulak botox. Mungkin sebab banyak makan coklat rasanya. Ok cukup mukadimah. Lebih pulak puji diri sendiri. Tak malu!

Twitter dan Facebook. Tapi aku nak bercerita pasal facebook dulu. Apa ada pada facebook? Aku sendiri pun tak tau. Minat aku pada facebook dah tak sangat. Setakat tengok2 gitu je. Lebihnya aku banyak merayap dekat twitter. Sat lagi aku cerita pasal twitter.

Pada aku lah, facebook ni tempat kau kongsi2 gambar. Kau berjalan sana sini pastu kau kongsilah gambar bagi tatapan umum untuk kawan2 berasa cemburu. haha.. Kadang tu kau nak kongsi lagu pun boleh, tu pun cilok kat utube. Asalkan bolehhhh..

Ramai jugak yang berdakwah guna facebook ni. Tak kurang yang berpolitik. Suka hatilah nak buat macam mana pun. Biasalah nak sebarkan fahaman masing2 kan. Tak boleh nak halang. Yang baik ambil, yang tak elok campak dalam kumbahan najis. Settle!

Tapi facebook penting untuk RSVP. Kau nak kahwin, nak buat event ke. Gunakan je medium facebook. Jemput kawan2 kau, pastu tunggu jelah respond dari dorang. Senang kan. Biasalah dunia makin hari makin tinggi teknologinya.

Tu pun ada lagi orang yang mengeluh kenapa facebook ni asyik bertukar je. Katanya menyusahkan tapi still guna lagi facebook untuk bergosip sana sini waktu pejabat. Haha tak malukan orang camni. Cakap tak serupa bikin.

Chat di facebook bukan gaya aku. Pernah korang nampak aku 'berwarna hijau' dekat column chat tu. Senang kata, pernah ke korang chat dengan aku guna facebook sebelum ni? Dekat inbox mungkin ada. Haha oryte, ni je kot pasal facebook. Banyak2 pun bukan dapat A+

Twitter oh twitter. Aku punya ketagihan sekarang ni tapi takdalah sampai tahap taik twitter. Aku suka cakap sorang2 dekat twitter, aku suka merepek bukan2 dekat twitter. Ni aku punya tweethandle @ezjaa. Pendek je sebenarnya. Panjang2 susah orang nak cari. Bajet retis. Follower pun ciput je. haha..

Ni antara muka2 yang aku kerap sembang kat twitter. 4 orang makhluk dari planet jupiter ni lah yg banyak aku duk sembang kat twitter. Mengumpat, mengeji, mengongsi masalah, semuanya meng- dengan mereka2 inilah.

Aku persembahkan tweethandle dorang, @KhairAzri peminat gusti, @wan_bander si pepital di twitter, @joLPejoL retis yang selalu balas2 tweet dengan amy search dan @AishahZl peminat no satu Maroon 5. Dorang berempat ni memang sempoi. Kalau korang ada twitter, korang follow la depa ni semua. Sure berbaloi timeline korang. Korang click je kat nama ada tanda @ tu.

Pada aku nak borak panjang2 sesuai kat twitter, sebab apa? Korang join jelah dulu baru tau. Lagipun korang tak rasa jelik ke kalau dalam 1 jam, sampai 4 5 kali nak update kat facebook tu. Ni baru 1 jam. Kalau dah 8 jam kat opis tu tambah dengan waktu malam. Kau matematik kan jelah sendiri.

Yang bestnya kat twitter ni, banyak mana pun kau nak update/tweet tu lantak koranglah. Takda siapa nak kisah. Kalau kisah pun, paling2 teruk kau cuma kena mute. Tak pun kene unfollow. Pasrah ajelah. 'Sorang pergi, seribu mari'. Ni tweet gaya retis sebenarnya.

Papehal pun, ikut jelah selera masing2. Nak facebook boleh, nak twitter boleh, nak friendster pun boleh. Asalkan diri sendiri rasa bahagia dan tenang di sana. Tenang lah sangat kan. Mintak mati nampak. JK ok. Chow lah dulu. Happy December again.

Friday, 25 November 2011

Ini 'Belog' Aku Maki Hamun

Kau pernah maki orang? Kau pernah kena maki? Kalau kau pernah berada dalam kedua2 situasi ni, aku ucapkan sekalung syabas. Bukan 'Syabas' yang air tu. Tu memang kepala bana kau kalau ingat benda serius kau cuba buat main2. Ni pun contoh ayat maki tahap 1 lapisan tanah. Kalau nak kena maki 7 8 tahan lapisan tanah boleh je aku bagi, takut kau tak tahan telinga je nak dengar. Fak U.

Kenapa kau maki orang? Sebab kau berhak ke? Atas alasan ni ke kau maki orang. Mafaka kau! Aku tau mesti kau ada alasan dalam hati jiwa kau kenapa kau maki2 orang macam orang tu hamba abdi yang layak kau ludah kahak, kau terajang, kau najis segala hamburan keji. Bangsat kau buat orang macam tu! Kau memang cilaka! Orang pun ada perasaan.

Jangan ingat orang buat salah, kau terus jadi Tuhan. Kau bukan sapa2. Ye kau bukan sapa2. Kau pun nanti mati duduk dalam tanah kotor macam semua orang. Kalau kau tanak, kau boleh pilih jalan mati kena bakar. Takdalah tanah tu nanti jadi busuk dengan mayat kau tu. Mayat kau busuk sebab hati kau busuk bangkai tau tak! Pergi mamps lah sama kau!

'Orang yang dapat menahan dirinya dari marah tu lah orang yang kuat dalam erti kata sebenar'. Pergi jahanam! Sila jgn cakap benda yg kau tak pernah alami. Siapa2 pun berhak hilang sabar kalau tengok perangai iblis sundal kau tu. Siapa je boleh tahan! Kenapa kau tak kena telan bumi, takpun kena makan jerung, lagi best kalau kau kena liwat biar kau tau perit tak peritnya rasa.

Besar mana je pun salah tu kalau nk diikutkn dgn pengorbanan selama ni. Tak setimpal lah gila, tak setimpal tau. Ingat tak penat ke. Ingat tak lelah ke. Yg kau tau, maki sana, arah sana sini. Tau nak ikut kata bangang kau tu je. Sial lah.

Ni lah kalau nak tau betapa panas barannya bila syaitan dah hasut suruh maki hamun. Cibai punya syaitan. Sukalah tu ketawa berdekah2. Tidur lagi bagus. Jangan suruh mengucap, suruh ambil wuduk. Macam aku ni jahil sgt. Nanti kau yg tak salah yg dapat kasut dalam mulut. Nasib kasut, kalau bagi kaki tau lah kenyang tak kenyang. Salam Jumaat!

#6 Laughter, The Best Medicine


sumber: tumblr

Wednesday, 23 November 2011

Perkara Biar Pada Tempatnya

Hukum alam dah tetapkan itu dan ini. Kata kunci pada karutan kali ini lebih kepada isu jantina yang seakan tak kena pada acuannya. Banyak cacat dari pandangan sudut mata. Namun teruk lagi bila ianya berlarutan tanpa henti.

Minat yang ada pada diri kita tu sepatutnya dikawal. Tak salah seseorang nak minat apa yang diri dia minatkan tapi haruslah berpada tapi jangan minat yang berlebihan yang tak kena pada tempatnya sehingga orang sekeliling jadi 'auchhhh kenapa dengan dia ni?'

Kalau kau lelaki, jangan kau berlebihan nak tunjuk pada orang sekeliling yang kau kaki shoping. Simpan benda ni untuk diri kau sendiri. Kalau perempuan yang begini, takpe lagi sebab mereka itu sinonim dengan perkara membeli belah ni. Nampak tak apa aku nak sampaikan. So silalah jangan pakai baju warna pink terlalu kerap ye orang lelaki.

Perempuan, ye wahai wanita, gadis sekalian. Tau diri kau minat bola tapi biar benda ni diuruskan oleh kaum lelaki. Nak minat tu boleh tapi jangan melebihi dari ganas orang lelaki tu sendiri. Orang lelaki sendiri cool dengan bola tapi yang diri kau berlebihan tu pasaipa? Dah kemaruk sangat ke? Simpan lah minat tu senyap2. Kan ni lebih sopan.

Nanti kalau aku dah membebel pasal jaga budak kecil, mesti korang rasa 'eyuuu napa ngn mamat ni, buang tebiat apa'. Ni kan lebih kepada kerja orang perempuan tapi orang lelaki yang expert tu janganlah nak pukul canang lebih2 pulak. Senyap2 sudah. Simpan kuku lebih elok.

Banyak lagi kalau nak dikaitkan itu dan ini, perempuan minat motokar berlebihan, lelaki minat masak. Ok masak ni kira tak lah menjengkelkan sangat kalau berbanding dengan orang lelaki yang pergi rawatan kuku, muka dan rambut lebih kerap dari perempuan. 'Tak sesuai nyah, mak tengok pun nyampah tau nyah'. Opss terlebih sudah.

Pandai2 lah korang kawal diri masing2. Korang ni siapa ea? Entah! siapa2 jelah. Aku pun suka2 je nak mengarut memandangkan idea nak tulis cerpen terpaksa ditangguhkan. Tulis cerpen u. Ingat I tak reti ke nak bercerpen2 ni. Silap2 watak u pun ada sekali tau. Haha.. Gua berambus dulu. Perut pun mau kena bagi makan maa.. Choww..

Monday, 21 November 2011

Nota Dariku Buat Diriku

Bulan itu indah sebabnya mudah, segala ciptaan Allah itu indah. Cuma manusia yang menilainya mengikut persepsi masing2 sama ada mahukan sesuatu itu nampak cantik ataupun hodoh. Kalau diberi peluang tinggal di bulan dengan kadar oksigen sama seperti di bumi, nescaya manusia berebut2 untuk menduduki bulan walaupun terpaksa mengeluarkan berbillion wang. Rakus bukan?

Tinggalkan apa yang ada pada keindahan bulan, balik kepada realiti kehidupan. Realiti yang banyak baik buruknya, realiti yang banyak manis masamnya. Berbagai2 lagi perumpamaan yang boleh disertakan. Senang congak, inilah kehidupan yang ada di atas muka bumi. Bumi ini adil, bumi ini tetap pada paksinya cuma manusia yang menjadikan bumi nampak tidak adil, tidak pada paksinya mengikut nafsu buas masing2.

Barangkali manusia itu merasakan bumi ini tempat tinggal untuk dirinya selama-lamanya. Lupakah yang kita cuma menumpang sementara, lupakah yang tempat ini cuma destinasi persinggahan mengumpul segala amalan baik untuk dibawa bekal kelak. Banyak lupa manusia ini. Atas dasar banyak lupa jugalah, manusia alpa yang diri mereka turut mengumpul amalan 'busuk' untuk di bawa bersama2 kelak.

Tidak dapat tidak, diri susah untuk mengelak dari membuat sama ada perkara baik mahupun tidak baik. Kalau ada baiknya, pasti ada syaitannya yang kerja harian mereka mahu menyesatkan. Manusia mempunyai tugas, maka tidak hairan syaitan juga ada tugasnya. Sama2 bertugas dengan matlamat yang berbeza. Yang cekal pasti berjaya, yang lemah? Ini bukan alasan.

Sudah, esok lusa.. sama ada bumi mahupun bulan pasti akan lenyap. Manusia itu sendiri juga akan lenyap. Tiada yang kekal abadi di muka bumi ini. Ingat ini sudah memadai. Nescaya diri kita tak akan terkabur mahu mengejar itu dan ini yang sia2 selama ini. Peringatan buat diri yang lemah ini. Wassalam~

Friday, 18 November 2011

#1 Bergerak Perlahan

Bumi sentiasa bergerak mengikut paksinya. Manusia sama ada mahu bergerak atau tidak, itu terpulang. Mahu bergerak cepat mahupun lambat, itupun juga terpulang. Pulang raya di aidilfitri kiasnya. Semuanya terpulang pada kehendak diri sendiri. Mahu sukses, bergeraklah sepantas halilintar tapi jangan pantas yang dungu. Ini sia-sia namanya.

"Wei sekarang dah bulan berapa, takkan nak macam gini lagi. Dah nak tahun baru ni der'. Azam apa ceta? Jangan bergerak slow sangat, tak elok maa.." Azam tak azam, itu tak pernah nak ada dalam kepala otak. Ada apa dengan azam kalau selalunya asyik menongkah arus. Mahu tidaknya, kalau azam tu dah tak relevan bila masuk bulan Mac dengan April kan. Ni baru azam, belum cita-cita. Adeihh.. Banyak sangat matlamat tapi seakan lampu yang malap je cahayanya secara perlahan-lahan.

Ada setengah umat manusia, gerakkannya perlahan tapi tenang je bila sampai garisan penamat. Pulak tu sukses mengalahkan orang yang bergerak macam mesin kilang 24 jam yang tak henti2. Ni namanya strategi biar lambat asalkan tak pernah lambat dalam erti kata yang sebenar. Manusia yang menentukan segala apa yang nak dibuat. Kalau pandai urus masa, maka tak usahlah nak khuatir dengan gempak manusia yang nampak gagah dipermulaan. Psiko je tu.

Mari berkelakar sejenak, apa yang nak dikelakarkan ye? Hentam jelah apa2 pun. Pemandu yang bawa kereta laju, asyik langgar kau punya ayam bagi mati. Yela laluan utama tu lah tempat ayam2 kau nak lalu lalang kan. Kau pun letaklah papan tanda 'Slow-School Crossing' tapi tetap jugak ayam kau kena langgar. Takdir, nak buat cane. Rugi jugaklah bila ayam2 kau banyak mati.

Kau pun ubah lah papan tanda dengan harapan ayam kau tak terkorban lagi, maka kau letaklah papan tanda 'Slow-Children At play'. Pun sama juga, pemandu tak peduli dengan amaran papan tanda tu. Semua manusia nak cepatkan. Lambat2 nanti habis kena tinggal. Keretapi jam berapa ye? Ok lawak sampingan. Tak paham? Tak paham sudah. choo.. choo.. here comes the train.

Kau dah buntu, chickens kau dah banyak mati. Nak pindah, terasa sayangnya kau dengan kawasan tu. Fikir punya fikir kau dapat idea. Kesannya sekor ayam kau pun takda terkorban lagi. Suka bukan kepalang kau ea. Mahu taknya kalau kau letak papan tanda bunyi camni. 'Nudist Colony-Go Slow and Watch for Chicks'. Kahkahkah. Manusia itu tetap manusia.

Apa kaitan dengan bergerak perlahan ni ea? Entah! Tapi pada aku otak kena mainkan peranan. Tak kisahlah kau bergerak laju atau perlahan macam manapun, otak tu yang sebenarnya kena bergerak laju. Fizikal perlahan takpa. Kadang2 banyak perkara boleh selesai tanpa guna fizikal pun. Dunia kan dah maju. Otak kena kasi geliga lah. Baru genius namanya. Genius je ok. Bukan genius yang gila.

Keretapi dah sampai. Gerak dulu. choo.. choo.. Ini bukan keretapi Thomas. Kertapi Thomas bunyinya lain. Jumpa lagi di stesen berikutnya. choo.. choo..

Wednesday, 16 November 2011

Pemulut Becok

Bercakap itu elok tapi mengaji itu lagi elok. Manusia ada berbagai jenis karakternya kalau nak dikaitkan dengan mulut ni. Ada yang jenis suka bercakap, ada yang cakapnya sedikit dan ada yang jenis pendiam terus. Kategori yang paling banyak sekali dah tentu yang suka bercakap tapi cakapnya banyak merapu dari bernas. Ini biasa, ya biasa ya amat. Kalau pergi mana2 pun senang nak nampak. Dari jauh dah boleh nampak mulut tu tak henti2 pot pet pot pet. Entah apa jenis enjin yang ada dalam mulut tu pun sukar nak diketahui.

Kadang2 pelik juga sebab 'idea' bercakap tu tak pernah putus sedangkan 'idea' tu nilainya zero kualiti. Apa yang seronoknya entah. Agaknya mungkin tu dah tabiat manusia yang mulut 'Joyah' kot. Bercakap pasal mulut 'joyah', kenapa mesti 'Joyah'? Adakah 'Joyah' ini pelopor bermulut becok di kampung2 zaman dahulu kala. Adakah Senah, Kiah dan Peah tidak bermulut kepoh+becok+bontot ayam sewaktu zaman kala dulu? Barangkali 'Joyah' ratu mulut tempayan 15 tahun berturut2 masa dulu kot. Erm.. Abaikan dulu yang ni.

Aku nak masuk dekat perihal fb. Ni pun satu, banyak juga aku perhati mereka2 yang bermulut becok dekat fb ni. Walaupun tak nampak mulut mereka tu sendiri yang becok tapi sendiri tau lah kan kalau dah kerap sangat update kata2 merepek, menyampah pula jadinya. Bak kata orang cerdik pandai, kalau banyak sangat nak dibecokkan, tulis je blog. Tu pun tak paham2 lagi. Pang kepala tu satu kali baru tau. Suka2 hati je nak pang kepala orang ea.. haha..

Bukan apa, nak update kat fb tu boleh tapi kan lebih bagus simpan mana2 yang peribadi tu untuk diri sendiri. Dah nama pun peribadi, ni tak.. satu kampung nak dihebohkan. 'Joyah' sungguh kau ye. Kalau ye pun nak tarik perhatian, tak usahlah gaya gitu, buruk bebeno. Lagi satu nak gundah gulanakan perasaan diri tu, ngadu je pada Allah. Apa kau ingat nak berdoa, mengadu, bersyukur pada Allah kena melalui perantaraan fb dulu ke? Ni memang layak kena panggg 13 kali kat kepala dengan aku ni. Seyes cakap punya.

Biar lantak pi lah korang. Dah besar panjang. Bila dah besar panjang, kena tegur mestilah ada je jawapannya. Dah jenis orang tak suka 'kalah' kan. Mana lah boleh kena tegur. Silap hari bulan, aku pulak yang kena pang. #LOL Tapi betul apa, tak kira lah kau tu dah dewasa ke, dah besar kepala ke, dah naik tocang ke, kalau orang tegur cara betul walaupun pedasnya terasa sampai ke hempedu, terima jela dengan hati girang gembira. Pang pang pang pang.. Sakit kepala kena pang woi.

Ada lari jalan cerita ke tajuk aku ni. Macam dah sesat jauh je. Tapi biarlah asalkan ada mesej yang jelas apatah lagi tidak kabur. Ialah mesej ni dah tentu pertamanya aku tujukan pada diri aku sendiri. Keduanya kepada si pemakan cili dan ketiganya kepada mereka yang tiada kena mengena dalam hidup aku. Boleh kah begini? Boleh aje bha kalau aku. Jangan suka bersandiwara, kelak diri kau yang akan kurang nilai tawa. -sekian-

Monday, 7 November 2011

Si Buluh Lemang

Semua orang suka bercuti. Tak kiralah yang berkerja ataupun belajar ataupun juga yang menganggur. Bila ada cuti maka bertebaranlah segala umat manusia pulang ke kampung halaman masing2. Aku tak terkecuali. Masa cuti raya haji aku gembira mencutikan diri aku pulang ke Muar tanah tempat aku dilahirkan. Gyeahhhh!!!

Malam aku sampai rumah tu, aku dah kemas2 barang nak pergi Batu Pahat. Tak sampai sejam rasanya aku dekat rumah. Ni semua gara2 projek membakar lemang. Tidur semalam dekat rumah kawan, esoknya baru projek bermula. Mak aku sendiri pun terkejut tapi tak larang pun apa aku nak buat. Sayang mak.

Dari membasuh buluh lemang, sampailah membakar. Semuanya dibuat dengan teliti dan cermat. Yang paling kagumnya, kesemuanya anak muda yang bergelar lelaki. haha.. Ni pengalaman pertama aku sebenarnya. So baru aku tau macam mana nak masukkan daun pisang dalam buluh, nak sukat air berapa banyak, santan bape banyak nak kena guna, banyak lagilah langkah2 nak buat lemang ni.

Tengok tu? Gaya lebih depan lemang. Panas sebenarnya duduk posing dekat situ. Bara api tu terasa sampai ke liang roma punya. Bakar lemang ni bukan benda yg diboleh buat main-main. Tapi aku je yang banyak main sebenarnya sebab kawan aku 'otai' lemang ada. Dialah duk jadi ketua segala hulubalang. Hehe..

Pemegang kapak sampai patah bila kita orang duk membelah kayu. Dua kapak sebenarnya yang patah. Biasalahkan, dah nama pun kapak. Kalau tanak patah baik je guna chainsaw. Raya akan datang pasti akan ada lagi. Projek tak pernah lepas di antara kawan2 aku ni setiap kali raya. Cuma bezanya tahun ni, buat dua kali. Biasanya cuma raya Aidilfitri je. Tapi sebab ada permintaan, so raya Aidiladha pun bantai buat jugak.

Walaupun penat tapi berbaloi dan makan lemang buat sendiri bertambahlah dia punya berbaloi2. Raya akan datang mungkin akan membakar lemang sambil bermeriam buluh. #LOL

Thursday, 3 November 2011

Tulang Rusuk Lelaki. Benarkah?

Ini bukan gambar tulang rusuk tapi ianya sekadar 'gambaran' yang aku suka2 nak letak. Aku pernah dengar seorang pensyarah kata yang diri kita tak salah dalam memberi pendapat. Pada aku betul kerana ianya sekadar pendapat. Elok terima, tak elok masuk longkang. So gambar tangan ni juga sama seperti 'pendapat'. Cukup dengan penjelasan aku ni?

Aku suka 'bercakap' melalui penulisan. Pada aku ianya sangat bagus sebab takda sesiapa yang dapat mencelah ataupun membangkang bila aku sedang 'bercakap' dipertengahan penulisan yang aku sedang karangkan. Mungkin cara ni agak bias tapi apa boleh buat sebab aku bukan jenis yang pandai berkata2. Aku seorang pendiam. Ye ke? Entah.. Agaknya kot.

Ambil contoh apa yang ada pada gambar lengan dekat atas ni. Yang pasti lengan sang lelaki yang gagah perkasa. Ok baru masuk kepada topik yang sebenar selepas membebel yang bukan2 pada pembukaan ayat yang sepatutnya memang tak perlu sama sekali.

Maksud tersirat segala tu kalau digabungkan, maka jadilah kasih sayang . Tapi ada segelintir sang lelaki yang salah gunakannya untuk mengasari sang jelita. Dayus.. Ye dayus mengasari kaum hawa. Tak kisahlah dengan alasan apa sekalipun. Sekali dikasari, selamanya diri tu dianggap dayus. Tu lah, siapa suruh tak pandai nak mengawal kemarahan diri.

Kekuatan yang ada pada sang lelaki sepatutnya untuk melindungi sang jelita dan bukannya digunakan untuk mengkasari. Mentang2 sang jelita insan yang lemah, maka senang mudah je nak tunjukkan diri tu kuat perkasa. Mana belajar entah. Asal geram je, lepaskan pada sang jelita. Kenapa tak dicarinya lawan yang sesama lelaki? Dah lah dayus pastu penakut plak tu.

Kadang2 sang lelaki ni, sikapnya terburu2 dalam menyelesaikan masalah. Apa ingat masalah dapat diselesaikan dengan kekuatan fizikal semata2. Guna mulut pun hal boleh selesailah tapi akal kena panjanglah jugak.

Sesat dah aku ni dalam penulisan sejak kebelakangan ni. Ada je yang nampak tak kena. Cerita bercampur aduk sana sini. Kalau ni dinamakan karangan Bahasa Melayu, memang sahih lagi yakin aku dapat D+. Haha. Aku bukan tak boleh nak olah terlebih dahulu tapi dah 'malas', nak buat lagu mana kan. Perbanyakanlah berdoa saudara Ezhar oi agar dibuangkannya sifat pemalas awak ni.

Cukuplah kot aku membabi buta dalam tulis2 benda merapu. Ini sampah namanya. Layak dibuang dalam tong yang di-bin-kan sampah. Mana mutunya? Mana manikamnya? Mana karangan 750 patah perkataan A+ yang maha agung suatu ketika dulu? Mana ja'a.. Mana??? Wassalam~

Wednesday, 2 November 2011

Kahwin Itu Indah

Siapa je yang tak teringin nak berkahwin. Semua orang menanam impian dalam hati masing2, yang mereka mahu berkahwin satu hari nanti. Dengan siapa? Itu semua orang tak tau sebab bukan manusia yang menentukan jodoh masing2. Kalau umur pendek, ini bukan rezeki. Oryte mari mulakan membebel pasal perihal kahwin2 ni.

Pertamanya, kalau lah diterbalikkan apa yang ada sekarang ni, maksud aku orang perempuan yang melamar, yang keluarkan wang hantaran apa semua.. pasti semua orang dah kahwin rasanya. hihi. Ok tak kelakar. Tapi secara logiknya, ramai perempuan tak kahwin sekrang ni sebab salahkan kaum lelaki yang bertungkus lumus kumpul wang hantaran. Tu la siapa je suruh mintak sampai 20 ribu. tettttttt..

Apa sebab kahwin ea? Nak meramaikan lagi zuriat? Nak melepaskan nafsu secara halal? Nak kahwin sebab tengok kawan2 lain semuanya dah kahwin? Nak kahwin sebab dah sampai masanya? Tanak jadi anak dara tua? Sebab orang dah sibuk tanya sana sini? Senang kata banyak alasan kenapa seseorang tu nak kahwin. Maka keluarlah macam2 alasan kenapa seseorang tu nak berkahwin walaupun tak kahwin2 lagi. Err'..

Kalau dah sampai jodoh tu, kahwin jela tapi jangan kahwin sebab 'trend' nanti tak pasal2 jadi macam Kim Kardashian. Membazir tenaga, wang ringgit apa semua. Tapi kalau dah cerai jugak, maka cerailah. Nak buat lagu mana kan. Anggap je jodoh tak panjang. Woi jangan masuk campur dalam hal rumah tangga orang lain. Biarkan dorang nak kahwin ke nak cerai. Yang kau duk sibuk2 tu kenapa? Hihi

Ingat kahwin ni senang ke? Aku tau, walaupun aku belum kahwin tapi aku ada mentaliti orang yang dah kahwin. Kenapa? Nampak sangat cuma diri kita je kenal siapa diri kita. Ye dak? Ye kahwin ni bukan macam masuk wayang, tonton cerita, dah habis keluar. Bukan.. Bukan macam ni. Kahwin ni serupa amanah. Kalau tau apa itu amanah dalam erti kata sebenar, maka layaklah seseorang tu untuk berkahwin tapi.. ye ada tapinya. Duit tu kenalah ada jugak sebenarnya. Haha..

Mana boleh kahwin guna daun. Dan jangan terfikir nak kahwin free dengan tangkap basah plak. Kena tangkap basah pun still kena bayar denda tau tak. Berapa? Nak tau berapa, pergi cuba dulu kena tangkap basah. #LOL Nanti tau lah payah tak payahnya, seksa tak seksanya yang kahwin tangkap basah ni lagi susah sebenar2nya. Nak naik turun mahkamah lagi. Kesan jangka panjang plak bila anak kau dah besar panjang nanti. 'Kau tau mak ayah kau dulu kahwin kena tangkap basah' Woooo.. Menagis anak kau nanti bila tau cerita sebenar.

Cerita aku pasal kahwin ni secara umum sebenarnya. Kalau nak tau lebih mendalam, pergi bukak kitab sana. Belajar lagi apa itu hukum nikah. Ada berapa hukum yang orang laki patut dan tak patut kahwin. Banyak lah lagi hukumnya. Jangan nak sandiwara lebih.

Yang paling pasti aku akan kahwin dengan wanita idaman aku. Siapa ea? Entahlah.. Tunggu jodoh turun dari langit, takpun keluar dari perut bumi. Haha. Tapi yang pasti, habis belajar mahu terus kahwin. Eceh gatal! Aku kan tau apa itu 'amanah' :)

p/s: Siapa sudi? Meh lah masuk merisik dulu.

Sunday, 30 October 2011

Rindu Dalam Diam

Bila kita rindu dekat seseorang, boleh jadi diri kita akan jadi angau tiga bulan purnama. Apa saja perbuatan yang kita buat, akan sentiasa teringatkan orang tersebut. Ini parah namanya sebab rindu yang tak terkawal. Biasalah, syaitan pun sedikit sebanyak mainkan peranan dorang untuk melalaikan diri kita. Kesan baik ke kesan buruk bila rindukan dekat seseorang?

Adakah bila kita termenung jauh tu, kita dianggap rindu. Mehhh ini karut belaka. Termenung sebab hobi tu dah memang suka termenung, takda kaitan rindu dengan termenung. Yang aku tau, bila kita rindukan seseorang tu maknanya kita perlahan2 'suka' dekat diri seseorang tu. Suka yang macam mana ea? Manusia kebanyakan masih keliru tahap kesukaan terhadap seseorang tu. Tinggalkan persoalan ni.

Pernah dengar bila ada orang terfikirkan pasal hal diri kita, nanti secara misteri watak orang tu hadir dalam mimpian tidur kita. Aku tak pasti sama ada benda ni betul ataupun tidak tapi ada kajian yang mengatakan ianya betul. Contoh bila aku terfikirkan sangat akan hal diri seseorang tu, mesti kemalam harinya orang tu akan mimpi aku. haha.. Sekali dalam sepuluh kot benda ni akan terjadi. Entahlah.. tapi nanti aku nak cuba dekat kawan aku. Ini bukan gay namanya ok.

Dialog klasik yang sampai sekarang aku suka dengar 'bila rindu hamba pulang' . Dialog ni ada dalam satu drama hitam putih Melayu zaman dulu kala. Eceh.. Drama sekarang, dialog dorang tak menikam jiwa. Tak romantik bunyinya. Senang kata tak meninggalkan kesan bila tengok drama Melayu sekarang ni. Jup ni apa kaitan drama dengan rindu ni. Aku kalau cerita, suka je tersasar jauh.

Ada baiknya kalau rindu dekat seseorang tu, lekas2 bagitahu tuan empunya badan. Manalah tau untung nasib badan, rupa2nya orang tu rindu sama diri kita juga. Kalau tak macam mana ea? Tanggung malu jelah 7 keturunan. Haha.. Ala cover kata rindu nak breakfast sesama sudah. Jangan dikalutkan sangat kalau rindu tu tak berbalas. Ni baru rindu tak berbalas, kalau cinta tak berbalas.. Entah macam manalah agaknya ea. Parah2.

Aku? Ye mesti ada cerita pasal aku. Aku kan tuan rumah blog ni. Rindu aku hilang lama dah. Kali terakhir aku rindukan seseorang kalau tak silap perkiraan, sebelum naik cuti belajar dulu. Lepas tu terus aku hilang deria rindu ni. Tu pasal aku lama tak jenguk bumi muor lama sangat. Seolah2 bumi muor ni aku tamo tengok. Haha sampai tahap macam ni sekali. Durjana sungguh hati ni terlalu degil.

Rindu ni datang dan pergi ikut musim juga sebenarnya. Kadang tu kita rindu, kadang tu kita takda rindu langsung. Ni maknanya kita tak sayang orang tu, ialah boleh pulak jup rindu jup tidak. Yang tak rindu ni sebab apa? Sebab rindu kat orang lain ke? #LOL Biasalah, diri kita ni manalah boleh nak bagi komitmen 100%. Takkan lah dalam tidur pun boleh rindu. Mustahil sungguh. So faham2 sendirilah ok.

Rindu yang paling afdal, baiklah fikirkan rindu yang tak sabar bila nak masuk waktu solat. Pernah ke korang berperasaan macam ni? Nak masuk waktu Maghrib ke, Isya ke, tak sabar2 nak jumpa Allah secara spiritual dalam solat. Alangkah indahnya kalau hati perasaan sentiasa begini.. Ok aku rindu nak makan coklat sekarang ni ;)

Saturday, 29 October 2011

Christina Perri - Jar of Hearts


I know, I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half a life
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half a life
And now you want me one more time

Dear, It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
'Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Friday, 28 October 2011

Tak Seindah Disangka

Aku mulakan dengan lafaz selamat membaca. Bacalah walaupun sehari sepatah perkataan. Ini lebih baik dari membiarkan otak berehat sehingga membawa kepada sakit tenat. Jangan dimanjakan otak milik kita ini. Apa guna kalau ianya tidak digunakan. Tak usah dibazirkan bukan benda yang mendatangkan kebaikan.

Pernah kau terfikir yang diri kau malang sentiasa. Kau tertanya2 dalam keadaan serba kabur, kenapa balik2 diri kau je yang ditimpa malang. Kau rasa kehidupan sekarang ni begitu kejam pada diri kau. Tanggapan pertama kau beginilah barangkali. Puas juga kau merenung nasib diri tapi kau masih juga tak jumpa mana silapnya. Nak ditunding kepada siapa je? Suka tak suka kau makin tertekan.

Sedang kau mencongak2 nasib diri kau yang jonkang jongkit tu, orang lain yang mungkin senasib dengan diri kau atau lebih teruk dari diri kau dah bangkit bangun. Kau pula masih terkial2 mencari rentak. Buang jauhlah sifat terlalu mengenang nasib diri yang 'kejam' tu. Sampai bila mahu dibelenggu? Persoalannya formula apa yang nak digunakan untuk kembali 'segar' sedangkan langkah bangkit pun masih belum berganjak walau seinci.

Bercakap pasal kebangkitan semangat diri ni, bukan semua orang dapat atasi dengan keputusan A+ secara tiba2. Langkah demi langkah kena ada, hasilnya tak semestinya A+ dan tak mungkin A+ tapi mampu untuk mengubati kesan luka yang ada. Takpa untuk dapat sedikit sinar yang kelam, asalkan ianya membahagiakan. Bukankah kesempurnaan itu tidak wujud di kalangan para manusia. Bersyukurlah dengan apa yang diberi olehNya.

Ini lah namanya kehidupan. Congakannya begini, kau berjaya dalam hidup, mendapat pekerjaan yang bagus tapi jodoh belum tentu. Sebaliknya orang lain, walaupun kerja seadanya tapi jodoh lebih awal dari diri kau yang berjaya. Ataupun, kau berbangga dengan perkahwinan maha hebat kau tapi bertahun sudah perkahwinan kau masih juga tidak dikurniakan cahaya mata. Orang lain yang majlisnya seadanya tapi tetap meriah sudah beranak pinak tinggalkan kau dibelakang dengan zero anak. Masa mendatang kau tak tahu bukan. Renung2kan.

Pada aku, jangan ada sikap hina pada orang lain. Jangan ada sombong dengan orang lain. Jangan ada dengki dengan orang lain. Kelak diri kau yang menyesal. Berkata2 perihal menyesal, manusia sememangnya selalu terlambat bila menyesal itu datang. Tak tau kenapa tapi ini lah lumrah hidup manusia masa kini. Aku? Ye banyak yang aku pernah sesalkan dalam hidup ni. Aku berani jamin, setiap manusia ada setiap sesalan dalam hidup mereka masing2. Manusia itukan kaum yang lemah.

Berjalanlah dengan jalan yang memberi kita nilaian yang paling 'manis' pada pandangan manusia yang memerhati. Kekalkan sifat rendah diri kita dengan kekalan jiwa yang kental dan tabah walaupun sukar macam mana sekalipun. Bukankah bila kita berbuat baik, balasannya tetap baik yang akan kita perolehi. Tapi bersangka baiklah dengan kewaspadaan yang patut ada. Ini sangat perlu, jangan bersangka baik dengan semborono. Waspada amat penting, ibarat perisai membantu diri kita diperbodohkan dengan sifat baik kita ini. Wassalam.

p/s: Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan dalam cerita ni ye?

Wednesday, 26 October 2011

Di Sebalik Bukit Broga


Semua tahu hari ni hari perayaan depavali. Maknanya cuti lah kan. So aku pun mencutikan diri juga dengan pergi ke Bukit Broga. Apa yang menarik sebenarnya Bukit Broga ni? Pada aku pemandangannya. Ye sangat2 cantik tapi bergantung pada cuaca di hari yang korang akan mendaki. Puncaknya taklah tinggi mana pun. 400 meter je. Ye cuma 400 meter. Pejam mata pun boleh sampai puncak. Amboi!!! Melampau bebeno ni.

Walaupun puncaknya tak tinggi tapi bagi sesiapa yang takda stamina, memang pasti akan termengah2. Tempat ni kalau pagi hari ibarat pesta, ramai umat manusia yang 'berkerumun' dekat Bukit Broga ni terutama Sabtu dan Ahad. Macam pagi tadi, ramainya memang tersangat ramai. Cuti Depavali kan. Masing2 ambil peluang cuti untuk beriadah dekat bukit ni.


Pernah dengar tak, 'hidup seribu tahun, kalau tak solat.. apa gunanya'. Sama juga dengan tempat ni. 'Pergi Bukit Broga berkali2 tapi tak daki Gunung Tok Wan apa gunanya'. Haha.. Kalau korang nak tau, lepas dah sampai puncak Broga 400 meter tu, akan ada satu lagi 'pengembaraan' iaitu Gunung Tok Wan. Kalau sesiapa terasa nak teruskan pendakian, dipersilakan. Kalau tamo pun boleh jugak. Ermm tapi apa makna pendakian kalau tak teruskan kan kan.

Aku pantang dengar kalau ada pendakian. Sebelum tu, aku pergi bertiga je dengan dua pengapit perempuan ni. Miahahahaha.. Bila sampai puncak Broga, 'ni je ke?' Alahai sekejupnya. Tapi tapi tapi.. ada tapinya, pengapit ni kata kalau nak sambung mendaki boleh je. Terus je daki Gunung Tok Wan. Bila dah dengar camni, apa lagi.. Takkan aku nak kata lain kali kan. Alang2 seluk perkasam..

Serius 'mencabar' punya pendakian Gunung Tok Wan ni. 675 meter dari aras laut tu. Untuk mendaki je 2 jam diperlukan. Ni pun kalau tak berhenti setiap 5 minit. Hihi.. Turun pulak 1 jam setengah. Cabarannya, kat atas ni memang takda sumber air. So kena bawak air cukup2 kalau taknak mati kehausan.

Masa turun, hujan lebat tengahari tadi. Bayangkan dengan laluan licin. Kalau tak hati2 memang tergolek punyalah. Tapi kita orang bertiga nyata mempunyai pengalaman setahun mendaki gunung. Cett poyo je lebih. Setahun pun baru 2 3 gunung je. Porahhhhhh!! Seronok wei turun gunung masa hujan sebab sebelum ni aku tak pernah lagi turun gunung masa hujan. Bila dah kebetulan camni, rasa best je.


Gambar ni korang tengoklah, dah macam dekat luar negara. Cantik pemandangan Bukit Broga ni. Pinjam jup model sambilan buat penghias blog. Masa turun dari Gunung Tok Wan, memang ngam2 je hujan pun berhenti. Pastu cuaca suam2 sejuk dingin je. Dan dan dan lagi takda langsung orang dekat sekitar Bukit Broga masa kitaorang sampai. Yela semuanya pakat turun masa hujan lebat tu. Kitaorang turun dari Gunung Tok Wan, dorang yang lain plak pakat turun dari Bukit Broga ramai2 masa hujan lebat. Untung tak untunglah.

Memang Bukit Broga jadi hak milik kitaorang bertiga. Dengan cuaca nyaman walaupun tengahari, ialah baru lepas hujan berhenti kan. Apa lagi, main ambil gambar sana sini lah. Iolah tu, ambil gambar apanya. Setakat 2 3 keping je baiklah tak payah. Dah masing2 bukan kaki bergambar. zzzzzzz diam2. Yang pasti memang berbaloi walaupun aku penat yang teramat dan tak cukup tidur.

p/s 1: kaki aku sakit dah.
p/s 2: DEMAM! sebab kena hujan gunung.

Tuesday, 25 October 2011

Malas Bukan Sifatku

Bila mana kau rasa diri kau sangat malas, banyak benda yang kau akan terlepas dan akan merugikan diri kau di masa mendatang. Ini cakap2 benar punya. Apa faedah kau dapat dengan kemalasan? Dari benda yang kau sepatutnya boleh buat, tetiba elok je kau tangguhkan. Dengan harapan 'malas' tu yang akan tolong buatkan untuk kau.

Sebenarnya ada juga malas yang menguntungkan. Ialah kau malas nak hisap rokok. Tak ke bagus untuk kesihatan hiduo kau tapi ada ke orang malas nak hisap rokok? Malas nak keluar lepak2 buang masa dekat mamak. Jimat duit kau dari membazir 4 gelas air yang mana air dekat rumah lagi sedap dari mamak buat. Ini malas dari segi +ve. Masalahnya malas semuanya -ve. Manusia gagal dalam melaksanakan malas +ve dalam kehidupan seharian dorang. Ini sangat pasti.

Aku pun kadang2 ada datang sifat malasnya. Dah lah kadang2, pastu banyak kali pulak tu. Aku nak tunding jari pada siapa? Pada syaiton yang tak pernah kenal erti putus asa marayu bagai supaya aku jadi pemalas. Salahkan pada diri sendiri lebih tepat. Persoalannya kenapa ada orang yang begitu rajin. Kenapa orang tu rajin? Siapa ea orang yang rajin. Orang yang berjaya ke. Hurm sebab ada je orang yang berjaya tapi dia pemalas. Macam mana ni? Entah. Sifat aku kebelakangan ni yang malas nak berfikir.

Pada aku senang je. Nak jadi pemalas boleh, nak jadi 'perajin' pun boleh. Terpulang pada kehendak diri sendiri. Lagipun takda siapa yang akan paksa diri kita ni nak jadi apa pun. Ada ke orang yang suka memaksa diri kita ni? Maksud aku dalam keadaan umur yang bukan tahap budak sekolah rendah lagi. Orang sekarang berlumba2 100 meter nak majukan diri sebab takut kena tinggal dekat belakang. So siapa yang rugi sekarang ni? Tepuk dada, sakit lah dada tu.

Hari ni aku rajin kemas kini blog ni. Pepagi pulak tu. Nampak apa kesannya? Sebab aku rajin, ada 1 entri. Cuba kalau aku malas, jadi sarang labah2 lah blog aku ni. Pastu semak samun pun tumbuh tinggi. Banyaklah binatang2 yang tinggal dalam semak samun ni. Jup2.. Cuba jangan lari tajuk yang entah apa2 entah. Tak sesuai ok dengan perangai macam ni.

Nak memotivasikan diri supaya kekal rajin tu tak mustahil, hidup kena ada wawasan. Jiwa kena kental. Mental kena kuat. Dah macam gaya cikgu besar cakap masa perhimpunan pagi. Korang pandai2 sendirilah macam mana nak jadikan diri korang insan yang berguna untuk diri sendiri. Pada aku cukup jelah untuk diri sendiri. Jangan nak melangkah dua langkahan kalau rasa kaki tu pendek. Sekian. Selamat pagi.

Saturday, 22 October 2011

.Kataku.

Dulu kau jeling sipi sebelah mata saja setiap kataku,
seperti tiada aura yang mampu menarik minatmu.
Dulu kau serongkan selamba setiap kataku,
kerna bagi kau, kataku tiada cukup rencah yang bermutu.
Dulu kau terusan nafi setiap kataku,
sindir kau, banyak lagi kata-kata yg bermutu drpd kataku yg seakan batu.
Dulu habis hujung, kau tolak mentah-mentah akan setiap kataku,
mudah bagi kau, kerna kata-kataku tak cukup jitu. Itu alasanmu.

Namun, kataku kini kau terusan nanti datangnya,
ibarat tiada, bagai hendak tercabut kau punya akan nyawa.
Pelik, kataku ini kau dambakan siang dan malam,
seperti tiada, hari kau seolah akan sunyi dalam suram.
Kataku kini mati-matian kau sanjung melangit,
walaupun dalam keadaan yg sangat getir dan perit.
Akhirnya kataku kini kau akui ada benarnya,
kerna kau percaya tiada yg dapat menyangkal akannya.

Dulu dan kini, nyata jelas kau berubah dengan aku punya kata.
Dulu dan kini juga, aku tetap seperti sedia asal hendaknya.

Thursday, 20 October 2011

Pengurusan Kemarahan

Mencarut itu mudah apatah lagi memaki hamun. Kau stress, kau jerit terlolong maki hamun sana sini sambil mencarut bagai. Susah ke? Ni terapi paling puaka aku rasa. Apa boleh buat. Lain orang lain caranya. Ikut cara sendirilah. Kalau rasa berkesan, dipersilakan. Takda siapa pun nak larang. Cuma jangan mendatangkan kesan tak elok pada orang lain sudahlah. Silap2, stress dapat, sakit badan pun dapat jugak. Pakej 2 dalam 1.

Nak memberi nasihat itu pun mudah juga. Cakap jelah sekian2, tepuk2 bahu cikit. Maka tenanglah orang yg stress tu. Ni pun 'kalau' berkesan. Walaupun diri kita sendiri tak alami situasi orang tu, apa susahnya nak bagi nasihat kan. Tapi ingat tak semua orang boleh terima nasihat macam tu je. Silap hari bulan, diri kita sendiri yg dapat hamburan nista sebab setengah orang ni ada yg tak reti nak ukur baju di badan sendiri. Manusia kan. Selagi rasa boleh, kesan belakang kira.

Kalau semua cara tak kena, dipersilakan bergerak ke planet jupiter. Hidup lah kat sana sorang2. Hidup dalam suasana bermasyarakat ni, kalau kita tak perlukan pertolongan, mesti akan ada dua tiga orang yg sudi menolong. Orang2 macam ni memang hobi dorang suka menolong. Apa nak kalut sangat kalau ada orang yg suka menolong. Bukan kita kena bayar sesen pun kat dorang. Terima jelah walaupun terasa diri kelat nak menerima. Tolong menolong maa..

Kata kunci sekarang ni, aku sendiri pun tak tau apa yg aku duk merepek, duk membebel, duk menyeringai, duk membabi tuli. Argggghhhhhhhhhhhhh' perlukan coklat saat2 cmni. Ngadap laptop apa pn tak jadi. Tapi aku pernah terdengar kata2 bijaksana yg berkata. Entahlah.. Mana dia duk ceduk kata2 ni pun aku tak pasti. Yg pasti ianya kata2 yg memang bijaksana. "Kalau manusia semuanya bisu, senyap sunyi dunia ni". Haha.. bijaksana apa kejadahnya. Merepek!

Monday, 17 October 2011

Derma Darah Please

Aku suka derma darah. Tak tau kenapa. Aku cuma suka. Ni je yg aku pasti. Derma darah buat aku jadi gembira. Pelikkan. Mungkin aku ada potensi jadi dracula satu hari nanti. Manalah tau kan. Banyak kemungkinan boleh terjadi. Ok ni memang merepek. Terpengaruh dengan movie banyak sangat ni.

Darah aku jenis O. 'O-SOME' Aku rase bunyinya dah lari sikit dari AWESOME. Aku boleh katakan benda ni serupa ketagih candu. Setiap tiga bulan sekali mesti aku akan pergi punya hosp atau mana2 tempat yg masa tu kebetulan ada buat kempen menderma darah. Bergantung pada situasi.

Bayangkan kau boleh buat orang lain gembira dengan cara yg kau sendiri pun berasa pelik. Mungkin orang memerlukan darah. Ye dekat hospital tu ramai je yg memerlukan darah. Bayangkan darah kau mengalir dalam tubuh badan orang tu. Sedangkan orang tu kau tak kenal kau, kau pun tak kenal orang tu. Tak ke ini sangat menerujakan. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah untuk kau menyelamatkan nyawa seseorang.

Kau tak dapat membantu ataupun menderma secara wang ringgit, apa salahnya diri tu menderma secara 'darah'. Banyak cara bukan untuk buat baik dekat dunia ni. Jangan sempitkan niat baik tu dengan berbagai2 alasan. Aku terfikir untuk menderma organ aku ni satu hari nanti. InsyaAllah sekiranya diizinkan.

Lagi satu kenapa aku suka derma darah ni sebab masa nak cucuk jarum besar tu, aku suka tengok walaupun kadang2 nurse suruh aku paling ke tempat lain. Mana mungkin aku palingkan muka aku ke tempat lain. Rugilah kalau aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri macam mana jarum sebesar tu masuk selamba je dalam tangan aku. Tak sakit pun sebenarnya. Ala lebih kurang macam kena sunat masa kecik2 dulu. Dah kena bius kan.

Sebenarnya derma darah ni tak boleh hari2. Ada tempohnya. Kebiasaanya tiga bulan sekali. Dua bulan sekali pun boleh tapi bergantung pada kondinasi tubuh badan kau dan juga izinan doktor. Kalau doktor izinkan, baguslah. Kalau ikutkan aku, nak je derma darah ni seminggu sekali. Kan aku dah cakap benda ni macam candu. Ketagih je nak tengok darah sendiri keluar mengalir dari tubuh.

Pape pun jangan bazirkan darah kita yg ada dalam tubuh macam tu je. Apa guna hidup seribu tahun kalau sekali pun kita tak pernah nak menderma darah. Eceh.. Tapi seyes punya, hari2 adalah hari yg betul untuk kita melakukan perbuatan baik. Cuma diri kita je yg hidup segan, mati tak mahu. Apa perlu tunggu lagi kan. Jangan tunggu orang lain yg mendermakan darah mereka pd kita sekiranya kita yg sepatutnya boleh menderma dulu kepada mereka.

Saturday, 15 October 2011

Gunung Besar Hantu Part Four

Masanya untuk menurun. Mana mungkin kitaorang semua nak stay kat puncak gunung ni untuk selama2nya. Semua orang berharap tamo turun kalau boleh. Sama juga bila seseorang tu pergi bercuti dekat pulau, pastu tamo balik. Kalau ikutkan nak je duduk dekat pulau tu selama2nya. Siapa wei yg tak suka duduk pulau tapi kalau boleh jangan lah pulau yg xda apa2. Apa yg pulau yg xda apa2 ea? Entahlah..


Turun pun kira satu hal. Naik satu hal, dah pasti turun ada halnya yg tersendiri. Ingat turun ni senang ke? Tapi tak lah sesusah mendaki. Kalau turun laju sangat, boleh jatuh tergolek. Kadang2 kaki boleh melecet. Bayangkan lah ada satu part tu, tulang keting aku terlanggar kayu. Sakit? Tak kot.. Wei2 sakit siut. Tu belum bab tangan aku lagi. Tapi buat2 macho lah kan. Bwahahaha..


Dalam kepala aku fikir nak balik je. Aku rindu dekat katil aku sudah. Badan bila penat, katil lah yg sentiasa terlintas dalam kepala. Yg lain2 aku tak pasti apa dorg duk fikirkan. Bila turun ni, aku terfikir jugak, agak2nya berapa je lemak yg berjaya aku buang. huhu.. Tak tau lah kot2 berjaya turunkan berat sampai 3kg. Amboi! Banyak tu. Silap2 cuma 0.3kg je. Lantaklah mana2 pun. Balik balik balik...


Aku cuma nak ulang kata, yg mendaki gunung ni memang seronok. Satu kepuasan yg tak terkira pasti kau pasti akan dapat punyalah. Kau boleh kenal kawan baru. Kau boleh belajar erti susahnya hidup. Kau boleh belajar erti tak putus asa. Kau boleh belajar erti setia kawan. Kau boleh berlajar erti hidup ni tak semudah yg disangka. Banyak lagi kau boleh belajar. Kalau nak aku senaraikan memang tak akan habis punya.


Gambar ni masa nak turun tangga. Dorang cakap nanti masa dekat bawah boleh mandi2 apa semua. Aku cuma bayangkan mandi air sungai yg mengalir suam2 kuku. Bolehlah kan dari takda langsung. Sekurang2nya dapatlah juga menghilangkan segala kepenatan bila badan ni dapat menjamah air sungai ke, air gunung ke. Ni yg apa aku sangkakan lah.


Masa pertengahan turun tangga ni aku dah terdengar bunyi air deras. Bila nampak je.. Aku cuma.. 'waaaaaaa... dengan mata yg terlopong.' Bukan mulut terlopong ok. Ianya lebih dari apa yg aku jangkakan. Cepat2 aku nak turun tangga dari duduk dekat tangga. Haha.. Tak sangka aku yg Gunung Besar Hantu ni ada air terjun yg cantik. Ni pertama kali aku dapat melihat, merasai, menikmati air terjun yg tinggi. setakat ni lah. Jakun wei!


Tinggi air terjun ni. Seyes punya. Dekat celah2 gunung ada tempat istimewa camni. Memang berbaloi lah pendakian aku kali ni. Kau rasa kalau dah ada air terjun ni, takkan nak tengok je kan. Memang tolak keseronokkan lah camni. Benda dah ada depan mata, tunggu apa lagi kan kan kan..


Memang tunggu pun sebab sebelum mandi, ada group yg sampai awal jumpa si senduk ni. Senduk ke selar ke tedung ke, aku tak berapa pasti. Sebelahnya ada sawa tapi sawa tu kecik sikit dari si tedung ni. Tedung ni panjangnya tersangat panjang. Kalau tinggi aku 171cm, aku boleh katakan tedung ni 205cm. Masa dorang angkat tedung ni, perghhh panjang tu. Group yg sampai awal jumpa dekat bawah air terjun ni. Kalau ikutkan teori, tedung bergaduh dengan sawa. Entah macam mana jatuh dari atas. Dua2 matilah gamaknya. Masa dorang bedah ular ni, aku tak tengok pun. Takut wei walaupun dah mati. Baik layan mandi!


Apa lagi perkara yg boleh mengembirakan selain dapat mandi air terjun dengan badan yg keletihan. Terus segar rasa badan ni. Puas tak terkata punya. Tapi mandi tak lama pun sebab lapar. Biasalah kalau dah kena air, badan ni mulalah cepat lapar. Nasib lah group aku yg perempuan ni ada buat nasi goreng. Pekena nasi goreng panas lepas mandi. Memang terbaiklah kan. Lagi2 dekat tempat camni.


Ikutkan hati nak pergi lagi tempat ni tapi aku bercadang nak pergi gunung lain. Banyak lagi gunung dekat Malaysia ni yg tak habis aku terokai. Ni kira belum lagi gunung kat luar Malaysia. Uwaaa banyaknya. Aku punya sasaran, sekurang2nya mesti mendaki 10 jenis gunung yg berlainan dalam hidup aku. InsyaAllah. Bau daun2, bau akar kayu, bau tanah dekat gunung ni memang nyaman lebih2 lagi waktu pagi. dengan embunnya lagi. Mana nak dapat semua ni kalau bukan dekat gunung. Hei scuba pun ok jugak kan. Tengoklah dulu camna.

-The End-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...